dekat🐴

757 24 1
                                        

Sedar tak sedar makin hari makin dekat pula Citra dengan Muhaimin balik kelas sekali , kadang study sekali , lepak setable sekali. walaupun pada hakikatnya awalnya Citra memang tak nak rapat langsung dengan mana mana lelaki sebab itu memang mind set nya serta salah satu janjinya juga dengan Tengku Faiz Fikri sebelum sampai ke bumi mesir ini . Namun, siapa sangka semua yang terjadi ini di luar jangkaannya Citra sendiri tak merancang nak rapat sampai sebegini. Dan jangan persoalkan , sayang Citra , rindu Citra masih sama dekat orang yang sama dan orang itu semestinya Tengku Faiz Fikri tidak pernah berubah walaupun sebesar zarah sekalipun meskipun hati nya tawar bagaimanapun! ' ya Allah kuat kanlah hatiku untuk tempuh semua dugaan ini, jika dia jodoh ku engkau dekatkanlah hati kami , dan jika tidak , maka engkau jauhkanlah kami agar tidak ada salah seorang daripada kami yang akan terluka amin ' doa Citra perlahan dalam hati sambil macbook apple di riba di tenungnya lama dan akhirnya ditutup perlahan . Tik tik. Iphone yang menyala diperhatikan , berharap sangat notification itu dari Tengku Faiz Fikri sebab Citra sedar mereka sudah makin menjauh dan Tengku Faiz Fikri langsung tidak mesej atau call.

' so ba ha khoir (selamat pagi) beautiful 🌈 ' - Muhaimin
walaupun mula mula rasa hampa sebab bukan dari Tengku Faiz Fikri tapi akhirnya tergelak Citra membaca imessages dari Muhaimin allahu 😂 pandai sahaja lelaki itu hendak menghiburkan hatinya. tik tik

' jangan terlampau risau dengan masalah sampai terlupa mensyukuri nikmat Allah. masalah adalah ujian untuk jadikan kita lebih kuat ✨ Allah tak akan bagi ujian kalau hambanya tak mampu nak hadap. positive vibes , moga membantu 🙏' - Muhaimin

Tersengih - sengih Citra . Tak sangka Muhaimin Danish Syafi sebegini caringnya allahu. " ha tersengih apa? " tegur Irene yang sudah cantik bertudung pagi pagi ini. " tak cuma lawak baca imessages ni. " jawab Citra jujur . buat apa nak tipu lagipun Irene tahu , jatuh bangun dia dekat sini pun Irene yang tolong. dengar sahaja jawapan Citra terhendap hendap Irene mencuri curi mahu melihat Imessages di Iphone milik Citra. " hehe takpayahlah Irene , Citra malu" ucap Citra. Irene hanya tersengih " baguslah , Citra tersenyum macam ni, kan cantik. Perempuan cantik macam Citra tak elok sedih sedih . sebab tu jangan sedih sedih . sesungguhnya Allah bersama kita. kan ramai orang sayang Citra. " balas Irene lagi , tubuh Citra dipeluknya erat . syukur sangat ada dorm mates macam citra sudahlah cantik baik pulak tu alhamdulillah! . " irene nak keluar ni , Citra nak ikut atau nak pesan apaa apa ? coklat ke ? " Citra menggeleng perlahan " jaga diri." ucap Citra dan matanya menghantar langkah kaki Irene keluar.

Baru sahaja Citra mahu membuka kembali Macbook yang di tutupnya , iphone nya berdering kuat , pantas sahaja iphone di capainya.
' assalamualaikum Citra' sapa suara di seberang sana .
' waalaikumusalam. '
' jom keluar ! ' ucap suara itu lembut. benar benar mengharap Citra bersetuju.
'okay jomlah. kejap nak siap.'
' saya ambil awak. 15 minit lagi saya sampai insyaallah.'
'ok'

dan panggilan dimatikan. Wardrobe pakaian di buka Citra , takut terlambat , takut juga Muhaimin menunggu , jumpsuit yang sudah siap di iron di capai Citra dipadankan pula dengan tudung bawal . Siap tak sampai 10 minit pun . ' cayalah Citra' bisik Citra perlahan dalam hati.

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
SWEETHEART KIRIMAN TUHANCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang