Berita

725 6 0
                                    

Tubuh kaku terbaring lesu dihadapan ruang tamu. Berbalut serba putih sekujur tubuh berada dihadapan Kanan Dan kiri Tania.

" Ibu Dan Ayah, Tania kembali."

Tanpa sebarang kata - kata yang mampu keluar dari Tania, hanya mata yang mampu berbicara tentang situasi itu.

Bacaan Yaasin masih berkumandang hebat ditelinga, namun semua itu tidak dapat menteteramkan hati Tania yang sedang dalam kedukaan.

Dia Baru sahaja menerima berita kematian  kedua orang tuanya.Tiada yang pasti dalam sesuatu lebih - lebih lagi bila perkara itu melibatkan nyawa.

Segalanya berlaku dalam sekelip Mata....

Semalam Kedua orang tuanya masih hidup didunia membuat lawatan kepadanya di Asrama seperti rutin mingguan mereka. Namun kini....semuanya terlewat, dia ditinggalkan keseorangan didunia....

' Berseorangan.'

Sekelip Mata Tania yang dulu ceria dilimpahi kasih sayang kini menjadi yatim piatu.

Tiba - tiba suasana sunyi menyelubungi hidup Tania.. Hidup sebatang Kara didunia, apalagi yang bermakna dalam hidup Aku.

...

Sebaik sahaja kedua IBU bapa Tania dikebumikan serentak, hilang dalam timbunan tanah Dan pandangan Mata, barulah Tania mampu bersuara....

" Kita buat apa dekat sini?" Pandangan Mata Tania berair. Satu persatu wajah yang menemani dirinya di tanah perkuburan dipandang tidak berkelip. Sebaik wajah tua itu tidak memberikan sebarang reaksi, Tania mengalihkan pandangan ke arah wajah yang lain.

Hal itu berlaku dalam beberapa saat, tanpa Ada seseorang pun yang memberikan jawapan..

Semua terdiam Dan terkaku dengan bicara Tania.. hanya wajah simpati yang menemani wajah mereka..

Dia perlukan jawapan bagi soalan yang telah bersarang hebat dalam dirinya. Dia tahu akan  jawapan dari apa yang terjadi namun dia masih mencari.. mencari sesuatu yang hilang.

Seakan segala yang terjadi hanyalah mimpi..

Sehinggalah.....
Semuanya telah selelai diperkuburan.Namun Tania masih tidak berganjak dari Tubuhnya yang masih terpaku di tanah perkuburan.

Dia hanya berumur 16 tahun Dan dia telah Kehilangan Segalanya.

Di satu sudut dikejauhan terdapat sepasang Mata liar yang melihat segala tindakan Tania, tanpa sebarang reaksi Dan simpati diwajah.

.......

" Tania Mari Kita balik, dah senja Tak boleh bersedih dekat sini, Tak baik untuk awrah." Suara lelaki kasar memecahkan lamunan Tania.

Pak Long Kamil..

Satu - satunya sedara Tania yang tinggal, Abang sulung bagi arwah bapanya.

Mata Tania yang masih kejernihan dengan air Mata membuatkan Kamil turut bersedih dalam hati dengan apa yang terjadi.

Namun dalam sudut hatinya dia perlu kuat untuk menanggani Tania..

Tania merupakan satu - satunya Anak tinggalan arwah Khalil, merupakan  satu - satu adik lekakinya.  Dia sepenuhnya bertanggungjawab kearah Tania kini. Tania tanggungjawabnya, itu dia pasti.

" Kita balik Tania, Pak Long tahu apa yang jadi, tapi percayalah ini semua takdir, Kita Tak boleh lawan takdir Tania." Lembut suara Kamil memujuk Berharap Tania kuat Dan tabah dalam menempuhi hidupnya.

" Pak Long, Tania dah Tak Ada siapa - siapa, macam Mana hidup Tania lepas ini.?"

" Pak Long akan Bantu Tania, Tania akan tinggal dengan Pak Long."

****

Dua minggu selepas majlis pengebumian.

" Saya Tak setuju dengan cadangan itu untuk Tania berkahwin Dan hidup dengan keluarga ini, lagipun Tania belum cukup umur," Kamil terpaksa tinggikan suara bila  Masa depan Tania menjadi pertaruhan. Peluh mendidih telah membasahi segala tubuh Dan wajah Kamil.

" Khalil apa engkau dah buat dengan Tania, kenapa engkau buat perjanjian tanpa fikir Masa depan Tania." Kamil meraup wajah bila mendengar perjanjian mengarut yang Baru dibicarakan oleh peguam.

Dalam sudut kecil hatinya, dia dapat rasakan sesuatu yang buruk akan berlaku..

" Itu bukan keputusan kamu Kamil tapi itu perjanjian antara Aku dengan Khalil, Dan semua syarat - syarat tentang perkara ini dah termaktub dalam perjanjian Dan perkara ini sah dari segi perundangan." Suara keras Datuk Megat kedengaran, namun dalam Masa yang sama wajahnya tetap tenang.

" Saya takkan benarkan perkara itu terjadi, Tania bawah tanggungjawab Saya lepas kematian arwah Khalil, Tak Ada siapa yang berhak atas Tania selain Saya." Kamil tidak peduli, jika dia perlu berkeras untuk selamatkan Masa depan Tania dia akan buat. Dia akan gunakan semua kuasa yang Ada untuk tidak benarkan semua itu terjadi. Dia takkan benarkan Tania berkahwin muda. Masa depan Tania masih panjang.

Biarlah segala hartanya habis bagi melawan kes bagi Tania, dia Tak peduli janji hidup Dan Masa depan Tania tidak terabai di kemudian Hari.

Dia tahu adiknya Khalil juga meninggalkan harta yang banyak  untuk Tania, namun kenapa perjanjian itu yang Khalil masukkan dalam wasiatnya..

Dia amat risaukan Masa depan Tania..

****

" Macam Mana Datuk? Kita nak teruskan juga perkahwinan ini. Munshi Dengar bapa sedara Budak itu Tak kurang hebat bantah perkahwinan kami!" Munshi tenang berhadapan dengan Datuk, dia tiada pilihan, sama seperti Tania dia juga sebenarnya sebatang Kara.

Segala hidupnya hanya bergantung Dan berserah dengan arahan Datuknya... Namun satu hari ini dia akan buat segala keputusan dengan sendiri..

Datuk Megat senyum sinis kearah cucunya, belum pernah lagi plannya tidak berjalan lancar seperti yang dia mahukan. Dia adalah seorang pemangsa, pemangsa yang belum kenal erti kekalahan.

" Tania akan menjadi cucu menantu dalam Keluarga ini, Dan dia akan jadi isteri kamu Munshi.Datuk akan pastikan semua itu terjadi."

Shit! Aku ingatkan Aku dah terlepas dari berkahwin dengan gadis hodoh itu, tapi Tak sangka nampaknya nasib engkau jatuh juga dalam tangan Aku.

Aku akan pastikan Tania, hidup engkau akan terseksa Dan engkau akan terima semua kesengsaraan yang Aku terima sebelum ini.

" Munshi Tak sabar Datuk dengan perkahwinan ini." Senyuman Munshi bersama lamunan kearah wajah seorang gadis yang bernama Tania.

TENANG..Where stories live. Discover now