Pagi itu rutin harian Citra seperti biasa bangun awal pagi dan bersiap ke kelas , Pakaiannya ringkas sahaja , Blouse bersama cardigan dan seluar jean dipadankan beserta tudung bawal bewarna coklat ringkas di atas kepala. Cukuplah ! ' malas nak bersiap' bisik Citra perlahan. Tudung pun nasib dah iron untuk seminggu . kalau malas lilit sahaja shawl settle ! bukan susah sangat jadi perempuan ni . iphone yang berbunyi di atas katil di capai Citra .
' morning sweetheart , a little bit busy , i will call you later . love you' - king control 💕
Imessages daripada Tengku Faiz Fikri di biarkan tidak balas . Citra betul betul tak ada mood untuk membalas. Kalau sebelum ini Citra sangat menghargai kesabaran Tengku Faiz Fikri, Ya Citra tahu dalam nak study perlukan pengorbanan waktu yang sangat besar , tambah tambah mereka punya relationship ni jauh sangat sorang dekat timur sorang dekat barat , namun sejak kebelakangan ini dia sendiri semakin meragui kesetiaan lelaki itu . Hatinya selalu rasa tak sedap . apa Tengku Faiz Fikri buat di belakangnya ? ada perempuan lainkah ? entah kenapa dengan hati dia ! ' hati sungguh kau berdolak dalik kenapa ? 'Mungkin kerana Tengku Faiz Fikri sendiri selalu mengatakan dirinya sibuk dan akan call Citra kemudiannya . Berapa kali janji seperti itu ditabur dan Citra seolah olah menelan memahami dan menanti . Tapi sayang seribu kali sayang langsung tidak ada . seolah olah hanya janji janji manis itu mengaburi mata Citra daripada bersoal itu ini dengan lelaki itu. Akhirnya , kami bagaikan membawa haluan sendiri , Tengku Faiz Fikri dengan hidupnya ! dan Citra di sini dengan hidupnya.
pinggan yang dihulurkan Irene di atas meja hanya ditenung Citra lama . " kenapa pulak ni? tak sedap ka? " tanya Irene lembut. Citra pantas menggeleng. " tak lalu lah " ucap Citra . ya betul selera Citra pun mati sejak akhir akhir ni ! tengok makanan pun tak terliur dah even tak dinafikan nasi lemak dekat sini memang awesome ! " Citra tak sihat ka? " Citra menggeleng lagi " nak demam kot, Citra rasa tak sedap badan juga" ujar Citra lagi. " larat tak nak pergi kelas ? anything bagitahu irene tahu " balas Irene prihatin dan risaukan Citra sangat sangat. yalah berapa bulan dekat sini cukup buat dia mengenali gadis cantik sebaik Citra Nurafilya. mana nak jumpa kawan yang sanggup ada susah senang macam Citra , Irene mengaku dia bukan dari keluarga yang senang tapi jauh sekali nak mengambil kesempatan dekat Citra cuma itulah kadang kadang Citra juga yang selalu menghulurkan bantuan saat di hujung hujung bulan bila Irene mengalami kesempitan wang . " Citra okay takpayah risau " balas Citra lagi . Nasi lemak cuba juga di makan Citra sedaya mampu , cukuplah alas perut. tidak waktu dalam kelas nanti mesti lapar. Jadual hari ni pulak padat so better Citra makan juga sikit.
Usai makan , Citra pun jalan beriringan dengan Irene ke kelas , tempat di hadapan dipilih mereka . Taklah depan sangat ! biasa biasa sahaja. Kelas pertama mereka pagi tu adalah subjek komunikasi. " ada tempat orang tak? " ujar seorang lelaki . Citra mengangkat kening ' dia lagi ' . " ada tak? " tanya lelaki itu lagi . Muhaimin Danish Syafi nama diberi. " tak ada " balas Citra acuh tak acuh. dengar sahaja jawapan Citra pantas sahaja kerusi disebelah kiri Citra di dudukinya. ya lah sebab kanan Citra , Irene. ' okay Citra Fokus , buat tak tahu sahaja' bisik Citra dalam hati. Apa yang di bentangkan oleh prof direkodkan Citra menggunakan perakam yang di bawa Citra. Itu pun ikut cara Putera Anas Mikhael , achiknya hihi thankyou achik ! sebab ajar Citra ! Dengan cara ni baru balik boleh dengar balik sambil tangan sibuk mencatat juga apa yang penting di dalam bukunya. Akhirnya tamat dua jam kelas komunikasi . Lepasni subjek bahasa arab pula . Ada lagi sejam sebelum kelas bahasa arab. " nak pergi mana?" tanya Muhaimin kalot setelah nampak Citra mahu bangun dari kerusinya. " keluar . " balas Citra ringkas. " petang ni free tak? " tanya lelaki itu lagi. Citra menggeleng lagi dan lagi dan terus berlalu. Malas benar mahu melayan.
Kerusi di perpustakaan di duduki Citra , lama lagi nak tunggu kelas bahasa arab , baik study dulu sikit.Buku bahasa arab di buka Citra , selak lah sikit sikit. Sibuk mengkhatamkan apa yang dipelajari minggu lepas , namun terdetik juga di hati nak tengok instagram sebab dah berkurun tak tengok. Iphone di dalam beg di capai Citra . Ig story terbaru milik Tengku Faiz Fikri di bukanya . Gambar Tengku Faiz Fikri dengan seorang perempuan bercaptionkan 'done' di tenungnya lama. " Done apa ni Tengku Faiz Fikri " rintih Citra perlahan. allahu , hatinya dipegang. bergetar laju. kenapa begini? air mata di tahan Citra , baru berapa bulan kenapa tak boleh sabar Tengku Faiz Fikri ni! janji janji mereka dulu seolah olah terpadam lepas sahaja Citra melihat gambar Tengku Faiz Fikri , hatinya sakit. segala apa yang di sangkanya bagaikan benar ! kesetiaan Tengku Faiz Fikri semakin diragui Citra. Pantas sahaja iphone di simpan kembali di dalam beg. ' ya Allah please give me strength, kekuatan nak hadap semua ni' doa Citra perlahan sambil langkah laju keluar dari perpustakaan mencari kelibat Irene. Mungkin dah ke kelas , Citra pun menuju ke kelas namun tak ada , hanya ada Muhaimin yang sedang study seorang diri. Muhaimin yang sedar akan kehadirin Citra terus mendekati gadis itu. " kenapa menangis ? " tanya Muhaimin . Citra hanya diam . " sabar , jangan menangis lagi . jangan risau . you boleh Cerita . I boleh dengar " ujar Muhaimin lagi , menenangkan Citra. Citra pun akur , seolah olah mendengar dan cuba bercerita dengan lelaki di depannya itu. " i ada bf sebenarnya , then kami ni in relationship jauh sebab I dekat mesir dia dekat UK . entahlah I rasa dia curang sebab I tengok gambar dia dengan perempuan lain lepastu selalu cakap dekat I dia busy semua " Cerita Citra satu persatu , air mata yang mengalir waktu itu deras macam air sungai . Muhaimin pantas menghulurkan tisu " lap , comot ! " ujar Muhaimin sambil ketawa . " you kena kuatkan semangat Citra. ini bru permulaan dunia untuk you, you kena semangat. lepas ni macam macam lagi you akan hadap. so you tak boleh down macam ni selalu , jangan ikut sangat perasaan tu. jangan ikut hati , selalu ambil yang positif buang yang negatif. buat apa nak herankan orang yang langsung tak perlukan kita. kita ni dah umpama atas daripada mereka but still kena merendahkan diri , control your manners your attitudes.maybe tak semua suka but we have to make du'a at Allah for get a good friends and dilindungi daripada fitnah orang" ujar jejaka itu lancar . Terkejut Citra tak sangka budak sains medic boleh cakap macam ni ! " allahu thankyou" balas Citra terharu. Jejaka itu hanya tersenyum manis. " jom I belanja you ais krim " ujar Muhaimin lagi . Citra mengangguk hanya mengikut . Ais Krim strawberi bertukar tangan " thankyou so much , I ada kelas ni, pergi dulu" pamit Citra." nak nombor you. " pantas sahaja Citra menaip nombornya di iphone milik Muhaimin . " hati hati. " pesan Muhaimin lembut prihatin benar.
YOU ARE READING
SWEETHEART KIRIMAN TUHAN
Lãng mạnCitra Nurafilya yang cantik namun sayang berhati batu , garang macam singaa. Namun , itu tak jadi masalah untuk Lelaki bernama Tengku Faiz Fikri. Dia lagi rasa tercabar kalau tak dapat Citra. lagi garang , lagi Citra menjauh lagi dia usaha dapatkan...