accident

1K 26 0
                                    

Sedar tak sedar kandungan Citra dah masuk 6 bulan , dah second trimester, alahan pun dah semakin berkurang . alhamdulillah cuma kaki sahaja kerap cramp dan kesian sangat sebab Hafiz As Syaibani lah mangsa malam- malam yang akan urutkan kaki Citra. sayang bini punya pasal hihi. tambahan pula , Citra makin lasak dari hari ke hari.Itu yang buat Hafiz As Syaibani semakin bimbang kerana dia pun sibuk dengan client yang tak henti mungkin rezeki anak yang dikandung Citra. masyaAllah , alhamdulillah , betul lah orang cakap anak tu pembawa rezeki. " sayang , kita ambil pembantu rumahlah eh? biy risaulah , biy sibuk sikit sekarang , sayang pun balik kerja penat then nak kemas rumah lagi. " Ujar Hafiz As Syaibani tiba - tiba sambil pinggang Citra dipeluknya sewaktu mereka berdua sedang bersiap - siap untuk ke office.

Citra yang mendengar cadangan suaminyaa pantas menggelengkan kepala , dia dah nekad penat macam mana pun dia nak jaga suami dia sendiri. " tak nak lah , takpayah lah biy . sayang nak jaga biy sendiri tak nak orang lain jaga . " balas Citra . Hafiz As Syaibani hanya akur dengan jawapan si isteri , kalau dia cakap tak nak maka jawapannya tetap akan tak nak. " okaylah sayang. ikut sayanglah. tapi janji dengan biy jangan buat kerja berat, kalau penat rehat eh? " dengar sahaja jawapan Hafiz As Syaibani terus suaminya itu dipeluk " ya biy thankyou sebab faham" ucap Citra sambil pipi Hafiz As Syaibani diciumnya.

💧💧💧💧💧💧💧💧💧💧💧💧💧💧💧

Usai menghantar Citra dekat Office , Hafiz As Syaibani terus meminta izin kepada Citra untuk pergi meeting pagi itu. urgent meeting ganti daddy Hafiz As Syaibani yang kurang sihat. " srs lah biy. nak pergi? sayang tak sedap hati lah . takpayahlah pergi gantilah dengan orang lain. " tanya Citra , entah kenapa pagi tu Citra tak sedap hati sangat. berat hati nak bagi Hafiz As Syaibani pergi. Kalau boleh nak duduk dengan Hafiz As Syaibani ja. Dahi Citra dicium Hafiz As Syaibani " ya sayang . Biy kerja untuk family kita. office daddy tu pun sebahagian daripada tanggungjawab biy. dah dah jangan risau sangat. sayang tu jaga diri. apa apa minta tolong Tina okay? "

Citra hanya menganggukkan kepala dan terus naik ke office . " puan , puan kena jumpa client dekat coffee beans jam 11 puan okay? " Citra tersenyum " okay Tina , Thankyou. " ujar Citra perlahan , nampak gaya kena pergi jumpa client seorang diri , tak boleh suruh Hafiz As Syaibani teman. hm. nasib badan.

Citra bersiap - siap untuk berjumpa dengan klient, maternity dress yang di pakai di betulkan bagi kemas . segala mak nenek file juga dimasukkan ke dalam briefcase. dah ready . here we go ! sempat juga dihantar satu pesanan ringkas buat si suami.

' sayang pergi jumpa klient tahu. we miss you dear 😌'
sent
bluetick

tik tik
' miss you more sayang ❤️ fi hifzillah✨🌸❤️ . muah' - husbaby❤️

" saya drop puan dekat sini boleh? saya parking kan kereta dekat sana. taklah jauh sangat puan nak jalan" ujar Tina, Citra mengangguk " terima kasih ya Tina. menyusahkan kamu ja"

Citra berjalan dengan berhati- hati untuk melintas , namun entah dekat mana silap Citra atau semua ni dah di rancang. sedar tak sedar satu kereta meluncur laju ke arah Citra. Tapi nasib , Tina sempat tolak Citra ke tepi. " puan okay? ya Allah darah puan" jerit Tina apabila melihat darah mengalir di kain yang dipakai Citra. Citra apa lagi waktu itu sudah gelabah , peluh bercerau dalam hati tak berhenti berdoa ' ya Allah selamatkanlah kami' doa Citra perlahan sambil perutnya diusap. Dia tak nak kehilangan baby yang dia dah kandung 6 bulan ni.

Citra di hospital sudah takut sangat, dia risau takut apa - apa jadi. Dia sayangkan anak mereka. Hafiz As Syaibani di sebelah sudah memegang tangan Citra erat , jelas menunjukkan dia memang menyalurkan 100 peratus semangat dia buat Citra. " sabar sayang, insyaallah tak ada apa - apa" ucap Hafiz As Syaibani . Tipulah kalau cakap dia pun tak risau , dia pun sayangkan Citra dan anak mereka juga. Citra yang lemah waktu itu sebab hilang banyak darah waktu jatuh tu terus pengsan.

" Ariana macam mana? " tanya Hafiz As Syaibani kepada Doktor Ariana yang sibuk memeriksa keadaan Citra. " Tenang Syaibani. Citra okay. mujur cepat bawa dia datang sini , kalau tidak memang effect teruk dekat Citra. dia pengsan sebab banyak darah hilang waktu dia jatuh. nanti dia sedar . stay strong Hafiz As Syaibani. " ujar Doktor Ariana. " baby? " tanya Hafiz As Syaibani lagi. " em macam mana nak cakap eh ."

Hafiz As Syaibani dah takut,dia tak tahu nanti Citra sedar dia nak jawab apa dengan Citra kalau apa - apa jadi dengan baby mereka. " baby- baby kau okay jangan lah risau. mereka kuat sebab Citra kuat. kau beruntung Syaibani sebab dapat isteri yang kuat macam Citra. " ucap Doktor Ariana juga tak sampai hati tengok muka kawan baik dia.

Hafiz As Syaibani yang mendengar jawapan Doktor Ariana terus terkejut " baby- baby? " . Doktor Ariana mengangguk " yes . kau dengan Citra bakal dapat twins. Citra mengandungkan kembar sebab lepas aku scan aku nampak ada dua janin . tahniah pih! " Hafiz As Syaibani yang mendengar lagi kepastian daripada mulut doktor Ariana terus melakukan sujud syukur. ' alhamdulillah terima kasih ya Allah'

Dua jam berlalu , Citra masih belum sedar , tapi Hafiz As Syaibani masih tetap setia di sisi . Dia tak sabar nak bagitahu Citra mereka bakal dapat anak kembar. Kepala Citra diusap Hafiz As Syaibani " bangunlah sayang. biy rindu " tutur Hafiz As Syaibani sambil pipi Citra diciumnya. Dia janji lepas ni dia akan lagi jaga Citra baik- baik.

SWEETHEART KIRIMAN TUHANWhere stories live. Discover now