Special Chapter 1 ✨❤️

1.5K 29 0
                                    

Suara rengekan anak kecil, Anggun Darniella dan Anggun Medina yang sedang bergaduh berebut mainan di bawah jagaan Hafiz As Syaibani di ruang tamu jelas menarik tumpuan Citra yang sedang sibuk mengemas rumah . ' aduhai anak pagi pagi dah buat malu mama dekat jiran dok melalak ' bisik Citra perlahan . Baru suruh Hafiz As Syaibani jaga sikit anak dah melalak macam tu. Biasalah si kembar mereka memang suka bergaduh, nak membesar KAN ada ja benda tak kena . tapi itulah gaduh ni merapatkan sebenarnya . Citra hanya tergelak sahaja dalam hati. biar suami pula jaga si kembar , dia nak siapkan kerja rumah . dahlah tengah puasa ni dengan kembar yang makin aktif dari hari ke hari jelas menganggu sedikit kerja kerja Citra. kadang Citra dah kemas rumah , kembar berdua ni cepat sahaja selerakkan rumah dan Citra terpaksa kemas balik . Tapi , Mujur jugalah ada Hafiz As Syaibani yang kerap sangat membantu alhamdulillah ringan sikit beban Citra . " biy boleh ka tu ? " tanya Citra perlahan. risau juga dia tengok si kembar dari tadi asyik bergaduh. " boleh boleh. sayang buat jalah kerja sayang" sahut Hafiz As Syaibani sambil si kembar diperhatinya meraih simpati . Ala kembar jangan lah buat malu papa , nanti mama ingat papa tak pandai jaga awak berdua.

" sayang ,janganlah gaduh macam ni eh. mainlah sama - sama , kesian papa . " pujuk Hafiz As Syaibani lembut. Namun pujukan langsung tak terkesan , makin kuat pula si kembar melalak berebut mainan antara satu sama lain. Hafiz As Syaibani cuba menyabarkan diri. sabar , tengah puasa. " Medina , Darniella jom papa belikan mainan yang lain nak ? " umpan Hafiz As Syaibani, sumpah ini ja cara dia mampu fikirkan untuk redakan keadaan dan dia pasti si kembar pasti akan terumpan. Anggun Medina dan Anggun Darniella yang mendengar papa mereka nak belikan toy terus laju berdiri dan bertatih ke arah Hafiz As Syaibani. Hafiz As Syaibani tersenyum kedua- dua pipi anak kembarnya di cium.

Tubuh kedua - dua anak kembarnya di cempung Hafiz As Syaibani naik ke atas " papa mandikan dulu wangi- wangi pakai baju cantik- cantik kemudian kita ajak mama pergi beli toy okay? " ujar Hafiz As Syaibani laju sahaja si kembar mengangguk. Siap mandi , siap pakaikan baju, si kembar hanya duduk di atas katil , tunggu Citra masuk ke dalam bilik. nak ajak mama beli toy. " pa , mama ane ? (papa , mama mana) " tanya Anggun Darniella petah benar dia, bosan tengok tv ni . kejap sahaja sudah dua tahun mereka. " mama tengah kemas rumah. Darniella dengan Medina kena jadi good girl tahu nanti baru papa belikan mainan banyak banyak . " balas Hafiz As Syaibani sambil tangan mengusap kepala anak - anak kembarnya yang sedang menonton televisyen.

" okey papa " ujar Anggun Medina dan Anggun Darniella serentak. Tak sedar punya tengok Tv sampailah si kembar berdua dan papa si kembar tertidur di depan TV. Punyalah tunggu Citra kemas rumah. Citra yang baru masuk ke dalam bilik hanya tersenyum melihat pemandangan indah di depan mata. Amboi seronok tidur eh ! " biy bangun " gerak Citra perlahan , tak nak sedarkan si kembar. Hafiz As Syaibani yang dah sedar terus memeluk Citra " dah besarkan anak kita? " tutur Hafiz As Syaibani perlahan sambil pinggang Citra tetap dipeluknya. " dah dua tahun pun si kembar . tapi biy rasa macam baru semalam biy tengok sayang susah payah nak lahirkan si kembar . " ucap Hafiz As Syaibani lagi sambil tangan Citra digenggamnya erat.

" tulah sayang pun macam tak percaya , cepat sungguh masa berlalu. hebat percaturan Tuhan dulu jadi isteri sekarang dah jadi ibu. ibu untuk dua anak dara pula tu " ujar Citra pula . Hafiz As Syaibani tersenyum " i 'm so lucky to having you sayang " dan spontan pipi Citra di cium Hafiz As Syaibani. " sayang bahagia ? " tanya Hafiz As Syaibani tiba- tiba. " alhamdulillah biy. sayang bahagia sangat. macam macam kita dah lalui sama- sama sebelum nak capai kebahagiaan sebahagia ni biy. " tutur Citra perlahan. Hafiz As Syaibani mengangguk " terima kasih sayang sebab selama ni dah bahagiakan hidup biy, terima kasih dah lahirkan the Angguns untuk biy, terima kasih juga untuk semua yang sayang dah lakukan untuk rumah tangga kita selama ni. sayang memang isteri dan ibu yang hebat biy memang tak nafi semua tu. " Ucap Hafiz As Syaibani sambil dahi Citra di ciumnya.

Citra yang mendengar dah tak terkata apa- apa . lidahnya kelu sebaliknya wajah Hafiz As Syaibani ditenungnya penuh perasaan. " terima kasih juga dekat biy sebab susah payah kejar sayang dulu kalau dulu biy tak buka mata dan hati sayang belum tentu kita boleh sebahagia ni " Hafiz As Syaibani tergelak , hilang rasa sebak yang menghuni di dalam hati tadi. " biy" panggil Citra. " ya? " sahut Hafiz As Syaibani dan mata tertumpu seratus peratus ke arah Citra. " haritu sayang ada terima kad kahwin daripada Tengku Faiz Fikri. biy rasa kita patut pergi ke tidak? " soalan Citra terus membuatkan Hafiz As Syaibani menayang wajah semacam.

" biy please jangan fikir bukan bukan " ujar Citra. takut juga Hafiz As Syaibani fikir lain. eh tak pasal - pasal gaduh nanti. " mana ada biy fikir bukan- bukan . memandai ja dia " usik Hafiz As Syaibani. " dah tu? " tanya Citra lagi tak puas hati dengan jawapan si suami. " tak ada apa - apa cuma rasa terkejut bila sayang sebut nama dia. so masih berhubung lagi lah ni dengan dia senyap senyap ni ? " usik Hafiz As Syaibani lagi , membuatkan Citra cepat sahaja menyubit lengan Hafiz As Syaibani.

" biy jangan nak fikir bukan- bukan eh. sayang tak contact dia pun. dia just drop kan kad dekat office ja. kalau tak percaya biy boleh tanya kak bella" ujar Citra. " okay okay . biy percayalah biy saja ja nak usik sayang. alhamdulillah lah akhirnya dia jumpa juga jodoh dia " ucap Hafiz As Syaibani. " rahsia Allah tiada siapa yang tahu. sayang tumpang gembira bila dia dah jumpa suri dalam hati dia. " ujar Citra dan jelas membuatkan Hafiz As Syaibani pelik. " Aik, takkan frust kekasih lama nak kahwin ? " usik Hafiz As Syaibani sambil menahan ketawa. Kening sebelah sudah mula terangkat.

Citra yang mendengar respon si suami cepat menampar paha Hafiz As Syaibani " mana ada eiii suka tahu usik orang . salah ka sayang tumpang gembira ? " tanya Citra lagi. " tak salah , tapi kan tarikh kenduri kahwin tu kan bertindih dengan majlis pertunangan kembar sayang Puteri? " soal Hafiz As Syaibani , teringat tentang majlis pertunangan Puteri yang akan berlangsung bulan hadapan. " taklah mana ada bertindih. kenduri Fikri tu awal bulan depan. Puteri pula bertunang hujung bulan depan. " balas Citra tersengih. suka benar dia apabila masing- masing dah dapat kebahagiaan masing- masing.

jadi macam mana ?
drop ur comment guys ❤️❤️
-salam sayang-
@berrynurul

SWEETHEART KIRIMAN TUHANWhere stories live. Discover now