Seawal jam 10:30 pagi Citra dan irene sudah berada di Pasar Raya Endah. Memang sengaja keluar awal sebab mahu mengelakkan diri daripada kesesakan orang ramai di tambah pula dengan hari cuti dan pastinya orang akan menyerbu Pasar Raya tersebut. Senarai barang - barang yang di tulis diperhatinya lama. Namun , matanya tertumpu kepada seorang jejaka. Tidak menyangka akan bertemu jejaka itu lagi. siapa lagi kalau bukan si Muhaimin Danish Syafi. kecilnya dunia!
Nampak sahaja Citra pantas lelaki itu menyapa Citra dan Irene. Penampilannya agak berbeza jika hendak dibandingkan ketika Citra berjumpa dengannya di Universiti. Nak kata selekeh tidak tapi biasa biasa saja, rambut pun tidak disikatnya , jangan jangan tidak mandi HAHA gelak citra perlahan dalam hati. Masyaallah tak baik Citra !
" Citra I nak pergi sarapan , you nak pergi sekali tak? " Citra mula serba salah , mahu menerima atau tidak. Irene di sebelah dipandangnya . Namun Irene hanya diam sibuk memilih barang barangnya . Citra bukan apa takut juga sebenarnya .sorry Fikri . Hati, tolong kuat jangan beegini ! " hmm , takpalah I tak biasa sarapan awal awal macam ni" ujar Citra menolak pelawaan Muhaimin. " kalau you nak pergi sarapan lepas you beli barang - barang you pun takpa , I boleh tunggu you dekat sini" ucap Muhaimin lagi memberi Citra pilihan. Senyuman manis terukir dibibirnya . tapi maaf Citra langsung tidak tergoda.
" tak apalah I nak cepat" balas Citra perlahan , laju sahaja jawapan itu keluar daripadanya mulutnya. ya , mungkin itu jawapan paling paling selamat. Muhaimin juga tidak memaksa , " kalau macam tu I pergi sarapan dulu , jumpa lagi . " pamit Muhaimin lalu meminta diri.
**********
setelah membeli barang - barang peribadinya , Citra ke rak yang mempamerkan barang barang alat tulis pula. khusyuk memilih sehinggakan tidak sedar Muhaimin sudah berada di hadapannya . " hye beautiful" Citra cuba bertenang dan mempamerkan eksperisi wajah bahawa kehadirannya tidak memberikan apa apa kesan walaupun dalam hati sudah dup dap dup dap . ah hipokrit lagi ! hati kenapa begini lagi .Muhaimin selamba berjalan seiringan dengan Citra , lagi memberi peluang sebab Irene memilih barang barangnya sendiri dan mereka bersetuju untuk berjumpa di luar Pasar setelah selesai membeli barang barang mereka. Apabila Citra berjalan dengan pantas , konon nak jauh pada dia tapi rupanya dia lagi mengikuti Citra . Elok Citra memilih yang itu , dia cadangkan Citra ambil yang lain pula . Ada sahaja gangguannya . Sesekali Citra tidak dapat menahan senyuman mendengar Celotehnya. paling paling tidak tahan troli yang di bawa Citra di tolak Muhaiman maka tiada pilihan dan menyebabkan mereka berjalan seiringan. Citra terkedu . allahu ! perasaan apa ini.
" I bayar " pantas jejaka itu menghulurkan kad kreditnya. " eh takpayah barang I " ucap Citra , tidak boleh menerima , barang dia biar dia sahaja yang bayar . " nope anggap ja I belanja sebab tanda I minta maaf sebab I biadap dengan you waktu you langgar I " Citra malas hendak memanjangkan isu dia pun akur lagipun dia dah hulur duit dia nak bayar balik tapi lelaki itu tidak hendak . jadi Citra tidak henti henti mengucapkan terima kasih . " lain kali takpayah macam ni" Lelaki itu hanya mengangguk dan tersengih. " so nak i hantar balik? " Citra pantas menggeleng .
Nampak sahaja Irene sudah menunggu di luar lega hati Citra " pergi dulu Irene dah tunggu . terima kasih sekali lagi assalamualaikum " tidak menunggu ucapan salam di jawab Citra terus berlalu meninggalkan lelaki itu. Tidak boleh begini , hatinya hanya untuk Tengku Faiz Fikri . ' tolonglah hati jangan berdolak dalik' doa Citra perlahan dalam hati.
" kenapa Citra ? " tanya Irene saat mereka di dalam bas . " Citra takut lah Irene , takut Citra berubah hati ." Irene mengangguk faham meskipun Citra tak pernah bercerita dengan siapa dia bercinta namun gaya Citra sahaja dia sudah tahu lelaki itu pasti baik juga . " doa Citra doa. walau jarak beribu batu tapi doa itu menyatukan . " lembut balasan Irene tapi cukup menyentuh kalbu Citra. " thankyou Irene" Irene tersengih " itu gunanya kawan Citra. "
***************
Sampai sahaja di dorm Citra terus membuka iphonenya . imessages daripada Tengku Faiz Fikri dibukanya.' Assalamualaikum Princess. how r u? a little bit busy today. nanti I call you bila I free okay. Fi Hifzillah. wo ai ni' - king Control 💕
tangan Citra lincah menaip
' waaalaikumussalam , sorry lewat , baru balik dari pasar dengan Dorm mates I . okay Fi hifzillah too. love you more. 'ps ; sorry pendek guys only (650 words)
YOU ARE READING
SWEETHEART KIRIMAN TUHAN
RomanceCitra Nurafilya yang cantik namun sayang berhati batu , garang macam singaa. Namun , itu tak jadi masalah untuk Lelaki bernama Tengku Faiz Fikri. Dia lagi rasa tercabar kalau tak dapat Citra. lagi garang , lagi Citra menjauh lagi dia usaha dapatkan...