5

196 4 0
                                    

" Apa maksud Tania pasal soalan itu." Kedengaran Pak Long Kamil mengeluh berat bila soalan itu diajukan.

Dia sebenarnya tidak mahu Tania tahu Hal sebenar. Walaupun Tania hadir sama semasa bacaan wasiat, namun dari pemikiran  gadis seusianya sebenarnya Tania tidak memahami apa - apa dari apa yang dibincangkan. Berat untuk Kamil maklumkan Hal sebenar, tapi memandangkan Tania telah bertanya, Kamil telah bersedia dengan jawapan.

" Apa sebabnya Pak Long, Tiana kena kahwin dengan Munshi? Apa sebelum ini kekayaan Ayah masih Tak cukup? Tania rasa, hidup Tania lebih mencukupi malah lebih Tania rasa. Tak boleh ker kalau Tania  Tak setuju pasal Hal itu." Tania terpaksa mengajukan soalan,  Berharap Ada jalan keluar dari permasalahan itu.

Kelihatan Pak Long Kamil hanya mengelengkan kepala.
" Hanya Ada Dua jalan Tania tentang Hal itu. Tapi sebelum itu...Tania kena tahu sesuatu.

" Apa dia Pak Long?"Ada getaran dari nada suara Tania dia dapat rasakan Ada sesuatu yang serius akan dibincangkan waktu ini.

" Datuk Megat bukan orang biasa Tania Dan sampai sekarang Pak Long masih belum tahu sebab apa Khalil ambil tindakan bekerjasama dengan Datuk Megat Dan libatkan kamu Tania. Pak Long Tak Ada jawapan untuk Hal itu, tapi Pak Long percaya satu Hari nanti Pak Long akan dapat jawapan.

" Apa maksud Pak Long?" Tania dapat rasakan debaran di dadanya semakin kuat berdebar.

" Kamu sebenarnya Tania, cagaran dalam kerjasama kontrak tu"

" Cagaran! Tania.....? Tak Pak Long Ayah takkan buat Tania macam itu...? Ayah sayangkan Tania...Air Mata Tania gugur.. Mengenangkan Hal itu sahaja membuatkan Tania bagaikan tercabut nyawa.

" Khalil sayang kamu Tania tapi mungkin dia buat semua itu bersebab. Mungkin dia Tak jangkakan dia pergi dulu dari kamu. Mungkin waktu tu Ayah kamu terdesak atau apa sahaja alasan dia, percayalah Tania Khalil sayang kamu. Jangan pernah kamu ragui Hal itu." Kamil memujuk,bukan mudah untuk Tania menerima Hal itu begitu juga dengan dia sendiri  pada mula - Mula khabar itu dimaklumkan kepadanya.

"Cagaran ...? Bermakna dalam kerjasama itu bermakna Tania dengan Munshi jadi cagaran bersama...? "Tania tersandar kebelakang bila mengetahui tentang Hal sebenar tentang perkara itu.

" Sekiranya Datuk Megat pergi dulu Pak Long ?" Tania menatap tepat Mata Pak Longnya menunggu jawapan.

" Kamu berdua tetap perlu berkahwin Tania Dan barulah keseluruhan harta jatuh pada kamu berdua." Kamil menerangkan situasi sebenar tentang cagaran itu.

" Bermakna Tania dengan Munshi tiada jalan lain? Jodoh kami telah ditentukan walaupun apa pun yang jadi  ?" Tania terkedu dengan segala jawapan yang dia terima dari Pak Long..

" Masih Ada Dua jalan lain Tania kalau Kita nak keluar dari masalah ini...? Kamil faham dalam situasi keadaan Tania, kini semuanya terletak dalam tangan Tania.

Tiba - tiba Semangat Tania yang lentur tadi kembali menjalar dalam Tubuhnya. " Apa dia Pak Long?

" Ikut Pak Long tinggalkan sini atau Tania perlu berkahwin dulu sebelum berkahwin dengan Munshi?"

......Kedua - Dua pilihan buatkan Tania tercengang. Serta merta bicara Munshi terngiang - ngiang ditelinga Tania.
  Jangan berdalih Tania, kalau engkau lari dari Pernikahan ini, aku tahu Mana Aku nak Cari engkau. Engkau kena ingat Tania, tiada siapa yang boleh ganti tempat engkau untuk Aku balas dendam.......

Shit! Tania kehilangan kata - kata, ugutan Munshi buatkan Tania takut untuk memilih.

" Pak Long kalau Tania pilih pilihan  yang kedua. Siapa yang akan jadi pasangan Tania. Pak Long boleh carikan lelaki yang sanggup?" Tania tiada pilihan jika dia berkahwin segala masalah itu akan selesai.

" Pak Long Cuba sebaik mungkin Tania untuk kamu lepas dari Keluarga itu.Tapi untuk pengetahuan kamu Tania, Munshi mungkin akan halang.." Kamil hanya mengingatkan Tania.

" Sebab mereka akan kerugian! Itu maksud Pak Long?"

" Kamu Lubok Emas bagi mereka Tania, Dan jika kamu berkahwin dengan lelaki lain segala harta benda kamu akan dirampas Dan kamu akan muflis. Bagi Keluarga Datuk Megat mereka akan kerugian disebabkan mereka tidak akan dapat pulangan dari pelaburan sebelum ini. Mereka akan rugi Besar Tania." Kamil mengingatkan segala halangan Besar jika plan mereka berjaya.

" Tania pilih pilihan kedua Pak Long, jika Tania dah berkahwin Munshi Dan Keluarga Datuk Megat takkan ganggu Tania lagi.Mereka Tak boleh buat apa - apa. Tania setuju, janji Tania boleh kekal disini Pak Long." Tania ukirkan senyum namun dadanya kuat berdebar.

Perkara  itu perlu dirahsiakan Dan kekal menjadi rahsia untuk diri dia Pak Long, sebelum Masa sebenar akan tiba.

" Majlis kamu lagi Seminggu Tania, kalau kamu setuju dengan plan ini Pak Long akan segerakan carian suami pengganti kamu, atau kamu dah Ada seseorang...??" Kamil tiada pilihan, Masa semakin suntuk untuk mendapatkan pertolongan lelaki yang akan menjadi suami Tania.

Lelaki itu perlulah seseorang yang dia percayai.

" Tania.... seseorang dalam fikiran Tania, tapi hubungan mereka berdua Baru bermula dalam fasa pertama.Dia tidak dapat rasakan Dia akan setuju dalam rancangan itu. Lebih baik...." Aku serahkan segalanya pada Pak Long."

" Tiana tiada sesiapa Pak Long. Tania serahkan semua pada Pak Long."

Kamil mengeluh berat.. dalam Masa yang singkat fikirannya berpinar - pinar mencari jawapan siapa yang akan dijodohkan dengan Tania bagi mengelakkan Tania terjerumus dalam Keluarga Datuk Megat.

Sebolehnya perkara itu mereka perlu elak.

***

Tiga Hari sebelum Majlis..

" Tania bersedia dalam beberapa jam lagi, Pak Long dah sediakan kereta untuk ambil Tania. Pak Long Tak boleh jumpa Tania dalam waktu ini, dari sini Pak Long akan terus ke masjid untuk nikahkan kamu." Kedengaran suara Kamil seakan berbisik kearah Tania dalam telefon.

" Pak Long, Tania ikut arahan Pak Long tapi Pak Long dekat Mana? Kenapa Tak Ada sama dengan Tania." Tiba - tiba perasaan takut Tania menjelma dalam hati. Segala bicara Munshi terngiang - ngiang.

" Pak Long dekat rumah Munshi, Pak Long akan Cari jalan keluar. Pak Long kena pergi dulu, Pak Long Tak mahu mereka syak sesuatu."

" Tapi...sebelum Tania sempat bertanyakan sesuatu panggilan telah ditamatkan oleh Kamil.

Pak Long ! Pak Long!...fikiran Tania tiba - tiba menjadi buntu. Dia mundar - mandir sekeliling rumah mencari kekuatan. Dia amat Berharap plan dia dengan Pak Long Kamil berjaya.

Pin! Pin! Kedengaran bunyi Hon kenderaan mengamatkan suasana. Menghentikan lamunan Tania, Tania merapikan diri dalam Persalinan baju kurung putih untuk majlis Pernikahan dirinya. Lebih kepada Pernikahan untuk larikan diri dari Munshi Dan Keluarga Datuk Megat.

Tok! Tok!Tok!
Kedengaran bunyi ketukan kuat di pintu rumah Tania.

" Cik Tania! Cik Tania..kedengaran suara garau lelaki memanggil namanya. Tentu itu adalah suara pembantu yang diupah oleh Pak Long.Tania bicara sendiri.

Tania melangkah kepintu dan bila pintu dibuka kelihatan seorang lelaki dalam Persalinan baju Hitam memberikan laluan untuk Tania mulakan langkah menuju kekereta yang telah diparkir di halaman rumah.

" Saya diarahkan untuk menjemput Cik Tania." Lelaki itu menyatakan maksud yang membuatkan Tania tanpa mengesyaki sesuatu mengikuti langkah lelaki itu menuju ke arah kereta.

Sebaik tubuh Tania menapak kekereta dia semakin tekad dengan tujuan hidupnya untuk menjauh dari hidup Datuk Megat Dan Munshi. Pilihan hidup dirinya adalah tepat.

Tapi........" Kenapa perjalanan ini macam ke arah yang lain?" Tania menumpukan sepenuh perhatian pada sepanjang perjalanan sambil perasaan berdebar - debarnya semakin kuat.


Bersambung .......PB

Plz Komen, Vote n rewards.. Love PB

Dala

TENANG..Where stories live. Discover now