Special Chapter Raya ❣️

1.5K 34 4
                                    

Anggun Darniella dan Anggun Medina yang comel berbaju kurung ungu berlari ke sana ke sini mengejar si adik lelaki mereka , Aryan Danial yang sibuk berlari ke sana ke sini mungkin teruja dengan kehadiran orang ramai yang berpusu- pusu tak henti- henti datang ke rumah mereka tengah hari itu usai mengerjakan solat sunat Aidilfitri di masjid pagi tadi. " Aryan sudahlah jangan lari lah nanti jatuh" ujar si kakak Anggun Darniella yang sudah kepenatan dari tadi mengikut susuk tubuh kecil itu sambil tubuh kecil Aryan Danial pantas sudah di dukungnyaa. Tak padan dengan jalan pun tak betul , tapi bukan main laju jalannya . yalahh Aryan excited dah boleh jalan tu teruja tu. Anggun Medina yang melihat Aryan sudah di dukung terus mengelap mulut Aryan yang comot dengan kuih itu. " alahai Aryan habis kotor baju nanti mama marah. " tegur Anggun Medina juga si kakak yang prihatin. Aryan Danial yang mendengar hanya ketawa terkekek- kekek suka menganjing kakak kakak kembar dia ,nanti kakak kakak yang kena marah hihi.

3 tahun berlalu begitu pantas , pejam celik pejam celik, jam berputar begitu pantas tanpa kita sedar , Syawal tahun itu adalahh syawal yang paling paling meriah bagi Hafiz As Syaibani dan Citra Nurafilya apabila Citra disahkan mengandung lagi dan kandungan kali itu adalah bayi lelaki. Tak boleh nak bayang betapa terujanya reaksi Hafiz As Syaibani saat mengetahui detik- detik itu. Yalah dia memang dah lama teringin sangat nak bayi lelaki. Dijaganya Citra 9 bulan 10 hari sama macam waktu mengandung the angguns dulu cuma kali ni lebih proaktif sikit sebab pregnancy kali ni macam lebih aktif - tapi berbaloi lepas tahu itu bayi lelaki.

Bayangkanlahh pregnancy kali tu , memang betul- betul mencabar jiwa dan mental mereka suami isteri. Citra tak boleh duduk dekat dengan suaminya lah , Citra alah teruk lah sampaikan waktu first trimester langsung tak keluar rumah, Citra mengidam pun entah apa - apa tapi Hafiz As Syaibani si suami bertanggungjawab apa sahaja keinginan si isteri sanggup di carinya sampaikan ada satu malam tu dalam pukul 1 pagi Citra mengadu mahukan sate arnab. Sate arnab ok pukul 1 pagi bayangkanlahhh.

throwback🤣
" biy bangun " gerak Citra perlahan. Hafiz As Syaibani yang sedar tubuhnya digoyangkan pantas sahaja terus bangun. yalah risau kot Citra sakit ka? " kenapa sayang " tanya Hafiz As Syaibani lembut. " emm sayang nak sate arnab. biy boleh tolong carikan tak. " dengar sahaja suara Citra meminta sate arnab mata Hafiz As Syaibani terus celik dan automatik mata terus menghadap jam digital di tepi meja. ' ya Allah pukul satu pagi mana nak cari sate arnab ni ' bisik Hafiz As Syaibani perlahan di dalam hati. " boleh tak ni biy? " tanya Citra lagi. Hafiz As Syaibani hanya tersenyum dan pantas sahaja dia bangun bersiap nak pergi cari sate arnab untuk Citra.Baru sahaja bangun nak pakai baju ada pula tangan yang memegang tangannya." kenapa lagi sayang? " ujar Hafiz As Syaibani lagi nadanya masih lembut. " nak ikut" pinta Citra. Hafiz As Syaibani waktu itu nak marah pun tak sampai hati dan akhirnya akur juga bawa Citra pergi cari sate arnab pukul 1 pagi untuk Citra. sayang punya pasal dan kesudahannya habis di angkut sekali the angguns yang masih tidur ke dalam kereta . nak cari sate arnab untuk Citra yalahh takkan nak tinggal the angguns berdua di rumah. bahaya! nasib juga lah the angguns pagi tu tak meragam. thanks the angguns.

🌙🌙🌙🌙🌙🌙🌙🌙🌙🌙🌙🌙🌙🌙🌙

Petang itu , bila orang dah beransur pulang baru lah Citra ada peluang nak bermaafan dengan suami sayang dia. kalau tidak tadi allahuu rabbi langsung tak ada ruang sebab ada ja kawan kawan mereka datang yang nak kena layan. " biy , selamat hari raya . maaf zahir dan batin. ampunkan semua salah silap sayang, kekurangan sayang sepanjang jadi isteri biy. halalkan semua yang biy dah bagi dekat sayang sepanjang kita hidup sebagai suami isteri ni ya " ujar Citra perlahan sambil tangan suaminya , di cium lama. Hafiz As Syaibani tersenyum dahi Citra pula di ciumnya. " terima kasih sayang sebab sudi jadi isteri hebat untuk biy dan mama terbaik untuk anak- anak kita . terima kasih untuk semua susah senang yang kita dah lalui sama- sama. terima kasih sebab ada di sisi biy tak kiralah susah macam mana pun. I'm so lucky to having you in my entire life sayang. selamat hari raya juga sayang. biy pun minta maaf juga ya kalau ada kekurangan biy sepanjang sayang jadi isteri biy. " balas Hafiz As Syaibani lembut ke telinga Citra.

Sampul di dalam poket di hulurkan Hafiz As Syaibani kepada Citra macam biasa setiap kali raya. " nah duit raya sayang" ujar Hafiz As Syaibani sambil sampul duit raya bertukar tangan. " terima kasih biy" ucap Citra sambil pipi Hafiz As Syaibani di ciumnya. Hafiz As Syaibani tersengih , tubuh Citra pantas dipeluknya. " sama- sama kasih sayang. Duit raya yang biy bagi setiap tahun ni langsung tak ternilai malah tak terbalas pun dengan semua pengorbanan sayang dalam menjadi seorang isteri solehah untuk biy dan paling penting semua susah payah sayang untuk sayang lahirkan dan besarkan anak- anak kita.allahu. " tutur Hafiz As Syaibani lembut kepada Citra. Dia nak Citra tahu semua tu betapa dia sangat menghargai segala apa yang Citra buat untuk keluarga mereka. susah payah Citra jaga dia dan anak - anak. itu sahaja.

The angguns yang mendukung Aryan Danial terus menghampiri mama dan papa mereka. Turn mereka pula nak beraya. Anggun Darniella terus menghampiri Citra, yalah mama always first. syurga dekat telapak kaki mama. " selamat hari raya mama, maafkan Darniella sebab selalu rosakkan barang make up mama,selalu sepahkan rumah bila mama dah kemas, selalu siram pokok bunga mama dengan tanah dan macam macamlah.Darniella minta maaf ya mama" petah suara Anggun Darniella memohon maaf kepada Citra . Citra yang mendengar hanya tersengih. tersentuh. macam macam rasa . nak nangis ada . nak ketawa ada. dah besar anak dara dia . dah 7 tahun. dah ada dua adik sekarang. ' jangan besar cepat sangat. nanti mama rindu' bisik Citra perlahan dan pantas sahaja Anggun Darniella di tariknya ke dalam pelukan " mama maafkan semua salah Darniella . mama sayangkan Darniella sangat sangat " ujar Citra sambil pipi Anggun Darniella di ciumnya.

Anggun Darniella tersengih dan pergi ke arah papanya pula sekali gus bagi peluang dekat Anggun Medina pula nak bersalaman dengan mamanya. " papa , Darniella minta maaf selalu lewatkan papa pergi office , selalu siap lambat, selalu conteng kertas - kertas lukisan papa, selalu makan dalam kereta papa bagi comot comot dan semuanya ya papa. minta maaf. selamat hari raya papa " ujar Anggun Darniella kepada Hafiz As Syaibani. Hafiz As Syaibani mengangguk . alahai anak comelnya. Pipi anggun Darniella di cium Hafiz As Syaibani " papa maafkan semua salah anak anak papa. papa tak simpan langsung pun dalam hati " sambil sampul duit raya di hulurkan kepada si kembar. Anggun Medina pula mengikuti langkah kakaknya , minta maaf dekat mama dan papanya.

Selesai Anggun Medina meminta maaf kepada mama dan papanya . mereka juga turut mengambil tempat di tepi Citra dan Hafiz As Syaibani. Turn si adik Aryan pula nak salam. " ha ni paling banyak salah dengan mama ni " usik Citra . Aryan Danial yang mendengar sudah terkekek kekek ketawa. tak peduli langsung apa mama dia cakap " ma duet aya ane? " tanya Aryan Danial apabila tangan Citra sudah dicapainya. Citra yang mendengar si anak bongsu cakap macam tu terus mencium pipi Aryan silih berganti dengan Hafiz As syaibani.

" alhamdulillah terima kasih Allah untuk keluarga kecil ini. semoga kita semua sentiasa dalam jagaan dan lindungan Allah dunia akhirat amin " doa Hafiz As Syaibani perlahan sambil tubuh isteri nya di dakap erat. The angguns dengan Aryan Danial yang melihat mama dan papa mereka berpelukan juga tidak melepaskan peluang itu. sibuk juga nak peluk dan akhirnyaa petang itu mereka menghabiskan masa begitu sahaja.

okay happy ending bukan? ❤️❤️
- selamat hari raya-
- maaf zahir batin-
last update maybe 😂🙆🏼‍♀️

SWEETHEART KIRIMAN TUHANWhere stories live. Discover now