57

780 26 0
                                    

Hafiz As Syaibani POV 😋
Gadis cantik yang sedang duduk seorang diri di tepi pantai itu diperhatikan Hafiz As Syaibani dari jauh ' masyaallah sangat cantik' sambil dalam hati tak henti - henti memuji kecantikkan gadis ciptaan Allah itu. Malah tidak pernah jemu melihat kecantikan gadis itu dari hari ke hari . Tanpa melengahkan masa pantas sahaja langkah kaki menghampiri gadis manis yang bertudung merah itu.

" di mana dia buah hati saya , buah hati saya yang cantik pipi merah. " nyanyi Hafiz As Syaibani perlahan sewaktu menghampiri Citra Nurafilya yang sedang duduk di tepi pantai seorang diri. Citra Nurafilya hanya tersenyum manis , tak tahu nak cakap apa . malu bebenar dia. " di mana dia buah hati saya , buah hati saya yang cantik tudung merah " sambung Hafiz As Syaibani lagi dan sejambak bunga ros di hulurkan kepada citra .

" terima kasih " ucap Citra perlahan . sejambak bunga ros bertukar tangan . dia betul betul terharu dengan lelaki itu dan tak menafikan apa yang Sarah cakap memang benar. Dia mungkin sudah jatuh cinta dengan lelaki di hadapannya ini tapi Citra masih tak boleh memberikan jawapan kerana dia takut tersakitkan hati lelaki ini sedangkan dia sendiri masih ragu - ragu dengan hatinya sebab jauh dalam sudut hati nya masih ada Tengku Faiz Fikri di dalam hatinya. " kenapa duduk dekat sini sorang sorang , kalau orang culik u macam mana? dah jom ke sana. sini gelap nanti orang ingat kita berdua buat apa pula dekat sini dalam gelap ni " balas Hafiz As Syaibani , risau benar dia pada Citra dan bertambah risau pandangan orang sekeliling kepada mereka berdua.

Mereka berdua pun berjalan dan duduk bersama - sama dengan rakan - rakan Hafiz As Syaibani yang lain , bukan apa bahaya duduk dalam gelap berdua-duaan nanti muncul orang ketiga iaitu ' abang tan' aka syaitan. " ceh ceh ada orang dapat bunga " tegur rakan Hafiz As Syaibani , Mira namanya kalau tak silap. Citra hanya tersenyum sambil kepala ditundukkan malu. " eh mira jangan usik dia " marah Hafiz As Syaibani. Mira hanya ketawa memerhatikan kami berdua " aku dok bau nasi minyak ni haha apa apa pun aku doakan semoga korang berdua berjodoh sampai cucu cicit amin " balas Mira tersengih - sengih dan turut di aminkan oleh semua yang ada di situ. dan sedar tak sedar bibir Citra juga turut mengaminkan doa Mira .

" awak duduk sini kejap saya nak pergi tengok kawan kawan saya dekat sana . boleh?" ucap Hafiz As Syaibani dan Citra hanya mengangguk . " Citra kenal Hafiz dekat mana? " tanya kawan kawan Perempuan Hafiz As Syaibani yang lain . " waktu Citra duduk dengan achik Citra dekat Paris . kitaorang personal tuisyen sekali" balas Citra menceritakan detik pertemuan pertama mereka. Mereka semua hanya mengangguk " Citra kira untung tahu , waktu sekolah dulu Hafiz ni tak pernah layan mana mana perempuan. Bukan orang tak nak tapi dia yang tak melayan" ucap rakan - rakan perempuan Hafiz As Syaibani , nadanya macam patah hati benar . mungkinkah mereka ini juga pernah berperasaan pada Hafiz As Syaibani suatu ketika dahulu?

Citra hanya tersenyum manis mendengar ayat yang dia beruntung benar memiliki lelaki itu dan dia juga berharap begitu. " sibuk sembang sembang lupa nak tanya Citra ambil course apa ? " tanya mereka lagi. " undang - undang " balas Citra lagi dan mereka bagaikan terlopong " kenapa? " tanya Citra pula. " sama dengan Hafiz lah . eh korang ni memang jodoh kuat kan" Citra terkedu , sebenarnya dia tak tahu pun lelaki itu juga mengambil jurusan undang - undang seperti dirinya. ' ya Allah banyak lagi rupanya aku tak tahu tentang lelaki ini ' keluh Citra perlahan.

" em aku nak ambil balik ni bidadari aku " ujar Hafiz As Syaibani tiba - tiba. Tak sedar pula citra bila lelaki itu sudah kembali ke sini. " ambil lah " balas mereka yang lain . Citra pun mengikuti langkah Hafiz , " kenapa muka masam ni " tanya Hafiz As Syaibani sewaktu Hafiz sedang sibuk mengambil makanan untuk Sarah yang sedang berehat di resort kerana kurang sihat. Citra hanya mengeluh perlahan " awak tak bagitahu saya pun kan awak ambil jurusan undang - undang , saya ni macam tak tahu apa - apa ja pasal awak , sampaikan kawan - kawan awak yang bagitahu saya" ucap Citra kesal benar nadanya . Hafiz As Syaibani memandang Citra " saya tak kisah pun awak tak tahu pasal saya , janganlah sedih. saya nak bagitahu awaklah tapi nanti bukan sekarang. " balas Hafiz As Syaibani.

Citra masih tak berpuas hati " ala cakap jalah sekarang kan senang" Hafiz As Syaibani menggeleng " mana boleh suprise " Citra mengalihkan muka ke arah lain , langsung tak nak pandang Hafiz As Syaibani . Merajuk benar gayanya " ala merajuk ka buah hati saya ni? " tanya Hafiz As Syaibani. Citra hanya buat- buat tak dengar " okaylah awak nak tahu apa saya cerita" ucap Hafiz As Syaibani dan barulah Citra mengalihkan muka memandang Hafiz As Syaibani " everything pasal awak from A to Z" . Hafiz As Syaibani tergelak " nak tahu pasal saya panjang sangat kenal duduk sini mahu sebulan . awak sanggup? " usik Hafiz As Syaibani . " main - main pula . kalau begitu awak ringkaskan pasal awak."

" ehem ehem okay nama saya Hafiz As Syaibani , saya ada seorang abang dan seorang adik lelaki dan perempuan. saya anak kedua daripada 4 orang adik beradik. mummy saya seorang Cikgu dan daddy saya seorang engineer. saya ni pelajar jurusan undang - undang universiti al - azhar dan sekarang ni saya berada di tahun akhir dalam masa yang sama saya ada buka syarikat guaman saya sendiri Hafiz 's Co hadiah daripada daddy saya. " Citra hanya mengangguk , patut lah haritu jumpa lelaki itu . tapi tak sama sesi sebab dia dah tahun akhir manakala Citra pula lagi 1 sem . " awak pula ?" soal Hafiz As Syaibani . " saya Citra Nurafilya , saya anak terakhir daripada 4 orang adik beradik. saya ada dua orang abang kembar dan seorang kakak . mama sama seorang fashion designer dan papa saya seorang businessman. saya pelajar jurusan undang- undang university al azhar juga " ucap Citra malu - malu . " lepas ni apa apaa awak boleh lah cari saya , saya ada ja around awak " ujar Hafiz As Syaibani. Citra hanya mengangguk " kalau nak buat assignment awak tak tahu ke awak call saya i will be there ok? " ucap Hafiz As Syaibani " even hujan kilat pun? " usik Citra pula . " iya even hujan kilat pun demi awak saya sanggup redah " balas Hafiz As Syaibani " eleh boleh lah redah naik kereta " bidas Citra. Tergelak Hafiz As Syaibani " thankyou Citra , awak sudi meluangkan masa awak sekejap untuk saya, saya bahagia sangat " Citra tersenyum manis " kalau saya tak ikut awak harini saya takkan kenal awak kan? " Hafiz As Syaibani mengangguk , makanan di atas meja di ambilnya dan berjalan beriringan dengan Citra untuk menghantar Citra ke resort nya . " terima kasih . selamat malam "
ucap Citra . " selamat malam bidadari , dream of me " balas Hafiz As Syaibani tersengih dan terus berlalu setelah Citra masuk ke dalam resort.

SWEETHEART KIRIMAN TUHANWhere stories live. Discover now