Perbualan telefon bersama Tania terpaksa ditamatkan secara mengejut oleh Kamil bila kelihatan Datuk Megat semakin menghampiri dalam seribu satu wajah perasaan yang kelihatan pada lelaki itu.
Melihatkan reaksi wajah Datuk Megat, tiba - tiba perasaan Kamil Gugup..
Belum sempat Kamil untuk menyimpan telefon, bahu Kamil telah dijadikan sapaan dari Datuk Megat sambil tersenyum puas.
" Kamil kenapa berdiri dekat luar sini, sekejap lagi majlis dah nak bermula. Kita berdua orang penting dalam majlis ini." Datuk Megat memeluk tubuh Kamil dari belakang sambil membawa tubuh Kamil kembali ke bahagian dalam rumah dalam cara yang sopan.
Tanpa paksaan Kamil mengikuti..
Pelawaan Datuk Megat tidak dapat ditolak oleh Kamil, namun pemikiran masih mencari alasan untuk keluar dari situasi itu bagi mendapatkan Tania Dan menjadi wali bagi Pernikahan yang akan berlangsung di suatu lokasi yang dirahsiakan.
" Ermmm Datuk majlis apa yang akan berlangsung dekat sini?" Jam di pergelangan tangan segera dilihat oleh Kamil. Dalam beberapa saat lagi jarum akan menunjukkan Jam 9.00.Kamil resah memandangkan dia masih belum mendapat idea untuk keluar dari situ bagi mendapatkan Tania.
Tumpuan Kamil terganggu dengan panggilan dari telefon bimbitnya,yang membuatkan diri Kamil semakin resah.
" Maaf Datuk Saya perlu jawab panggilan ini. Kamil melangkah meninggalkan Datuk Megat.. dari nama pemanggil yang tercatat dia dapat mengagak Ada sesuatu benda serius telah berlaku.
Pemergian Kamil hanya diikuti dengan lirikan Mata dari Datuk Megat bersama satu senyuman kecil terukir di bibir sebelah kiri dirinya.
" Hello! Ya Ada apa...........?" Kamil memulakan perbualan untuk tidak mahu Datuk Megat mengesyaki sesuatu.
" Tania! Pengantin perempuan, masih belum tiba....? Kedengaran suara lelaki dicorong panggilan yang berjaya membuatkan perasaan Kamil berdebar hebat, terkejut dalam Masa yang sama.
" Hah belum tiba....? Pandangan Mata Kamil segera terarah ke arah Datuk Megat Dan dalam situasi debaran itu... dapat dilihat Kamil muncul seseorang dibelakang Datuk Megat Dan semua kejadian itu membuatkan Kamil melepaskan telefon dalam pegangan......Getaran di dadanya semakin hebat dengan apa yang berlaku dihadapan Mata.
" Tania........? Wajah pucat Tania bersama bengkak di Mata Tania, menunjukkan segalanya yang telah berlaku.
Lebih memeranjatkan Kamil, langkah Datuk Megat Pula terarah kearah kepadanya. Wajah lelaki itu masih tenang walaupun Kamil tahu plan dirinya Dan Tania tidak berjaya..
" Majlis akan berlangsung sekejap lagi. Tetamu yang terpenting telah tiba." Sengaja Datuk Megat menyemarakkan api dalam diri Kamil.
Bila tiada reaksi dari wajah Kamil..Datuk Megat meneruskan..
" Kamil Kita akan menikahkan mereka berdua Malam ini. Ini majlis Pernikahan Munshi Dan Tania,kami sengaja buat kejutan untuk kamu. Memandangkan semua tetamu dah tiba Kita mulakan sekarang." Datuk Megat tersenyum bangga dengan kejayaannya dalam menghidu plan sebenar Kamil dalam merosakkan segalanya yang dirancang.
Tania hanya mampu memberikan pandangan sayu kepada Pak Long. Pada Malam ini dia akan dinikahkan bersama Munshi. Menyimpang jauh dari plan mereka yang asal.
Dari kejauhan dapat dilihat Tania wajah Pak Long yang hanya menganggukkan wajah untuk Tania meneruskan segala yang berlaku pada Malam ini.
Tania yang memahami hanya menurut segala perjalanan hidupnya berlalu mengikut takdir hidupnya. Dalam sekali nafaz dan diwalikan Pak Longnya, Tania sah menjadi milik Munshi pada Malam itu.
YOU ARE READING
TENANG..
RomanceHidup bagaikan sebuah perjalanan yang tiada kesudahan.. Namun dalam mencari Kunci Kebahagian..Hidup Tania diuji dengan kebencian beberapa Kali..Dapatkah Tania mencari Kunci hidupnya nanti...?? sama - sama hayati hidup seorang gadis bernama Tania..