ps ; sorry sebab ambil masa yang lama sangat , so enjoy reading 😊🙃
Jejaka yang segak berbaju graduasi di hujung sana di hampiri Citra , tak pernah pernah lelaki itu masam mencuka begini. " hey kenapa ni ? " tegur Citra prihatin. " I teringat dekat mummy , I rasa kosong sangat , I rindukan mummy . I nak sangat mummy ada peluk I paling paling penting tengok I berjaya " luah lelaki itu , wajah nya saat itu masam mencuka , air mata di pipi juga jelas menunjukkan lelaki itu menangis even dia cuba nak control macho depan Citra .
tisu di dalam beg dihulurkan Citra kepada lelaki itu dan sambil sambil Citra hanya mendengar , dia faham di saat macam ni Hafiz As Syaibani memang memerlukan mummy nya di sisi untuk dia kongsi detik detik kejayaan dia dengan mereka. Dia dah usaha belajar law bertahun demi keluarga dia allahuuuu citra tahu semua ni perit , kalau dia dekat tempat Hafiz As Syaibani belum tentu dia kuat begitu, Citra faham sangat isi hati lelaki itu even selama ni lelaki itu tak pernah kongsi apa apa pun tentang mummynya. tapi Citra tahu semua tu pun dari member member lelaki itu. ya mummy Hafiz As Syaibani dah tak ada , dia dah meninggal sebab kanser allahurabbi . " sabar , sedekahkan al- fatihah dekat mummy , you tak kosong you ada I , I janji I akan ada dengan you selagi you suruh I stay , you kena redho , kalau mummy ada pun dia pasti tak suka you sedih macam ni , mummy pasti dah tenang dekat sana , I tahu kalau mummy you ada , dia pasti bangga sangat dengan you. you dah buktikan yang you dah berjaya sayang. you dah buat semua orang sekeliling you bangga, you bakal jadi seorang lawyer. and im proud of you too future lawyer. " ucap Citra pula dengan harapan dia mampu menyalurkan semua semangat yang dia ada untuk Hafiz As Syaibani .
" mummy pergi terlalu cepat , I macam tak percaya I dah tak ada mummy , mummy tak sempat pun tengok I berjaya sedangkan mummy yang nak sangat I jadi lawyer. " rintih lelaki itu lagi.
Citra terkedu , waktu itu Citra dah tak tahu apa patut dia buat, apa patut dia cakap. dia takut tersilap langkah dan tindakannya mungkin membuatkan Hafiz As Syaibani makin down waktu itu " ya Allah kuatkanlah hati Hafiz As Syaibani untuk dia hadap semua ni . dia tak kosong ya Allah , ramai lagi orang sayangkan dia " doa Citra perlahan dalam hati. " kuat , you tak kosong you ada I , you ada family you . paling paling penting you ada Allah , Allah uji sebab Allah tahu you kuat. okay? Allah ambil mummy mungkin sebab Allah tak nak mummy tanggung sakit mummy lagi . dah pergi himpun dengan yang lain. nanti I jumpa you. " bidas Citra pula , ayat yang sama bahawa lelaki itu tidak kosong di ulang nya lagi supaya Hafiz As Syaibani faham yang Citra Nurafilya memang memaksudkannya sepenuh hati jiwa dan raganya. Hafiz As Syaibani tersenyum dan hanya mengikut arahan Citra untuk bersama dengan rakan - rakan yang lain sebab sidang graduasi yang pertama akan bermula.
Citra yang juga berbaju graduasi mengambil tempat di dalam dewan memerhatikan sidang graduasi Hafiz As Syaibani. " di jemput tuan Presiden fakulti undang undang saudara Hafiz As Syaibani untuk menerima sijil. tahniah juga di ucapkan kerana sudah 3 tahun berturut- turut dianugerahkan dengan sijil dekan. semoga kecemerlangan tuan presiden kita hari ini dapat dijadikan tauladan kepada semua mahasiswa dan mahasiswi fakulti undang - undang hari ini " ucap Tuan pengacara majlis dan Citra juga turut tersenyum, dia bangga benar dengan lelaki bernama Hafiz As Syaibani di atas pentas itu.
Turun Hafiz As Syaibani daripada pentas lelaki itu terus keluar dari dewan dan citra mengikuti lelaki itu dengan pantas Citra menghulurkan hadiah dan bunga kepada lelaki itu. " I tak tahu apa yang patut I buat bila you cakap you rindukan mummy you , tambah tambah waktu hari graduasi you .I faham sangat you nak mummy ada , nothing much I can do, selain bagi kata kata semangat , semoga ini menjadi pembakar semangat untuk you capai kejayaan you yang seterusnya. amin . Congrats sayang officially graduated b(hons) in laws. " ujar Citra perlahan takut di dengari pula oleh orang lain , buat malu ja. Hafiz As Syaibani menghadiahkan Citra senyuman yang cukup manis. " pejam mata I ada hadiah lagi untuk you. " Hafiz As Syaibani hanya menurut . " suprise , tahniah abang " ucap Sarah As Sofea. Hafiz As Syaibani membuka mata , terkejut sebab semua family dia ada dekat situ , ni mesti kerja Citra. " I tak tahu nak cakap apa , I terharu sangat tapi terima kasih sebab you ada dengan I waktu hari graduasi I dengan hadiah dan bunga semua ni dengan semua family I dekat sini allahuu . I tak minta pun Citra semua ni , I cuma nak you ja ada sebab I dah tak ada sapa sapa selain you , family I dan kawan kawan I " balas Hafiz As Syaibani , terharu benar dia dengan Citra waktu itu. tak sangka Citra boleh himpunkan semua family dia waktu hari graduasinya ; ya Allah dia bahagia even mummy tak ada sekali. ' mummy , angah dah berjaya jadi lawyer macam apa yang mummy nak angah jadi. kejayaan ni untuk mummy' ujar Hafiz As Syaibani perlahan dalam hati.
" tahniah tuan president Hafiz As Syaibani, daddy bangga sangat dengan angah. " ucap daddy Hafiz As Syaibani. Waktu itu Hafiz As Syaibani terus memeluk daddynya " thankyou daddy sebab datang even angah tahu daddy mesti sibuk. " daddy Hafiz As Syaibani tersengih " mana ada daddy sibuk , waktu Citra bagitahu angah graduasi ni daddy terus kosongkan semua jadual daddy sebab plan memang nak suprise kan angah". Hafiz As Syaibani terus memerhati citra " terima kasih untuk semua ni , I terharu sangat . " Citra mengangguk meminta diri untuk bersiap , lepas ni sidang Citra pula. " I teman you" ujar Hafiz As Syaibani. Citra hanya mengangguk tak menghalang.
✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨
usai meminta diri kepada daddy Hafiz As Syaibani dan seluruh family lelaki itu. Mereka berdua berjalan memasuki dewan di mana akan berlangsungnya sidang graduasi Citra pula.
" congrats too honey 🐝 , I bangga sangat dengan you , beauty with brain , you lain pada yang lain and that's why I boleh sayang you, terima kasih sebab you ada dengan I dari kita nothing sampailah macam ni dan I harap sangat dari nothing ni boleh jadi everything. I tak main main Citra bila I cakap I sayangkan you , li lahi taala I memang sayangkan you , I tak pernah suka perempuan macam mana I suka you. you macam bidadari Citra , bidadari anugerah tuhan yang menyinarkan hari hari I yang dah pudar. " ucap Hafiz As Syaibani saat Citra turun dari pentas sambil bunga turut dihulurkan kepada Citra. " citra , I nak harini jadi hari yang you tak boleh lupa sampai bila - bila , Citra Nurafilya, sudi tak you jadi bidadari hidup I sampai bila - bila ? " ujar Hafiz As Syaibani lagi sambil melutut. Citra yanya diam.
Semua di dalam dewan bagaikan terkedu melihat drama tuan presiden . Mereka semua tak sangka bahawa Citra Nurafilya yang menjadi gadis idaman tuan presiden. " Citra , I tahu you suka lelaki yang boleh jaga you, jadi imam you , hormat mama papa you , so I akan jumpa parents you tanda I betul - betul serious Citra bila I cakap I memang nak you jadi suri hati I " bidas Hafiz As Syaibani lagi dan dengan pantas langkah kaki lelaki itu terus ke arah mama dan papa Citra.
" assalamualaikum auntie , uncle , saya nak minta izin untuk jaga citra , lamar citra sebagai isteri saya dunia akhirat , saya janji sepenuh hati saya akan jaga dan bimbing Citra hingga ke jannah. saya akan sayang Citra lebih pada saya sayang diri saya sendiri itu pun kalau uncle dengan auntie izinkan. " tutur Hafiz As Syaibani lancar , langsung tak malu even waktu tu satu dewan memandang ke arahnya. Papa terus menarik Hafiz As Syaibani ke dalam pelukan " uncle Izinkan , jagalah Citra macam mana kami jaga Citra, sayanglah Citra sepenuh hati macam mana kami sayang Citra. Uncle tahu Syaibani mampu jaga Citra. " balas Tan Sri Farid , Citra waktu itu menangis , dia tak sangka papa setuju , sebabnya papa memang susah sangat nak lepaskan dia dan mungkin papa dah percaya Hafiz As Syaibani sebab tu papa bagi peluang dia jaga Citra.
" thankyou uncle auntie. " waktu itu Hafiz As Syaibani pantas memandang Citra " so Citra will you marry me ? be my wife , future mother to our children. kita bina rumah tangga kita sampai Jannah. " tutur Hafiz As Syaibani lagi dan Citra waktu itu pantas mengangguk . mustahil nak menolak sedangkan dia memang dah nampak kesungguhan lelaki itu. Hafiz As Syaibani yang melihat anggukan kepala Citra pantas membuat sujud syukur , alhamdulillah dia benar benar bersyukur , satu impian dia untuk jadikan Citra bakal bidadari dia sampai bila - bila akan tercapai. insyaallah semoga Allh permudahkan. #onestepcloser
YOU ARE READING
SWEETHEART KIRIMAN TUHAN
RomanceCitra Nurafilya yang cantik namun sayang berhati batu , garang macam singaa. Namun , itu tak jadi masalah untuk Lelaki bernama Tengku Faiz Fikri. Dia lagi rasa tercabar kalau tak dapat Citra. lagi garang , lagi Citra menjauh lagi dia usaha dapatkan...