Dewan SMK Tunas Bangsa pagi itu kedengaran sangat riuh , pengawas pengawas sedang sibuk menyusun kerusi dan memasang banner untuk program Pidato yang akan diadakan di sekolah mereka kejap sahaja lagi. Peserta peserta dari pelbagai sekolah pun sudah ada yang mendaftar. Citra masih dengan perasaan gementarnya tapi perasaan itu sudah beransur pergi itu pun selepas puas di bebel oleh Tengku Faiz Fikri semalam dan di pujuk oleh Puan Pengetua sendiri. Akhirnya Citra akur untuk tetap meneruskan niatnya bagi mengharumkan nama sekolahnya dalam pertandingan Pidato meskipun tanpa bantuan Cikgu Haris . oh ya Cikgu Haris telah dikenakan hukuman yang setimpal atas perbuatannya. dan Citra bersyukur sangat walaupun dalam hati Citra kesian dengan nasib Cikgu Haris . " jangan risau , I dekat bawah sentiasa support you . ingat ingat itu , remember , don't forget , jangan lupa , saya sayang awak , i love you . All the best Citra." ucap Tengku Faiz Fikri tidak henti henti memberikan semangat kepada Citra dari semalam lagi dan sibuk kenyit mata kepada Citra. Citra hanya tersenyum. Kot yang dihulurkan oleh Tengku Faiz Fikri di pakaikan Puan Pengetua kepada Citra. wah untung kau citra ! ya harini Citra pakai kot lain , pinjam kot Tengku Faiz Fikri sebab warna dia cantik ! Tengku Faiz Fikri pasrah , hanya layankan apa yang Citra nak ,nak buat macam mana dah sayang , ala kot ja pun Citra minta small matter dia ada lagi kot lain serupa macam tu. " okay bi taufiq wannajah Citra " ucap Puan Pengetua lembut. ya dia sangat percayakan kebolehan gadis cantik di hadapannya ini dan oleh sebab itulah dia tidak hairan yang kenapa Tengku Faiz Fikri sayang sangat dekat Citra.
" Assalamualaikum dan Selamat Datang Semua . " lembut suara Puteri Amalia selaku pengacara majlis menghentikan suara pelajar pelajar yang sibuk dok bersembang entah apa apa ! sah semua mata tertumpu ke arah suara tersebut.
" kami selaku tuan rumah mengucapkan jutaan terima kasih dan ucapan penghargaan yang tidak terhingga kepada semua pihak sekolah yang sudi datang ke sekolah kami bagi menyertai Pertandingan Pidato Bahasa Melayu Piala KPM. Sebelum majlis dimulakan izinkan saya memperkenalkan panel panel juri yang terlibat pada pagi ini . Ketua juri diketuai oleh Puan Siti. " Puan siti pun bangun . " Diikuti oleh Encik Hisham " . Encik Hisham pun bangun . " seterusnya Puan Zaleha . " Puan Zaleha pun bangun " dan akhir sekali Encik Badrul . "
Mikrofon di ambil pula oleh Putera Aizat " Oleh itu untuk tidak melengahkan masa saya menjemput peserta pertama Saudari Citra Nurafilya. Dipersilakan" Citra pun bangun diiringi Tengku Faiz Fikri. " cubaan suara satu dua tiga " Citra tersenyum kepada sahabat sahabatnya di bawah yang sibuk membuat thumbs up. Tidak terlepas juga Puteri Amalia dan Putera Aizat di sebelah sana sibuk melambai.
" Bismillahiramanirahim . Assalamualaikum wbt. jutaan apresiasi buat pengemudi acara , kombinasi intelektual kehakiman bervisi seterusnya hadirin hadirat yang jauh di mata tetap dekat di hati . " nah baru beberapa patah perkataan Citra lontarkan sudah cukup untuk buat seisi dewan terpukau. Mahu tidak terpukau suara gemersik Citra tu sedap sahaja terdengar di halwa telinga . " Saudara saudari bicara dimulakan dengan pesanan buat penghuni bumi , iaitu manusia . bumi telah menjadi rumah buat 8.7 juta spesies dan hanya satu sahaja spesies yang mampu mengubahnya iaitu Manusia. " jelas semua dekat dalam dewan tu benar benar terpukau even Citra hanya nak sentuh pasal isu alam sekitar sahaja.
(author skip pidato Citra , sebab terlalu panjang , korang bayangkan lah sendiri ya . bagaimana petahnya citra berbicara)
" penghujung kalam , sudah menjadi adat setiap pertemuan pasti ada perpisahan . Maka sebelum bahtera melabuhkan tirainya , saya disini ingin menegaskan bahawa kita perlulah bersama sama menjaga alam sekitar kita . cuba bayangkan jika bumi ini musnah angkara tangan kita sendiri jadi di mana kita mahu tinggal ? di planet pluto kah ? renung-renungkanlah . sri kandi SMK Tunas Bangsa mohon mengundur diri. Sekian terima kasih. " Seorang juri pun bangun mengangkat tanda Thumbs up kepada Citra . Citra hanya tersenyum. dan seraya itu tepukan gemuruh tidak henti kepada Citra. usai sahaja menyampaikan pidato Citra kembali duduk di tempat asalnya.
YOU ARE READING
SWEETHEART KIRIMAN TUHAN
Lãng mạnCitra Nurafilya yang cantik namun sayang berhati batu , garang macam singaa. Namun , itu tak jadi masalah untuk Lelaki bernama Tengku Faiz Fikri. Dia lagi rasa tercabar kalau tak dapat Citra. lagi garang , lagi Citra menjauh lagi dia usaha dapatkan...