66

61 2 0
                                    

" Tania kami nak pergi makan lunch, kalau engkau nak join sekali kami Tak keberatan!" Sengaja Rina berjumpa Tania terlebih dahulu, sengaja menunjukkan pada Johan Bahawa dia ambil berat tentang Tania.

"  banyak kerja belum selesai, lagipun Tak baik  untuk ganggu kamu berdua. Banyak lagi kerja untuk disiapkan, jangan risau, Rina.. Tania boleh jaga diri!" Sebelum berpisah dengan Rina, Mata Johan Dan Tania terpaut sebelum masing - masing membuang pandangan ke arah yang lain.

" Mari!" Tangan Rina dipegang Johan bersama Lengan Johan yang dipaut erat oleh Rina..

" Johan, awak pasti Matthew Cintakan Tania? Saya Tak nak dia dipermainkan lagi dengan lelaki.. ya Saya tahu dia tersilap pilih hidup sebelum ini. Tapi dia layak dicintai seorang lelaki Kan Johan. Lelaki yang betul - betul boleh terima dia." Suara Rina sayu mengenangkan nasib Tania di pendengaran telinga Johan. Hingga Johan tidak tahu perkara sebenar yang telah membutakan mata Dan hati Johan.

Bagi Johan, Rina adalah seorang rakan yang baik. Jika Rina tahu Ada beberapa kelakuan Tania yang Cuba memikatnya..tentu gadis itu akan bersedih.

" Jangan fikirkan dia, Rina. Itu masalah yang dia Cari.. tapi kalau dia benar dengan Matthew. Rasanya Matthew lelaki yang baik."

" Maksud awak, Matthew Cintakan Tania?" Rina mencari jawapan dari riak wajah Johan. Kelihatan Johan hanya memandang Dan mengalihkan pandangan dalam waktu yang sama.

" Saya Tak pasti tentang Hal itu. Saya akan tanyakan pada Matthew.!"

Rina terkejut!

" Kalau awak belum bertanya dengan Matthew. Macam Mana awak tahu Tania Dan Matthew bercinta?"perasaan Rina tidak sedap, setiap bicara yang berkaitan dengan Tania, Rina àkan teliti. Dia pasti tadi Johan maklumkan Hal itu kepadanya..

" Saya Ada berbincang dengan Matthew, dia Tak nafikan hubungan dengna Tania. Cuma Saya Tak tahu perasaan sebenar Matthew.

Rina awak yang tanyakan Hal ini pada Saya..Awak yang bangkitkan Hal ini. Kenapa awak Tak percayakan Saya?"  Johan terpaksa mencari jalan keluar dari kemelut soalan Rina. Jika diteruskan hubungan dia Dan Rina yang akan berantakan.

Semua tentang Tania, buatkan hubungan dia Dan Rina dalam gelombang. Itu Baru 2 Hari Tania bekerja bersama mereka. Jika lebih lama, entah apa akan terjadi.

Sikap Rina yang sentiasa curiga...buatkan Johan lemas. Sepanjang hari hanya berkisarkan tentang kisah Tania..

" Sssàyà...? Rina serba salah, dia telah terlanjur dengan perbuatan mengesyaki semua perbuatan Johan melibatkan Tania..

"Cukup pasal Tania Dan Matthew. Kita perlu Jaga hubungan Kita, Kenapa pasal mereka Kita yang bermasalah. Mari pergi Saya dah lapar!"

Tanpa menunggu Rina,. Johan ke bahagian pemandu. Isu tentang Tania buatkan dia sakit hati tanpa sebab. Melihatkan Rina sahaja dia Naik lemas. Tak habis - habis isu Tania dibangkitkan..

" Johan Saya betul - betul minta maaf. Saya Tak sepatutnya fikir tentang awak yang bukan- bukan.. Saya terlalu sayangkan awak Johan!"

" Saya tahu....Tak perlu bincangkan lagi Hal itu lagi. Kita pergi makan Rina, banyak Masa Kita habis Hari ini untuk sesuatu yang tidak berfaedah untuk Kita berdua!" Engin kereta dihidupkan, namun fikiran Johan melayang mengingatkan Matthew, dia juga mahukan Kebenaran tentang hubungan Tania Dan Matthew, betul mereka bercinta atau sebaliknya..

Matthew ketawa terbahak - bahak memandang Johan dengan soalan melibatkan Tania Dan dirinya yang sangat melucukan Matthew..

" Gila!" Johan geram..
dapat dirasakan Johan,  dia dipermainkan oleh seseorang. Tangan Johan mengengam penumbuk dengan geram.

TENANG..Where stories live. Discover now