enjoy reading ❤️❤️
2 tahun kemudian ✨😅
Macam yang telah dijanjikan oleh Hafiz As Syaibani dengan Citra cukup sahaja umur kembar 4 tahun , Citra nak kembali berkerja semula di Hafiz Co nak sama - sama terus bawa nama Hafiz Co di luar dan di dalam Malaysia. Hafiz As Syaibani hanya menyokong niat si isteri , langsung tak membantah , takkan dia nak sekat sedangkan itu cita - cita Citra , apa guna selama ni Citra susah payah belajar sampai ada phd simpan sahaja kalau tak kerja kan?Anggun Medina dan Anggun Darniella yang dah siap dengan gaun comel pagi itu jelas menarik perhatian Citra. Dalam hati berat juga nak kerja nak sahaja 24 jam tengok muka si kembar tapi tak boleh Hafiz Co tu sebahagian daripada tanggungjawab dia juga. Apa guna jadi co- founder of Hafiz Co kalau asyik goyang kaki biar suami sahaja buat kerja. " mama pergi work tahu, Darniella dengan Medina pergi school belajar rajin- rajin okay. " ujar Citra sambil pipi kembar di ciumnya lama. 4 tahun dia jaga kembar sendiri tipulah kalau cakap tak rindu nanti. " okay mama " balas si kembar sambil pipi citra turut di cium mereka.
Mereka bertiga berpegangan tangan turun ke bawah , Hafiz As Syaibani yang dah sedia hidang makanan di atas meja tersenyum manis melihat Citra bersama dengan anak - anaknya. " morning biy. terima kasih tolong hidangkan semua ni" ujar Citra sambil pipi Hafiz As Syaibani di ciumnya. alhamdulillah Hafiz As Syaibani memang seorang suami yang ringan tulang , banyak sangat membantu memudahkan kerja Citra. Hafiz As Syaibani mengangguk turut tersenyum dengan keletah isterinya, dahi Citra pula diciumnya " terima kasih juga dah tolong siapkan si kembar pagi ni walaupun kembar banyak sangat merengek pagi ni"
Anggun Darniella dan Anggun Medina yang melihat mama dan papa dari tadi asyik bermesra mula nak merajuk. " mama papa bila boleh makan ni ? Darniella laparlah" tanya Anggun Darniella perlahan. " eh eh sorry sayang " balas Citra sambil nasi lemak di cedok buat Anggun Darniella di ikuti dengan Anggun Medina.
" kakak pergi school jaga adik , adik pergi school jaga kakak tahu " pesan Citra kepada si kembar sewaktu dia dan Hafiz As Syaibani menghantar mereka ke school pagi itu. Hari first mereka ke school. " mama janganlah balik. adik takut. " ujar Anggun Darniella tiba - tiba dah menangis teresak- esak. Anggun Medina pula yang melihat si adik menangis turut sama menangis . " alahai sayang jangan nangis . mama dengan papa tunggu dekat depan okay? " ujar Citra pula, berat juga hati. tak tahu pula Anggun Darniella nak meragam harini.
❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️
Dah hantar kembar ke school dan memastikan kembar dah serasi dengan school mereka barulah Hafiz As Syaibani dan Citra ke pejabat pagi itu. " welcome back sayang " bisik Hafiz As Syaibani sewaktu Citra masuk ke bilik nya . Citra tersenyum , " siapa yang susah payah gantungkan gambar kita ni? " tanya Citra pula. sweetlah suami dia ni. tahu lah tu Citra akan rindu kembar , siap di gantung gambar kembar dan mereka sekeluarga di dinding bilik Citra. " thankyou biy. " ucap Citra sambil Hafiz As Syaibani di peluknyaa.
Sekotak hadiah di hulurkan Hafiz As Syaibani kepada Citra " apa ni? " tanya Citra sambil kotak turut bertukar tangan. " bukalah" ucap Hafiz As Syaibani bersama senyuman. " jam? " tanya Citra terkejut sewaktu kotak telah siap di buka. " ha aa . ganti jam kesayangan sayang yang biy rosakkan dulu. " ucap Hafiz As Syaibani mengingatkan Citra sewaktu jam kesayangan nya dulu dirosakkan Hafiz As Syaibani sebab marah dengan Citra yang cemburu teruk dengan Melissa dulu. " jam ni juga biy nak sayang pakai sebab kan jam ni akan ingatkan sayang yang sayang ni seorang ibu dan isteri. biy harap dah mula kerja ni sayang boleh bahagikan masa sayang antara kerja dengan family okay? " luah Hafiz As Syaibani jujur dengan Citra sambil jam di pakaikan ke tangan putih milik Citra.
Citra mengangguk " insyaallah biy. sayang cuba . terima kasih sebab tak halang sayang untuk terus berkerja. " Hafiz As Syaibani tersenyum " mana mungkin biy nak halang biy sendiri tengok sayang how struggle sayang belajar dulu mustahil lah biy nak halang sedangkan being a lawyer is one of ur dreams kan? " Citra tersenyum mengangguk , Hafiz As syaibani di ciumnya . Dia bertuah benar ada suami yang sangat memahami. " thankyou biy , sayang rasa sangat sangat bertuah sebab ada suami hebat dan paling penting memahami macam biy. " luah Citra juga sambil tangan Hafiz As Syaibani di ciumnya.
✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨
- salam sayang -
@berrynurul - ig 😂
YOU ARE READING
SWEETHEART KIRIMAN TUHAN
RomansCitra Nurafilya yang cantik namun sayang berhati batu , garang macam singaa. Namun , itu tak jadi masalah untuk Lelaki bernama Tengku Faiz Fikri. Dia lagi rasa tercabar kalau tak dapat Citra. lagi garang , lagi Citra menjauh lagi dia usaha dapatkan...