pujuk 😫

1K 25 0
                                    

Balik sahaja dari rumah daddy Hafiz As syaibani. suaminya itu terus murung , langsung tak nak cakap . bila tanya semua jawab sepatah - sepatah. geram Citra dibuatnya tapi dia faham suaminya marah hm. " biy dahlah jangan macam ni. sayang rindu suami sayang. " diam , langsung tak ada respons dari Hafiz As Syaibani. eii geram kita mulut letak dekat mana entah suami sayang kita ni !

Hafiz As Syaibani hanya termenung di balkoni , fikiran dia sudah sampai jauh entah di pelosok dunia mana. dia benar - benar tak boleh terima dengan apa yang daddynya cakap. mintalah benda lain kereta ka sebijik tapi bukan niat nak kahwin lain . no daddy no ! Citra terus memeluk Hafiz As Syaibani dari belakang " biy janganlah macam ni. biy diam ja kesian sayang dengan baby. baby rindu papa baby" pujuk Citra lagi sambil tangan Hafiz As Syaibani di bawa ke perut. nak suami dia rasa baby juga tendang tanda setuju. sokong mama

Pipi Hafiz As Syaibani diciumnya " biy sakit biy cerita lah dekat sayang janganlah pendam sorang - sorang apaa yang biy rasa . then apa guna biy ada sayang ? " tutur Citra sambil dahi Hafiz As Syaibani diciumnya . mungkin dengan cara macam ni boleh surutkan sikit amarah suaminya amin.

Tangan Hafiz As Syaibani digenggam Citra dan diletakkan di dada" lepas kita kahwin kita dan janji kalau ada masalah nak selesai sama - sama kan ? so ceritalah sayang janji biy kita tempuhi semua ni sama - sama " ucap Citra lagi. Dia berharap Hafiz As Syaibani sedar dia benar benar memaksudkannya. " you ' re my honey biy. mana mungkin sayang nak biar biy lalui semua ni sorang - sorang. biy kena redha daddy pun layak juga nak rasa bahagia untuk saat- saat akhir umur daddy. biy tak boleh selfish. " tegur Citra perlahan . dalam nak pujuk suaminya dia nak juga tegur . kesian daddy! Hafiz As Syaibani tak boleh buat macam tu daddy pun layak juga nak bahagia.

" at least biy bagi daddy peluang. bagi daddy ruang kenalkan siapa yang daddy nak kahwin . then baru korang adik beradik judge layak tak dia ganti tempat arwah mummy. " ujar Citra , Hafiz As Syaibani mengeluh. " maaf bukan maksud sayang ganti tempat arwah mummy, sayang faham sampai bila- bila tempat arwah mummy takkan terganti. mummy tu satu dalam sejuta " ujar Citra lagi . aduh kau salah cakap Citra . kenap bila cakap tak fikir . salah Citra pada diri sendiri.

Hafiz As Syaibani yang mendengar terus menarik Citra ke dalam pelukan " biy tak nak sesiapa pun ganti tempat arwah mummy" rintih Hafiz As Syaibani lagi. dia tewas dia menangis depan Citra. Hafiz As Syaibani tak kisah semua tu " biy dah dah kita bagi daddy peluang okay? kita cuba boleh? " ujar Citra sambil bibir suaminya di cium lamaa. dia nak salurkan semua kekuatan dia untuk suami dia .

Hafiz As Syaibani duduk di sofa bersama Citra di riba. " dulu mummy selalu cakap mummy sayanng biy tapi kenapa mummy pergi dulu? " tanya Hafiz As Syaibani tiba- tiba . Citra yang mendengar sudah terkedu. allah dia tak tahu nak bagi semangat macam mana lagi. " Allah sayang mummy biy. " ujar Citra. Hafiz As Syaibani mengangguk , dia faham.

" biy ada sayang . kita tempuh semua ni sama - sama ya. " ucap Citra. Hafiz As Syaibani menarik Citra ke dadanya , dahi Citra dicium" terima kasih untuk semua ni sayang. sayang masih setia sokong biy even tahu biy punya marah kalah menara KLCC . sayang berani tegur biy. " ujar Hafiz As Syaibani tersenyum amarah dia dah reda sikit tambah bila tengok semangat Citra pujuk dia masyaAllah. mujur ada Citra tidak dia tak mungkin setabah ni.

" awak kekuatan biy sayang. tolong janji dengan biy awak akan terus jadi kekuatan biy sampai bila - bila " luah Hafiz As Syaibani sambil Citra digendongnya ke katil. " rehatlah sayang . awak dah penat sangat sayang harini. awak balik pujuk biy lagi . i love you sayang" ujar Hafiz As Syaibani sambil dahi Citra diciumnya lamaa.

☔️☔️☔️☔️😴😴😴☔️☔️☔️☔️☔️☔️☔️☔️

usai dah pastikan Citra tidur dengan selesa , Hafiz As Syaibani terus melakukan solat sunat malam itu walaupun hujan dekat luar langsung tak jadi penghalang untuk dia beribadat. selesai semua tu , dia duduk di sebelah Citra untuk bacakan surah - surah kepada anak mereka pula . alhamdulillah dia rasa tenang bila buat macam ni.

Suara Hafiz As Syaibani yang merdu tu jelas menganggu tidur Citra dan Citra terus terjaga . " kenapa bangun sayang? sejuk ka ? " tanya Hafiz As Syaibani sambil al- quran diletakkan ke kembali di rak. " suara biy sedap sangat. sebab tu sayang dengan baby bangun . terima kasih biy sebab sepanjang sayang mengandung biy tak pernah lupa bacakan surah - surah dekat anak kita. " Hafiz As Syaibani tersenyum mendengar ucapan Citra. Dahi Citra diciumnya. " biy nak baby kita nanti pandai macam luqman. Cantik macam humairah , putih kemerah- merahan. hormat orang macam nabi muhamaad. amin. " Citra mengangguk turut mengaminkan ucapan suaminya.

Perut Citra diusap Hafiz As Syaibani " tak sangka kan sayang ? Allah dah atur semuanya. dulu biy sibuk nak benci sayang tapi hebat kuasa Allah , dalam biy benci sayang dia buat biy suka , sayang , cinta dekat sayang. " Citra mengangguk " tulah lain kali jangan sibuk nak benci orang. sekarang kan dah sayang sangat dekat orang tu. "

Hafiz As Syaibani tersengih , dia langsung tak nak nafi apa isteri dia cakap sebab semua tu memang betul. dia sayangkan isteri dia li lahi taala . " biy sayangkan sayang. li lahi taala . " luah Hafiz As Syaibani kepada Citra lagi. Citra mengangguk tersenyum " sayang pun sayang biy sangat. "

✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨
Pagi tu Hafiz As Syaibani bangun dengan semangat baru . " biy dah fikir . biy nak setuju daddy kahwin lain . " ujar Hafiz As Syaibani tiba- tiba sewaktu Citra sibuk mencedok mihun goreng ke pinggan nya.

Citra yang mendengar pantas tersenyum . " alhamdulillah, tak sabar nak bagitahu daddy" ujar Citra teruja. Hafiz As Syaibani juga turut teruja . " kita panggil daddy datang rumah nak ? sayang masak . " Hafiz As Syaibani mengangkat kening " sayang larat ka? "

Citra mengangguk " larat ja. " Hafiz As Syaibani dah menggelengkan kepala " makan luar jalah takpayah susahkan diri sayang. biy risaulah apa apa jadi. " Citra dah memasamkan muka " masak ja biy nak jadi apa . bukan kerja berat pun. kalau takut sangat sayang ajak sarah teman then tolong sayang . bolehlah eh. " pujuk Citra lagi. Hafiz As syaibani mengangguk " yalah yalah nanti call sarah suruh datang sini. sarah datang pastikan sarah tolong sayang eh. jangan bagi dia mengular pula " Citra mengangguk , Hafiz As Syaibani diciumnya dan tie suaminya dikemaskan.

Tangan Hafiz As Syaibani di capai dan di cium Citra. " work hard ya papa. mama dengan baby love you so so much" ujar Citra bersama flying kiss buat si suami. Hafiz As Syaibani tersengih pipi Citra kiri dan kanan turut dicium Hafiz As Syaibani " papa love mama and baby more . sayang jaga diri eh. nanti lunch biy balik. " pesan Hafiz As Syaibani kepada Citra.

SWEETHEART KIRIMAN TUHANWhere stories live. Discover now