Bangun sahaja tidur pagi itu , Citra terus mengeluarkan kemeja Hafiz As Syaibani yang sudah siap digosoknya untuk suaminya pakai ke office pagi itu. Sekadar kemeja putih biasa , sebab dia suka suami dia pakai warna putih allahu nampak segak sahaja!
Hafiz As Syaibani yang baru sahaja keluar dari toilet sudah tergelak melihat tangan lincah si isteri yang sedang sibuk menyusun pakaian dia di atas katil. pinggang Citra dipeluknya dari belakang. " ouch terkejut sayang biy" jerit Citra perlahan. Terkejut tahu. Hafiz As Syaibani hanya tersengih. Dahi Citra dikucupnya lama. ' rindu nya dekat budak kecik ni , maklumlah sejak jadi CEO office daddy ni selalu sangat dia tinggal Citra , out station sana sini. ' bisik Hafiz As Syaibani perlahan. Bukan tak nak bawa tapi dengan keadaan Citra yang hanya menghitung hari ni agak sulit untuk bawa ke mana sahaja naik kapal terbang. prosedur pun rumit. jadi untuk keselamatan Citra dengan bakal baby - baby mereka jadi biar sahaja Citra di Malaysia sebab dia banyak out station pun ke luar negara. dengan cuaca iklim yang berubah- ubah lagi takut tak sesuai dengan ibu mengandung.
" biy minta maaf sayang, Biy selalu sibuk tinggal sayang, biy selalu balik lambat sejak dua tiga bulan ni. Biy lepaskan sayang buat preparation baby ke sana ke sini sorang - sorang sampaikan bilik baby dan pergi check up pun sayang pergi dengan Danial. macam danial pula daddy kepada anak anak kita hm " keluh Hafiz As Syaibani, rasa bersalah biarkan Citra bawa perut sorang- sorang ke sana ke sini sedangkan dia terlalu komited dengan kerja dekat office dengan dekat Hafiz CO sampaikan tak sedar terabaikan Citra. allahu . maaf sayang.
Citra tertawa kecil. " Have I ever complaint about that? " tanya Citra sambil tangan dilingkarkan ke leher Hafiz As Syaibani dan automatik juga tubuh terus duduk di peha lelaki itu. Dia faham Hafiz As Syaibani sibuk , dia sibuk kerja untuk family mereka tambah tambah mereka bakal bertambah ahli keluarga dari dua nak tambah lagi dua. berat tu, banyak benda nak kena kira . dengan dunia sekarang yang ekonomi semakin tinggi . tapi dia tak kisah tak pernah rasa nak ungkit sebab tahu suami dia bertanggungjawab dan memang seorang yang workaholic dengan kerja. Tidak tak mungkin berjaya macam sekarang kan?
Hafiz As Syaibani diam dengan jawapan Citra. dia sedar sepanjang mereka berkahwin , sepanjang Citra pregnant , Citra tak pernah ungkit tak pernah jadi masalah pun untuk Citra bila dia pulang lambat sebab kerja . Melainkan adalah sikit - sikit Citra sindir dia tapi apalah sangat tak makan dalam sampai ke hati pun. ". sayang tak kisahlah biy. sayang tahu apa yang biy buat semua ni untuk future baby baby kita kan? tapi lainlah kalau biy ada orang lain belakang sayang " ujar Citra saja mengusik si suami.
" mulut tu . " pantas sahaja Hafiz As Syaibani menjentik perlahan bibir Citra. Geram dia dengan budak kecik ni ! Citra tergelak dan tangan Hafiz As Syaibani digenggamnya , erat , tak nak lepas , kalau boleh dia nak mereka berkeadaan macam ni untuk seketika . " I trust you biy. sayang pun nak minta maaf juga " ucap Citra , mukanya ditundukkan dari tadi. " maaf kenapa pula? " tanya Hafiz As Syaibani lembut. " sayang sibuk dengan macam - macam hal. mana nak jaga mama lagi. dengan mama sakit . kadang - kadang keperluan biy pun sayang siapkan ala - ala kadar . " luah Citra.
" have i ever complained about it? " ulang Hafiz As syaibani pula , pinjam ayat Citra. Bagi dia sepanjang jadi isteri ni Citra tak pernah abaikan dia , semuanya Citra siapkan perfect. kalau sibuk macam mana pun Citra jaga mama dia , Citra tetap masak , kemas rumah siapkan semua keperluan dia sempurna. tak ada cacat cela even sikit pun. so mak cik bawang luar sana tolong diam. " memanglah biy tak pernah merungut tapi sayang risau biy pendam rasa tak puas hati sorang - sorang. ha kan susah macam tu. sayang bukan ahli nujum boleh baca hati orang " keluh Citra perlahan. " citra" panggil Hafiz As Syaibani sambil jari telunjuk diletakkan di bibir Citra .
" sepanjang kita kahwin you tak pernah pun abaikan biy , semua keperluan biy you sediakan perfect ja sayang. " ucap Hafiz As Syaibani. Citra menundukkan kepala lagi " sayang dah nak due . bila - bila masa boleh bersalin. jadi, sayang nak minta maaf , halalkan apaa yang kurang sepanjang kita kahwin. mama pesan nak bersalin kena minta maaf dekat suami baru senang nak bersalin " ucap Citra sambil tangan Hafiz As Syaibani di bawa ke bibir dan di ciumnya. Tiba - tiba dia sebak, air mata tak payah cakap habis basah maternity dress dia pagi tu.
Hafiz As Syaibani terkedu. Dia terusik benar dengan kata- kata Citra, bagaikan kata kata Citra sampai terus ke jiwa dia. " sayang , biy sentiasa maafkan sayang, biy sentiasa halalkan semua nya sayang. biy sentiasa doakan sayang. Biy tak pernah rasa kekurangan dari segi apa pun bila dengan sayang. " balas Hafiz As Syaibani sambil air mata Citra dilapnya.
" biy" panggil Citra lagi. " syyy dah dah" sahut Hafiz As Syaibani dan jari di letakkan di bibir Citra . ni ja cara suruh Citra diam. " biy , I feel contraction ! sakit. bukan biasa biasa ni luar biasa " luah Citra. Mukanya sudah berkerut- kerut menahan sakit. Hafiz As Syaibani terkedu " sekarang ke sayang? nak pergi hospital ke? " tanya Hafiz As Syaibani panik. halah first time kot weh! mana nak tahu😭. kalau ikut tarikh dengan doktor lagi seminggu.
" bawa i ke katil " arah Citra. bila sakit macam dah reda sakit. Hafiz As Syaibani terus memimpin Citra ke katil. " jadi macam mana ? nak pergi hospital? " tanya Hafiz As Syaibani takut- takut. " tak pa takpa chill" ujar Citra tertawa apabila dia rasa sakit tu macam dah menghilang. Hafiz As Syaibani memandang Citra geram . boleh pula suruh kita chill . orang punyalah risau pasal dia. " you pergilah makan dulu dekat bawah. sementara tu i call mama dulu tanya macam mana either perlu pergi hospital sekarang atau takpayah okay? " Hafiz As Syaibani hanya mengangguk sambil iphone milik isteri di atas katil di capainya dan dihulurkan kepada Citra . " biy turun makan. jaga diri. apa - apa panggil biy." pesan Hafiz As Syaibani dan perut Citra diciumnya.
salam ramadan al mubarak guys ❤️ semoga amal ibadat kita tahun ini seiring dengan ramadan kita amin amin 💕💕🙌
YOU ARE READING
SWEETHEART KIRIMAN TUHAN
RomanceCitra Nurafilya yang cantik namun sayang berhati batu , garang macam singaa. Namun , itu tak jadi masalah untuk Lelaki bernama Tengku Faiz Fikri. Dia lagi rasa tercabar kalau tak dapat Citra. lagi garang , lagi Citra menjauh lagi dia usaha dapatkan...