" Mommy!" Joanna tersengih manja Dan laju menuju kearah Aminah..
" Baru muncul...?? Kenapa Tak datang tadi..banyak yang terlepas Malam ini.." Aminah senyum bermakna kepada Joanna..Penampilan Joanna Malam itu ternyata Indah pada pandangan Aminah..Cantik persis Puteri...
" Joanna terlelap Mommy...Perlu lebihkan rehat Malam ini..sekejap lagi Ada yang menanti.." tanpa segan silu Joanna berterus terang..
" Really..?Dah Ada pengganti..macam Mana dengan Mommy..Joanna tahukan Mommy sayangkan Joanna macam Anak Mommy sendiri..Tak Ada siapa boleh gantikan tempat Joanna..." Ada nada keluhan dari nada suara Aminah bila dia mengetahui Joanna telah dapat mencari pengganti Johan..
Bagi Aminah kecurangan Joanna hanyalah masalah yang kecil...Dia juga pernah curang dengan Johari suatu Masa dulu...dari pengalaman dirinya sebelum ini, perkara itu tiada masalah..waktu itu dia masih muda Dan mahukan hiburan dalam hidup..
Justeru itu dia faham apa perasaan sebenarnya Joanna kini...dia hanya mencari keseronakan diluar untuk Masa sementara..namun dalam hatinya masih Ada ruangan untuk Johan...begitu juga hatinya dulu yang masih Ada Johari..
Kematian kekasih gelapnya Anthony benar - benar menyedarkan Aminah...dia separuh Gila bila mendapat berita mengejutkan itu...tapi nasib dirinya baik, Johari tidak meninggalkan dirinya dalam keadaan sukar begitu..dirinya masih diterima baik Dan dilimpahi kasih Sayang dari suami nya..
Setelah dia sedar dalam hidup gelapnya...dia kembali membuka hati untuk suaminya...Namun dalam sudut Besar hati Aminah, masih tersimpan Sayang yang Besar untuk kekasihnya Anthony..
Kerana itu Aminah berlapang Dada bila Johan memilih Joanna dalam hidup anaknya...bila perkahwinan itu terjadi...Aminahlah yang Paling bahagia di dunia..dia dapat rasakan percintaan dirinya Dan Anthony kembali terjalin dengan perkahwinan Johan Dan Joanna...
Semua itu adalah disebabkan kerana Joanna adalah Anak sedara Anthony, bekas kekasihnya..
Bila dia lihat Joanna..dapat dirasakan Aminah, Anthony berada disisinya setiap detik itu.....
" Joanna jangan tinggalkan Johan...Mommy pasti Johan lakukan kesalahan Besar dalam hidup dia..Dia Tak pasti dengan perasaan dia sekarang..Tapi percayalah Joanna, Johan cintakan Joanna.. Joanna ingat lagi macam perkenalan Joanna dulu dengan Johan.."
Joanna senyum senggih...Tak disangka Aminah, bekas Ibu mentuanya mengingati kembali kenangan Johan Dan dirinya berkenalan disitu...
Dulu dia hanya merupakan seorang gadis biasa dalam golongan pertengahan..namun atas desakan rakan - rakan Dan cabaran, Joanna turut serta dalam pencarian Ahli Club Baru..
Disitu Joanna pertama Kali mengenali Aminah...seorang wanita yang berketuruan elit, bangsawan yang Kaya raya..nasib dirinya baik, sebaik kejadian terserempak dengan Aminah mereka bertukar cerita...tanpa disangka bapa saudara Joanna kenalan rapat Aminah..
Tanpa membuang Masa Aminah memperkenalkan Joanna kepada Johan..Dari reaksi pertama perkenalan, kedua -duanya serasi...Namun Hal itu masih tidak menghalang Joanna dari Masuk dalam pertandingan..
Johan ternyata bagaikan terjatuh pada pandangan pertama dari sudut Mata Aminah...tanpa dia mengetahui apa perasaan sebenar Anak lelakinya sendiri..
Dalam pertandingan itu Johan hanya mengejar Joanna..mereka menghabiskan Masa bersama Dan bermadu kasih seperti pasangan kekasih yang lain..dalam pelukan Dan kemesraan mereka tidak segan silu melepaskan keghairahan mereka berdua dihadapan Aminah..Mereka hanyut dalam dunia mereka sendiri..
Joanna dapat menyertai Club seumur hidup dengan kemenangan Joanna dalam berjaya mendapat hati Johan yang merupakan salah seorang Ahli dalam Club..disitu Joanna yang dulunya hidup sederhana bertukar corak hidup menjadi Kaya raya..
YOU ARE READING
TENANG..
RomanceHidup bagaikan sebuah perjalanan yang tiada kesudahan.. Namun dalam mencari Kunci Kebahagian..Hidup Tania diuji dengan kebencian beberapa Kali..Dapatkah Tania mencari Kunci hidupnya nanti...?? sama - sama hayati hidup seorang gadis bernama Tania..