Lepas sahaja Citra sedar , Hafiz As Syaibani terus memeluk Citra erat " jangan buat biy macam tu lagi sayang , nak tercabut jantung biy tahu. bila dapat call dari hospital sayang accident. " luah Hafiz As Syaibani geram dengan Citra.Citra mengangguk " benda dah nak jadi , kan sayang dah cakap sayang tak sedap hati. biy yang tak nak dengar . sibuk sangat nak pergi meeting " bentak Citra pula , turut meluahkan rasa hati nya.
Hafiz As Syaibani menundukkan kepala , dia ikut hati sangat sedangkan tadi pagi Citra dah cakap yang dia tak sedap hati . betul lah naluri wanita dan juga bakal ibu tak pernah salah. Dahi Citra dicium Hafiz As Syaibani lama " biy minta maaf ya sayang. biy janji biy cari siapa yang buat ni. biy janji lepas ni biy akan jaga sayang macam biy jaga nyawa biy. insyaallah" ucap Hafiz As Syaibani sambil perut Citra turut diciumnya " maafkan papa ya baby- baby papa , papa gagal jaga mama baik - baik. " ujar Hafiz As Syaibani lagi.
Citra yang mendengar terus menarik Hafiz As Syaibani ke dalam pelukan , air mata di pipi Hafiz As Syaibani turut di lapnya " dahlah biy. kita takpayah salahkan sesiapa. semua ni jadi sebab Allah dah atur. sayang dengan baby okay" Hafiz As Syaibani tersenyum tapi dalam hati dia dah nekad tetap akan cari siapa punya kerja semua ni. semua ni bukan kebetulan , sebab memang dah di rancang . mustahil lah kereta laju macam tu dekat supermarket sedangkan tu tempat orang jalan tak logik kan? dengan ada papan tanda had laju lagi takkan tak boleh fikir kan?
Hafiz As Syaibani terus berjumpa dengan orang suruhanNYa , geram punya pasal. dia dah nekad tetap akan cari siapa yang buat semua ni sampai lubang cacing " cari sampai dapat . berapa pun kos aku tak kisah janji dapat. " orang - orang suruhan Hafiz As Syaibani hanya mengangguk.
🦄🦄🦄🦄🦄🦄🦄🦄🦄🦄🦄🦄🦄🦄🦄
Doktor Ariana yang dari tadi sibuk memeriksa keadaan Citra dari tadi hanya tersenyum . entah kenapa dia suka tengok Citra dengan Syaibani. sweet! " kenapa doktor senyum ? " tanya Citra lembut. " taklah suka tengok Citra dengan Syaibani rasa tak sabar pula nak kahwin. korang gaduh pun still sweet" Citra tergelak , Doktor Ariana turut sama tergelak " lepas ni Citra kena lagi jaga diri tahu sebab Citra bawa kembar . ". Citra yang mendengar sudah terkejut " kembar ? " Doktor Ariana mengangguk mengiyakan.
Citra sudah mengucap syukur. alhamdulillah terima kasih ya Allah. " suami saya dah tahu? " tanya Citra. Doktor Ariana mengangguk. " ala baru nak buat suprise " luah Citra. Doktor Ariana sudah tergelak lagi tengok gelagat Citra , sumpah weh comel. tambah dengan perut kecil dia mesti orang tak percaya dia mengandung kembar. " takpa Citra saya bagitahu dia awak ada kembar ja. tapi saya tak cakap jantina pun. awak nak tahu jantina baby? "
Citra sudah mengangguk teruja , " boleh ka tahu? " Doktor Ariana mengangguk tersengih lagi aduhaii . " boleh jom kita pergi scan. ". Citra tersenyum , masih berkira - kira " tak bahayakan baby kan ? " tanya Citra risau. yalah lepas ni dia harus lagi hati- hati. dia sayangkan baby - baby mereka. " tak lah Citra. " gelak Doktor Ariana perlahan. terhibur benar dia dengan Citra.
Doktor Ariana membantu Citra melakukan Scan untuk melihat jantina bayi, Citra sudah teruja . dalam hati dah dup dap dup dap . dia tak kisah lelaki atau perempuan janji semuanya sihat. amin. Citra dah nampak di skrin dan terus tersenyum " terima kasih doktor Ariana sebab tolong Citra. " ucap Citra. Doktor Ariana mengangguk " tahniah Citra. lepas ni jaga pemakanan. awak tu bawa kembar. awak makan untuk dua orang. " Citra pantas mengangguk patutlah waktu mengandung selera makan dia bertambah , rupanya makan untuk dua orang. berat takpayah cakaplah waktu mengandung naik berapa kilo itu pun boleh jadi isuu.
🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸
cukup dua hari duduk dekat hospital , Citra sudah dibenarkan pulang . itu pun puas dia bodek doktor Ariana yang dia janji akan jaga diri lepas ni. Citra yang baru sudah mandi di dalam bilik air sudah menangis . entah kenapa. Hafiz As Syaibani di luar yang mendengar terus menerjah si isteri di bilik air. masyaAllah kenapa pula ni. risau dia !" sayang kenapa ni awat duduk atas lantai menangis ni. " ucap Hafiz As Syaibani sambil Citra yang menangis tersedu- sedu di lantai di peluknya. " em semua ' adik adik 'sayang langsung tak muat lah biy. stress lah macam ni . " luah Citra dan baru Hafiz As Syaibani perasan ' adik adik ' Citra berterabur di atas lantai toilet. aduhai sayang ! bila mengandung ni makin comel pula. " saya makin gemuk ka? " tanya Citra lagi. Hafiz As Syaibani menggeleng " biasa ja biy tengok. tetap boleh buat biy jatuh cinta apa. "
Hafiz As Syaibani yang dah tak tahan nak gelak dengan gelagat Citra terus menghamburkan semua gelaknya yang di tahan tadi. Citra yang mendengar Hafiz As Syaibani gelak terus menghadiahkan cubitan ketam di lengan suaminya. " alala sayang . dah dah jom bangun siap. kita pergi beli lain . alang alang boleh shopping sekali barang baby. " Citra hanya mengangguk , Ciuman di hadiahkan di pipi Hafiz As Syaibani " dukung ! " arah Citra
Hafiz As Syaibani hanya menurut , sedar yang Citra berat dari biasa . yalah dia bawa kembar kot . " beratnya sayang " usik Hafiz As Syaibani. Citra sudah meronta- ronta di dalam dukungan Hafiz As Syaibani " kalau berat turunkan ! " Hafiz As Syaibani menggelengkan kepala " tak nak , biarlah biy kan kuat " ucap Hafiz As Syaibani , masih nak mengusik Citra. Hafiz As Syaibani tersengih " berat macam mana pun biy sanggup dukung . sayang berat sebab bawa kembar . itu sahaja. " tutur Hafiz As Syaibani perlahan , bagi Citra sedar hakikat dia berat sebab bawa kembar. Citra yang geram asyik kena usik terus menggigit leher Hafiz As Syaibani " auch sayang sakitlah" tegur Hafiz As Syaibani, tak sedar lagi leher dia dah merah.
Citra yang digendong Hafiz As Syaibani tersengih " biy pergi dekat meja kejap nak ambil sikat rambut " arah Citra , dia saja buat macam tu nak bagi Hafiz As Syaibani tengok leher dia dekat Cermin. Hafiz As Syaibani hanya menurut , langsung tak syak apaa - apa lagi . sikat rambut dihulurkan kepada si isteri dan mataa automatik tertancap dekat cermin. " masyaAllah sempat eh sayang. penuh leher biy dengan lovebite . kalau macam ni takpayah keluarlah kita duduk rumah ja " ujar Hafiz As Syaibani , gila tak terkejut . sempat eh bini dia buat kerja .
Citra sudah mengeluh , nasib nasib. " ala biy jomlahh. janji nak pergi shopping hm " keluh Citra perlahan sambil sibuk merayu dekat suami diaa . Hafiz As Syaibani dah kesian dia bukan boleh tengok muka comel Citra dok merayu. " fine jomlah. tapi ingat eh balik biy memang denda sayang. " Citra hanya mengangguk " tak kisah dendalah. haha kita tengok eh biy siapa denda siapa " ujar Citra lagi tetap tak mahu kalah langsung dengan Hafiz As Syaibani. yalah sejak mengandung ni semua benda dia nak menang mana bagi chance dekat Hafiz As Syaibani , benda kalau dia kalah pun tetap akan diputar bagi menang. ya terima kasih baby baby mama ! sebab buat hormon mama tak menentu macam ni.
YOU ARE READING
SWEETHEART KIRIMAN TUHAN
Любовные романыCitra Nurafilya yang cantik namun sayang berhati batu , garang macam singaa. Namun , itu tak jadi masalah untuk Lelaki bernama Tengku Faiz Fikri. Dia lagi rasa tercabar kalau tak dapat Citra. lagi garang , lagi Citra menjauh lagi dia usaha dapatkan...