Splashhhhhhshhhh!..
Bila Tania berenang ketepi, Johan telah tersengih mencangkung dihadapan dia..
Mata Johan melihat kearah Tubuh Badan Tania..." Kenapa Tak pakai baju renang?"
Tania hanya melihat kearah Johan sambil tubuh masih diapungkan di dalam air.." saja Saya Tak nak beri tayangan Free dekat sini..Macam ini pun Saya boleh berenang apa..Jadi buat apa nak rumitkan keadaan!"
Splassssh.
Tubuh Tania telah dianikkan ke atas Dan duduk ditepi kolam bersebelahan Johan...Johan masih lagi mencangkung..Mata Johan memandang sekeliling kolam renang sebelum Mata lelaki itu dilihat kepada kearah Tania...
" Siapa yang Ada dekat sini..cuma Saya dengan awak!" Tuala yang tersangkut di kerusi malas diserahkan Johan kepada Tania..Kepala Johan masih melihat dengan pakaian yang dipakai Tania untuk berenang..T-shirt dengan track bottom...lebih kepada pakaian nak pergi berlari..
Tapi huluran Johan tidak dibalas Tania..
" Saya nak berenang lagi...awak letak dululah tuala tu dekat sana." Tania memberikan alasan..Johan telah tersenyum...dia tahu Tania sengaja mencari alasan...tapi Johan Ada alasan yang kukuh untuk buat Tania keluar dari kolam....
" Kita kena pergi sekarang...sebab itu Saya Ada di sini..Kita Ada majlis Malam ini!"" Majlis apa?" Kening Tania berkerut...Baru Dua Hari lepas....Tania temankan Johan pergi ke majlis...disana Tania diperkenalkan sebagai pekerja dari isterinya...entah apa alasan Johan... Sedikit pun Tania tidak bertanya..
" Jamuan Malam!" Ringkas jawapan Johan...Tanpa membantah, langkah Johan diikuti Tania....
" Macam mana Johan?" Tania pusingkan Badan beberapa Kali kearah Johan selepas puas membelek tubuh di depan Cermin sejak bersiap tadi..
Berlainan tema Malam ini, Johan arahkan Tania memakai gaun Malam labuh krim untuk dia kemajlis..Gaun yang bertatahkan Batu Swarovski dirasakan Tania...Cantik Dan bergermalapan...sesuai untuk tubuh dia tapi masih menutupi semua bahagian Tubuhnya..
Citarasa Johan yang Tak perlu Tania sangkal lagi...citarasa Johan walaupun hilang ingatan masih tidak berubah..itu diakui sendiri oleh Tania..
" Sesuai untuk majlis Kita Malam ini!" Tanpa memuji Johan sekadar meluahkan apa yang terfikir di fikirannya kepada Tania.. tanpa memberikan pandangan kedua, Johan melangkah ke pintu..
" Awak Tak nak puji Saya?" Kolar Johan dipegang lembut sambil tubuh dirapatkan kepada Johan, untuk mendapatkan pujian..
" Bukan tadi Saya dah bagi jawapan!" Wajah cemberut Tania didepan Johan buatkan Johan paham apa yang tersembunyi di fikiran perempuan.....Tapi semua berkenaan Tania buatkan Johan geli dalam hati....
Dia tersenyum kecil sambil terus menampakkan wajah serius bila Tania melihat kearah wajahnya....dia sukakan melihat wajah Tania yang Tak tenang...
" Itu awak berikan pendapat, bukan pujian...apa Saya Tak Cantik?" Suara Tania seakan menggoda..dari dulu dia kenal Johan, lelaki itu masih tetap sama..kurang dengan pujian...mungkin Johan pernah berjumpa perempuan Cantik lebih dari dia, jadi pujian Johan hanya untuk yang benar - benar memukau Mata dia..
" Kalau awak buat muka Macam itu lagi..Saya takut Kita akan terlewat Tania..Jadi Kita perlu pergi sekarang, sebelum Saya ubah fikiran!" Wajah Johan tetap tenang namun masih dalam nada yang serius..
" Awak belum lagi beri pujian pada Saya....awak simpan pujian itu untuk perempuan lain atau apa Johan...!" Johan dirasakan Tania mengambil sikap sambil lewa dengan permintaan dari dia...Tania rasakan dia Tak sepatutnya dilayan begitu dari Johan...
Setelah susah payah dia kembali, Johan masih kurang memuji...dia perlukan pujian dari Johan untuk dia tahu diri dia masih penting dalam hidup lelaki itu, walaupun Johan masih Tak ingat dia..
Itu yang Tania harapkan..
YOU ARE READING
TENANG..
RomanceHidup bagaikan sebuah perjalanan yang tiada kesudahan.. Namun dalam mencari Kunci Kebahagian..Hidup Tania diuji dengan kebencian beberapa Kali..Dapatkah Tania mencari Kunci hidupnya nanti...?? sama - sama hayati hidup seorang gadis bernama Tania..