oversea

627 21 0
                                    

surat tawaran universiti di website dipandang Citra. Button accept ditenungnya lama. 'call Fikri lah tanya'
panggilan disambungkan.

' buat apa? '
' tengah main ML ' sayu suara di seberang sana , kalah mungkin HAHA peduli apa Citra. aku ka game lagi penting?
' suara sayu sangat ni awat? I kacau eh?'
' eh taklah. kenapa sayang? ' lega hati Citra mendengar jawapan Tengku Faiz Fikri. yes ! itu yang I nak dengar.
' check website , tawaran u dah keluar'
terkedu Tengku Faiz Fikri
' seriously? '
' yup . I dapat course yang I minta '
' dekat mana? ' tanya Tengku Faiz Fikri kalot
' u check u punya dulu'
' okay kejap nanti I call you balik' ujar Tengku Faiz Fikri dan panggilan dimatikan. Hairan Citra tak pernah pernah macam tu , tapi sejak Cuti lama ni nak chat punyalah payah haish nak sambung main game ka tu ?

*********

Setengah jam kemudian barulah sms masuk toing toing .

' sorry sayang , I dapat UK , you? ' - king control 💕

terus sahaja tangan Citra menaip.
' hmmmm Mesir. '

Toing toing
' awat lain ni? , kita apply sekali kan? u marah I eh sorry I tolong mummy I lah 😭' - king control💕
' lain apa ? mana nak tahu . okay ja hm . '

toing toing
' accept or decline ? ' - king control 💕
' accept lah. '

pantas sahaja button accept di tekan Citra walaupun dalam hati berat sangat nak terima tapi itu jurusan pilihannya , itu kerjaya yang bakal dia ceburi nanti . Jadi suka atau tidak , nak atau tak nak citra relakan juga hatinya. Soal cinta di letak siap siap di tepi dulu. ' sorry Fikri , I bukan tak sayang u . Tapi I perlu teruskan study I juga ' bisik Citra perlahan dalam hati. Dia rasa bersalah bila terkenangkan semua janji janji mereka nak stay sama sama . tapi semua ni luar perancangan mereka. Mereka plan nak study sekali , tapi rupanya plan Allah sebaliknya.

" kenapa ni adik? " tegur Putera Anas Mikhael yang baru sahaja masuk ke dalam bilik adiknya , Citra yang menangis tersedu - sedu di meja belajar dihampirinya . " adik sedih " air mata Citra dilap Putera Anas Mikhael " kenapa? cuba cerita dekat achik. " Citra menggeleng , hingus di lapnya " adik dapat U lain tak sama dengan Fikri " ujar Citra sambil menangis lagi . Citra di tarik Putera Anas Mikhael ke dalam dakapan,sebab kalau dulu citra menangis macam ni lah cara nak pujuk Citra " listen here Princess , perjalanan hidup adik jauh lagi , achik tahu adik sedih tapi adik kena teruskan juga study adik , masa depan adik ingat peluang macam ni tak datang selalu , adik dah dapat course yang adik minat so teruskan. kalau ada jodoh ada . doa yang baik baik eh " pujuk Putera Anas Mikhael lembut. Citra mengangguk , dia tewas dengan hati sendiri. " tidurlah , esok jumpa Fikri slow talk dengan dia " Citra tersenyum " thankyou achik , I love you" dahi Citra di cium Putera Anas Mikhael " I love you too , sleep well princess ".

******
pagi itu usai menghantar mesej kepada Tengku Faiz Fikri menyatakan yang dia mahu berjumpa Tengku Faiz Fikri , pantas sahaja Citra bersiap ' ya Allah , please give me strength to accept all your challenge ' doa Citra perlahan.

" dah lama sampai ? " tegur Citra . Tengku Faiz Fikri menggeleng " tak baru lagi. you seriously nak pergi Mesir ? " Citra mengangguk " I dah fikir masak masak I nak kejar cita cita I , undang undang tu course yang I minat since I kecil Fikri. I tak nak hampakan mama dan papa I nak banggakan mama papa I ". Tengku Faiz Fikri tersenyum " I tahu tu , okay you boleh pergi mesir , I pergi UK dan kita akan jauh sangat nanti Citra tapi satu ja I minta tolong Citra janji dengan I u jaga hati u untuk I , lepas 3 tahun u balik kita tunang. " ucap Tengku Faiz Fikri laju , dia benar benar mahu Citra dan dia nak Citra tahu yang dia betul betul serious dengan Citra. " okay Fikri I janji dengan u , tapi kalau sebaliknya I harap u boleh redha . kalau ada jodoh we will end up together in future okay? tapi kalau tak ada siapa kita nak melawan takdir. " Tengku Faiz Fikri mengangguk dia tak boleh paksa Citra , itu minat Citra dia juga harus teruskan studynya walau jauh dengan Citra nanti . " belajar rajin rajin " ucap Tengku Faiz Fikri. Citra tersenyum" you pun , rajin rajin juga call I nanti " balas Citra . " mesti , hari hari I call u . okay? " Citra tersengih , mata Tengku Faiz Fikri dipandangnya " thankyou Fikri , sebab u tak ikut sangat hati u , tak halang I dari sambung apa yang I minat . " . Tengku Faiz Fikri pula memandang Citra " I tak ada hak nak halang you , itu minat you , I cuma nak you ingat I sentiasa support you walaupun nanti I jauh sangat dengan you. jaga diri. "

*****

Airport , Malaysia 20**
Wajah wajah insan insan yang di sayangi nya di amati satu persatu untuk kali terakhir. berat mata memandang , berat lagi bahu yang memikul , nak tinggal semua ni . tapi demi minatnya dia terpaksa akur , mama dan papanya sanggup korbankan segalanya takkan dia nak sambung belajar dan bagi diaorang bangga pun dia tak mampu.

" Fi Hifzillah sayang , mama will miss you" ujar Datin Sri Tifany sambil anak bongsunya di dakap erat . haish si anak bongsu lah paling paling Datin Sri Tifany takut sangat nak lepas jauh jauh tapi disebabkan minat dia Datin Sri Tifany terpaksa akur lepaskan anak perempuannya belajar di Mesir. nun jauh di sana seorang diri. " thankyou ma , doakan adik , adik janji adik akan balik dengan segulung ijazah untuk mama " balas Citra sambil dahi pipi mamanya di cium . sayangnya dekat mama! habis mama Citra gerak pula ke arah Tan Sri Farid . tangan papanya di salam lembut. " thankyou pa, doakan Citra . " Tan sri Farid mengangguk , berat hati juga nak melepaskan si anak bongsu . " bi taufiq wannajah Citra , jaga diri , jaga nama mama dan papa . papa love you adik" ucap Tan Sri Farid sambil si anak bongsu di dakapnya juga erat. Menangis Citra tersedu sedu. " citra sayangkan mama dan papa sebab mama dan papa syurga Citra sampai bila bila " ujar Citra dan langkah kakinya ke arah rakan rakan yang lain. " take care puteri" ujar Citra . bahu puteri di usapnya " jangan sedih I will be back soon . " Puteri mengelap air matanya " thankyou sebab sepanjang 11 tahun ni you selalu jadi sahabat yang baik ." Citra mengangguk " thankyou too puteri " bahu puteri di dakapnya juga. sayang sangat! akhir sekali tentulah ke arah Tengku Faiz Fikri " I pergi dulu , doakan I " ujar Citra lembut. " insyaallah always Citra. you pun doakan I , jaga diri . gonna miss you. jangan nakal . sorry tak boleh teman u , esok I pula pergi UK . " Citra tersenyum faham " takpa jaga diri , its okay you hantar I ni pun dah cukup besar nikmatnya ." hadiah yang dihulurkan Tengku Faiz Fikri bertukar tangan " simpan . buka dekat sana. " Citra mengangguk tangannya juga mencapai kotak di dalam beg sandangnya " for you , buka dekat sana juga hihi" Tengku Faiz Fikri tersengih suka , sayang Citra.

" adik jom, Flight kita dah nak pergi" ucap Putera Anas Mikhael mematikan drama mereka berdua. Citra mengangguk akur , " selamat tinggal !pergi dulu . " pamit Citra dengan berat hati kaki melangkah juga mengikuti achiknya.

ps : selamat hari raya Aidiladha guys ✨

SWEETHEART KIRIMAN TUHANWhere stories live. Discover now