Tania termenung Jauh...Semuanya berlalu dalam Masa yang singkat..dalam Tak sedar hidup dia berubah secara drastik..
Dia bukan lagi dikelilingi dengan dendam dalam hati...sedekat hidup dia dengan Johan, Tania rasa selamat...Dan hati Tania tenang. Dia rasa dia dah dapat jawapan tentang perbincangan lewat Malam dengan Johan...Tania ukirkan senyum dalam hati..tapi dalam Masa yang sama dia lihat Johan yang sedang duduk tidak jauh dari pandangan Mata Tania..
Disisi tangan Tania terdapat air yang dibuat Khas untuk Johan...bersama beberapa Jenis makanan petang untuk lelaki itu.. dia ingin sampaikan sesuatu Dan dia harap Johan boleh terima..
Dia sebenarnya sedang mengumpul sisa - sisa kekuatan...bagi Tania kalau boleh dia mahu kembali kepada Masa silam..Dia mahu selesaikan sesuatu dari kehidupan dia dulu...Dulu dalam kehidupan dia, dia belum Ada kekuatan untuk selesaikan semuanya.. Jadi bila diberikan peluang, dia àkan hadapi segalanya ...Kali ini Tania akan hadapi..
" Saya buatkan air untuk awak Johan..Dan beberapa makanan petang!" Tania gigit bibir sambil talam yang berada ditangannya diletakkan di atas meja..
Johan hanya menerhati segala tindakan Tania..Selepas dilihat Tania melihat kearahnya barulah kedudukan kaki Johan dialihkan melihat ke isterinya..
" Awak buat semua ini? Hmmmmm, " Mata Johan melihat kearah Tania sambil menunggu jawapan..
" Saya cuma buat air...yang selebihnya pembantu sediakan!" Tania berterus terang bagi Tania tinggal dirumah itu semua keperluan àkan disediakan pembantu.
Itu adalah pertama Kali dia membancuhkan air untuk Johan. Jika sebelum ini sewaktu mereka duduk dirumah sewa Tania dulu..Dia yang selalu membancuh air untuk Johan...Tapi sejak disini, semuanya dilakukan oleh pembantu.
" Kenapa Tak suruh pembantu?" Johan bertanyakan alasan, tapi bila melihat usaha Tania dalam melayannya, Johan dapat rasa Tania semakin menerima dirinya dalam hidup dia..
" Saya nak bincangkan sesuatu dengan awak..Saya harap awak boleh setuju dengan apa yang Saya nak sampaikan!" Tania labuhkan duduk dihadapan Johan.Tidak menunggu Johan memberikan arahan terlebih dahulu. Kali ini dia nekad..dia mahukan persetujuan Johan..
" Hmmm Macam penting, awak cakapkan?" Johan menghirup air yang dibawa oleh Tania sambil menunggu dengan sabar setiap butir bicara dari isterinya..
" Saya nak kembali kerja ....hmmm rasanya Saya dah lama ...bercuti!" Reaksi Johan Tania lihat berubah, bila Hal berkaitan dengan kerja diungkit..Johan pernah suara Kan hasrat untuk Tania menghabiskan Masa di rumah..Dia Tak mahu Tania terlibat sama dalam bidang tugasnya..
Tapi ...Johan tahu itu sesuatu yang sukar untuk Tania disebabkan perkenalan mereka dulu..Tania bukan seorang yang hanya tumpu pada satu kerja, Tania sebenarnya seorang yang tidak mahu Masa satu harinya terluang tanpa Faedah..
Johan memberikan pandangan tajam...namun setelah lama terdiam, Johan tersenyum..reaksi Johan dari perubahan wajahnya buatkan Tania semakin tertanya - Tanya sama Ada permintaan dia nanti akan dimakbulkan atau sebaliknya..
" Awak nak berikan jawapan sekarang ker?" Tania semakin tidak sabar menanti namun perasaan hati Tania semakin berdebar - debar..Entah apa lagi kejutan akan dibuat Johan dalam hidup Tania..dia Tak sangka lelaki yang dia selamatkan dulu boleh bertukar jadi suami dia..Semua itu bagaikan sekelip Mata Dan mimpi bagi Tania..namun mimpi yang menjelma dalam hidup Tania masih awal untuk dia buat kesimpulan sama Ada mimpi itu indah atau sebaliknya..
Johan dilihat Tania hanya ketawa melihat wajah Tania yang dalam keadaan tertanya - Tanya.." kenapa buat muka macam itu Tania, macam Tak sabar nak Saya bagi jawapan..hmmm.. tapi Saya nak Tanya awak dulu sebab apa awak nak bekerja..kenapa dekat rumah ini awak Tak Ada kerja?"
YOU ARE READING
TENANG..
RomanceHidup bagaikan sebuah perjalanan yang tiada kesudahan.. Namun dalam mencari Kunci Kebahagian..Hidup Tania diuji dengan kebencian beberapa Kali..Dapatkah Tania mencari Kunci hidupnya nanti...?? sama - sama hayati hidup seorang gadis bernama Tania..