bersalin🤕

1.7K 29 1
                                    

Dalam lingkungan 6:00 pagi , lepas sahaja solat subuh berjemaah , Citra mengadu mengalami kontraksi yang pertama. Dicadangkan supaya bawa ke hospital tetapi biasa lah Citra tetap degil dan jawapannya mestilah tak nak . suruh chill chill dulu. Sejam kemudian, usai bersarapan Hafiz As Syaibani semakin risau melihat keadaan Citra yang berbaring tak selesa sambil dahi berkerut menahan sakit. Jadi tidak mahu terus mengambil risiko , kesian juga tengok keadaan pantas sahaja tubuh Citra dicempung masuk ke kereta dan terus dikejarkan ke hospital pagi itu.

" macam mana doktor ? " tanya Hafiz As Syaibani yang setia menunggu di luar bilik, dia risau sangat dengan Citra. " keadaan Puan Citra begitu lemah, saya cadangkan Tuan masuk ke dalam tengok Puan Citra sebab kalau keadaan Puan Citra macam ni ada kemungkinan Tuan terpaksa membuat pilihan sama ada pilih baby- baby atau Puan untuk di selamatkan. " Hafiz As Syaibani yang mendengar jawapan dari doktor muda itu sudah jatuh terduduk, tapi nasib sempat di pegang oleh papa Citra , Tan Sri Farid " sabar syaibani " bahu Hafiz As Syaibani ditepuk bapa mertuanya. " doktor saya merayu sangat selamatkan kedua- duanya. berapa pun kos saya sanggup bayar "rayu Hafiz As Syaibani, allahu dia buntu kenapa kena buat pilihan macam ni. kedua- duanya dia sayang. berat bagi dia nak pilih.

Doktor itu mengangguk " kami akan berusaha tapi selebihnya berdoa lah kepada Allah dan berharaplah semoga ada keajaiban. saya masuk dulu tak boleh lambat nanti takut bayi lemas dalam perut sebab air ketuban dah pecah " Hafiz As Syaibani mengangguk dan masuk ke dalam untuk menemani Citra. Dia kena kuat untuk Citra , kalau dia lemah Citra akan lagi lemah. " biy pilihlah baby- baby kita , kalau sayang pergi dulu pun sayang sanggup . baby ni sahaja lambang cinta kita" ujar Citra lemah benar suaranya. " biy sayangkan sayang" balas Hafiz As Syaibani sambil dahi Citra diciumnya menyalurkan kekuatan. " kalau sayang pilih baby kita eh. sayang sanggup korbankan nyawa sayang untuk mereka . " ujar Citra. Hafiz As Syaibani yang mendengar sudah terkejut " no sayang jangan macam ni. semuanya akan baik baik sahaja. bismiaallah , awak kuat sayang. biy ada dekat sini " ucap Hafiz As Syaibani sambil dalam hati juga tak berhenti berdoa.

" okay Tuan kita kena buat pembedahan sekarang. puan ready? " Citra mengangguk, tangan Hafiz As Syaibani digenggamnya. Hafiz As Syaibani di sebelah hanya membiarkan tangan Citra digenggamnya walau hakikat sakit sampaai dah merah tangan dia. Akhirnya , dua jam dalam bilik pembedahan . Syukur alhamdulillah pada Hari jumaat itu Citra selamatkan melahirkan sepasang bayi kembar perempuan. Kedua- dua bayi itu diletakkan di atas pangkuan Hafiz As Syaibani untuk diazankan dan di iqamatkan. dalam hati tak berhenti mengucap kalimah syukur atas kurniaan Allah ini.

Usai melakukan solat sunat dan sujud syukur , Hafiz As Syaibani kembali ke wad untuk melihat keadaan Citra pula . " alhamdulillah. Puan Citra juga selamat. isteri kamu sangat kuat. semangatnya masyaallah" ucap Doktor perempuan itu. Hafiz As syaibani mengangguk dan mengucapkan terima kasih. Citra yang dah sedar itu diperhatinya lama setelah doktor yang merawat Citra itu keluar. " alhamdulillah biy happy sangat , tuhan makbulkan doa biy. terima kasih sayang for making me a daddy today" ucap Hafiz As Syaibani sambil mencium dahi Citra dengan penuh rasa cinta. Sebak , terharu macam macam perasaan ada. sekarang dah jadi ayah , ayah untuk dua anak perempuan . makin besar tanggungjawabnya.

" thankyou too biy for making me a mummy today" balas Citra dengan suara lemah. Jari - jemari mereka yang bertaut dicium Citra. Alhamdulillah , allah permudahkan. walau hakikat awal tadi dia memang lemah sangat tapi dia tak tahu dekat mana dia dapat satu semangat menyebabkan dia kuat lawan semua ni. lawan rasa sakit . demi baby- baby dan suaminya. " mujur biy dah balik dari UK kan . kalau tidak biy tak boleh maafkan diri biy sebab tak ada waktu sayang bersalin, biy tak tahu macam mana perit sayang bertarung nyawa untuk baby - baby kita " luah Hafiz As Syaibani. Dia bersyukur sebab berpeluang ada di sisi Citra waktu Citra nak melahirkan zuriat- zuriat mereka. " itu doa sayang hari - hari biy . " ucap Citra sambil matanya sudah bergenang dengan Air mata. doanya termakbul , Hafiz As Syaibani ada di sisi waktu dia nak melahirkan.

Hati Hafiz As syaibani yang mendengar tersentuh benar " syukur alhamdulillah! I was here with you sayang" Citra tersenyum menatap wajah suami yang dia cinta sangat. terima kasih Allah !

🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🦄🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸

Petang itu , wad Citra dipenuhi dengan kaum keluarga . Meriah dan semuanya kelihatan gembira menyambut kelahiran ahli baru dalam keluarga mereka. Hafiz As Syaibani yang menarik stroller tersenyum menghampiri semua ahli keluarga yang excited nak tengok ahli keluarga baru mereka.
" yang sana tok umi , yang sini tok ayah " ucap Daddy Hafiz As Syaibani yang berdiri di sebelah papa Citra. " yang sini pula wan umi" ucap Datin Sri Tifany. " yang sini achu Sarah" sampuk Sarah As Sofea pula .

" Aryan bukan cucu tunggal tok ayah lagi" ucap kak Yasmin bergurau. Hafiz As Syaibani dan Citra tertawa kecil. " apa nama angah? " tanya sarah as sofea , excited benar dia. Hafiz As Syaibani dan Citra saling berpandangan dan tersenyum" Anggun Medina dan Anggun Darniella" ujar Hafiz As Syaibani dan Citra serentak. Itulah nama pilihan mereka , seindah wajah bayi mereka yang ' Anggun ' itu.semoga jadi anak yang solehah ya the angguns amin amin.

okay the end 💕💕
sampai ke temu lagi semuaa 😂😂
salam sayang
- berrynurul on instagram ❤️

SWEETHEART KIRIMAN TUHANWhere stories live. Discover now