Sampai sahaja di Mid Valley dua ekor toyol kembar kecil ni lah manusia paling excited ! terlompat- lompat punya teruja tak sabar nak masuk Mid Valley. Citra hanya mengawal ketawanya. 'alahai anak - anak buah mak usu!'. si kembar berjalan di hadapan ,ditinggalnya mak usu dengan uncle handsome di belakang. 'See? Diaorang ni kejap ja obses dengan uncle handsome tu. dapat apa yang diaorang nak mesti lupa uncle handsome haha'. gelak Citra dalam hati. " Adam ! Mia! jangan laju sangat tunggu mak usu" ujar citra memecahkan suasana yang tadinya hanya diam memerhatikan aksi si kembar. Si kembar hanya buat endah tak endah. Mata mereka memerhati satu Mid Valley , walau apapun Baskin Robbins harus di cari ! itu azam si kembar. " Adik , let's play some game ? " ujar Putera Adam Mikhael kepada si adik. Puteri Mia Sara hanya menjeling si abang , langsung tidak berminat. Pandangan mata kecil itu dikalihkan kepada mak usunya pula. Laju sahaja citra mengangkat tangan tanda ' mak usu tak masuk campur , mak usu merajuk ' . Putera Adam Mikhael menunduk ke lantai .Masam mencuka mukanya ! Tengku Faiz Fikri yang memerhati ketawa perlahan. terhibur melihat aksi si kecil Putera Adam Mikhael . " uncle , wanna join me? " lembut suara Putera Adam Mikhael menyapa gegendang telinga Tengku Faiz Fikri. " sure , why not!". Putera Adam Mikhael tersenyum kepada adiknya. ' see, uncle nak join' . " tapi adam tak takut kalah ka ? sebab satu Mid Valley ni , uncle tahu and Mid valley ni family uncle yang punya." sampuk Citra Nurafilya.Mati terus senyuman Putera Adam Mikhael. " jomlah Adam . Ala , uncle bukan tahu sangat pun. uncle jarang datang sini. " bidas Tengku Faiz Fikri. sibuk bertelingkah nak lawan siapa jumpa dulu ,NAH, terpampang di depan mata kedai Baskin Robbins. Laju sahaja langkah Putera Adam Mikhael di ikuti oleh Puteri Mia Sara menuju ke Baskin Robbins. Waktu itu barulah Puteri Mia Sara datang berhimpit dengan Citra Nur Afilya' ala nak bodek mak usu lah tu' leter Citra perlahan. Citra hanya mempamerkan muka selamba. Puteri Mia Sara yang memegang sling bagnya hanya diperhati . " Adik , papa bagi duit tak ? " laju sahaja Mia sara menggeleng . " then , macam mana nak beli ?" soal si abang lagi. Si kembar sudah memasamkan muka , hampir mahu menangis."it's okay uncle belanja semua "ujar Tengku Faiz Fikri. Si kembar melompat keriangan " thank you uncle Sayang uncle " berebut -rebut si kembar nak peluk Tengku Faiz Fikri. Citra NurAfilya di sebelah hanya mengangguk kan kepala. ' okay , sayanglah uncle korang !' . " Jaga diaorang kejap , nak cari novel . " ujar Citra Nur Afilya dan laju sahaja langkah kaki menuju ke Popular. Novel - novel menarik di depan mata menjadikan Citra seperti manusia yang baru diberi hadiah loteri lumayan begitu teruja ! ' bestnya semua !' sibuk citra memilih dua tiga novel di tangan satu suara mematikan mood terujanya . " Banyaknya sayang " . Citra hanya tersenyum " kacaulah you ni , where kembar ? " . " tu " tunjuk Tengku Faiz Fikri kepada dua orang budak yang sedang duduk melepak di kaunter baskin robbins berhadapan dengan kedai Popular. " Wah ! Aiskrim penuh satu meja , amazing budak budak ni!"jawab Citra Nurafilya. " Biasalah budak budak , jenuh juga saya nak dengar si Mia dengan Adam punya celoteh , ya ampun comel ! " balas Tengku Faiz Fikri.Citra tersenyum, jejaka kacak di sebelahnya ini dipandang " terima kasih awak sebab layan Mia dengan Adam . Awak baik sangat ! arr tak tahu nak cakap macam mana." Tengku Faiz Fikri tergelak " ya sayang , sama - sama . diaorang kan anak buah saya juga . " Citra membawa novel yang dipilihnya ke kaunter untuk membayarnya . malas mahu memilih lagi , kesian si kembar mesti diaorang penat ! baru citra mahu mengeluarkan wang dari sling bagnya ada pula tangan lain yang menghulurkan " it's okay sayang , it 's my treat ! " ujar si jejaka . Citra menggeleng puas di hulurkan duitnya kepada si jejaka , namun si jejaka tetap enggan mengambilnya " ambil lah balik duit awak , saya ada duitlah " . Namun, si jejaka hanya buat endah tak endah. citra pun malas sudah mahu memujuk " Fine ! Thankyou!. " Langkah mereka berdua di atur ke arah si kembar yang sudah comot dengan ais krim. " ya Allah , anak - anak buah mak usu ! " iphone dikeluarkan . Snap gambar budak budak tu send dekat papa dengan mama diaorang. done.
tik tik.
'Ya Allah ,anak siapa tu comotnya ' - angah
' Habislah anak- anak mama PAU acunya'- Kak ngah
'wah acu bawa anak buah jalan jalan dengan boyfriend'- Achik
Citra membulatkan mata . boyfriend ? Wait a minute ! gambar dilihatnya lagi sekali. 'oh ada gambar mamat ni ' desis citra . " yeay dah sampai rumah nenek !"ujar Puteri Mia Sara. " thanks a lot awak ." Tengku Faiz Fikri tersenyum" My pleasure. bye ! " sempat juga lah Tengku Faiz Fikri berhighFive dengan Mia dan Adam." nanti datang sini tahu uncle ! " sampuk si kecil mia.
![](https://img.wattpad.com/cover/103568730-288-k984717.jpg)
YOU ARE READING
SWEETHEART KIRIMAN TUHAN
RomanceCitra Nurafilya yang cantik namun sayang berhati batu , garang macam singaa. Namun , itu tak jadi masalah untuk Lelaki bernama Tengku Faiz Fikri. Dia lagi rasa tercabar kalau tak dapat Citra. lagi garang , lagi Citra menjauh lagi dia usaha dapatkan...