55

77 1 0
                                    

Suasana begitu terasing bagi Tania..Hembusan angin Dan daun lalang yang melayang ditiup angin buatkan Tania menghembus nafas yang panjang..

Disini dunia dirasakan Tania sungguh tenang, sunyi dari masalah yang membelenggu diri sebelum ini..Di sini dia kembali menjadi Tania yang kuat dari segi emosi..Dia seakan mendapat kekuatan dalam diri...

Dalam Mencari dirinya semula..

Berapa Masa yang dia perlukan untuk pulih...semua bergantung pada Masa Dan kekuatan dalaman Tania.

Kisah hidup dia Dan Johan...Tania mahu lupakan semua kenangan Hitam dalam hidup dia... Tiada lagi makna untuk Tania kembali Dan hubungan mereka berdua masih tergantung...

Hal itu lebih baik dirasakan Tania..dari dia terus - terusan membenci..

Batu Nisan yang telah bertukar warna disentuh Tania dengan lembut..Permukaan hadapan disapu dengan tangan..sedikit berkulat Dan bertanah...menutupi ruangan nama...Perasaan sebak Mula menjalari dalam diri Tania..

Telah lama dia tidak mengunjungi kawasan itu..telah lama ditinggalkan segala kenangan manis Dan pahit, tempat dia dilahirkan Dan hidup yang pernah membahagiakan dia dulu..

Kenangan Dua kujur putih yang kaku berada di depan Mata Tania kembali...Peristiwa itu bagaikan Baru berlaku Dan waktu ini dia hadapi lagi kesukaran kehilangan seseorang...

" Aku begitu kuat dulu menerima kematian ayah Dan Ibu, tapi kini bila melibatkan dia, tolong Mommy untuk kuat.." Tania bicara sendiri sambil mengingati setiap kejadian..

Semua kejadian seakan berulang..Setelah selesai dari pembedahan dia terus dibawa ke bilik Dan dipantau..Hati Dan perasaan Tania hancur, selepas tersedar itu yang dia cari.. Dia masih belum dapat menerima Johan boleh menjadi seseorang yang kejam ..

..janin yang dibuang dari dirinya tidak pernah dikhabarkan apa yang terjadi, setiap pertanyaan Tania hanya dijawab dengan jawapan Dan Tania tidak pernah ambil tahu àkan perkara itu..

Dia masih dalam dunia dirinya...Tidak mahu menerima hakikat kehilangan benda yang Terpenting dalam hidupnya..Harta yang ditunggu Tania selama ini..Namun belum cukup sepenuhnya anaknya sempurna Sifat, anaknya telah diambil pergi selamanya..

" Tania sendiri lagi Ayah Dan Ibu...Hari ini Tania datang kesini untuk keredhaan Ibu Dan Ayah..Tania akan selalu berdoa untuk kebahagian IBU Dan Ayah di Sana.."

Tania kembali semula ke tempat asal...Johan telah tidak dihubungi.. Situasi hubungan mereka masih lagi tiada perhitungan...Itu àkan diselesaikan Tania kemudian.. Dia pergi dari Johan atas kerelaan dirinya sendiri mencari ketenangan...

Biarpun perkara itu tidak dimaklumkan terlebih dahulu...Tania harap Johan akan faham Dan memberikan Masa ketenangan untuk mereka berdua..

Ketiaadan Tania hanya disedari oleh Datuk Jonathan...untuk mengurangkan jurang permusuhan diantara Tania Dan Johan...

" Macamana keadaan Johan Matthew?" Datuk Jonathan khuatir sejak Keadaan Johan yang tidak sedarkan diri dari kemalangan.. Telah 21 Hari Johan tidak sedar..setiap Hari Datuk Jonathan akan pastikan segala perkembangan kesihatan Johan dimaklumkan kepadanya..

Buat sementara waktu, Johan ditempatkan di satu tempat tersembunyi.. Hanya beberapa orang sahaja yang dibenarkan keluar masuk bagi melihat keadaan Johan..

Hal itu disebabkan Johan adalah orang Terpenting menguruskan Syarikat.. Jika pesaing - pesaing Datuk Jonathan mengetahui tentang keadaan diri Johan..Semua musuh - musuh mereka àkan mengambil peluang itu untuk memusnahkan legasi mereka yang telah diusahakan bertahun dulu..

Merahsiakan Hal Johan dari umum adalah langkah yang Paling bernas dirasakan Jonathan pada waktu ini...

.... Dengan bantuan Matthew segalanya berhasil..

TENANG..Where stories live. Discover now