" Hari ini jam berapa awak habis kerja Tania?"
Shah datang kembali di tempat kerja Tania. Segala usahanya telah dibuat untuk Tania berjumpa dengan dia. Berbual hanya berdua, namun seeing Kali peluang itu Tania elak.." Shah Saya sedang bekerja sekarang ini, boleh Tak kalau awak jangan ganggu Saya. Perkara apa awak nak bincangkan. Kita boleh bincangkan dekat sini." Tania mengeluh dalam hati, beberapa pekerja lain telah memandang kearah dia. Membuatkan suasana di restoran itu menjad janggal.
" Kenapa susah sangat awak nak jumpa Saya berdua. Sebelum ini boleh Pula awak jumpa lelaki lain selain Saya." Shah masih tidak berpuas hati dengan Tania. Bermacam - macam Versi didengar berkenaan cerita Tania dulu.
Semua perkara dimaklumkan kepadanya tanpa Ada yang tertinggal..
" Mana awak dapat semua cerita tu? Delli atau Rina. Rina yang awak nyaris - nyaris nak berkahwin dulu."
Kelihatan di wajah Shah Ada riak terkejut bila Tania ungkitkan Hal itu. Tania tahu tentang hubungan dia dengan Rina..
Shah tidak mahu mengalah...
" Itu semua terjadi sebab awak yang curang pada Saya dulu Tania. Awak yang tinggalkan Saya dulu, keluar dengan lelaki lain."Tania dapat rasakan kesakitan di hati Shah, begitu juga perasaan sakitnya dulu dirasakan bila dia terpaksa berkahwin dengan Munshi, sedangkan perasaannya waktu itu kuat untuk lelaki dihadapannya kini..
" Dulu Saya yang bersalah..Macam Mana pun awak buat Shah, Kita Tak boleh kembali seperti dulu. Saya, awak Dan Rina.Kita cuma boleh jadi kawan, apa pun perasaan awak pada Saya, awak perlu buang Saya dari hati awak." Kedengaran kejam tapi itu kenyataan yang sepatutnya Tania Dan Shah kena telan.
" Kenapa Tania? Saya sanggup tunggu awak selama ini. Saya dah Cuba dengan Rina, tapi hati Dan Fikiran Saya cuma ingatkan awak. Saya sanggup buat apa sahaja Tania, janji awak kembali pada Saya." Shah merayu.
" Benda itu takkan terjadi.. Saya sayangkan Rina. Walaupun Rina dengan awak tiada jodoh. Saya takkan sakitkan hati Rina, pilih awak. Kami sahabat Shah, awak kena faham apa yang Saya lalui."
" Saya, selamanya takkan Ada peluang Tania!" Shah masih mencuba memujuk.
" Tiada!" Tania meneruskan kerja meninggalkan Shah.
Walaupun kedengaran kejam mematahkan hati lelaki itu. Itu adalah yang terbaik dari terus - terusan memberikan harapan.
Status diri Tania yang masih dalam ikatan bersama Johan, buatkan Tania nekad dengan Shah.. lebih lama Shah menunggunya, perkara itu akan lebih sukar nanti di kemudian Hari.
Langkah Paling waras yang Tania Rasa, keluar selama -lamanya dari hidup lelaki yang pernah hadir dalam hidup dia.
Shah meraup keseluruhan muka dengan keputusan dari Tania. Tanpa disangka, hatinya begitu sakit dengan keputusan yang telah dibuat Tania. Dia masih belum menerima Cintanya ditolak..
" Shah engkau dah dapat jawapan dari perkara yang belenggu hidup engkau selama ini. Perasaan Tania pada engkau. Aku harap selepas ini engkau jangan ganggu hidup dia lagi.
Engkau dengan dia, Ada haluan masing - masing!" Rizal memberikan nasihat. Sebagai kawan kepada Shah, dia bersimpati dengan nasib yang menimpa Shah dalam hubungan cinta.
Tania Bagi Rizal, dia adalah majikan kepada pekerjanya. Jadi dalam Hal itu dia mahu perkara itu diselesaikan secara baik, dia tidak mahu kerja Tania terganggu dengan kehadiran Shah disitu.
Shah Hanya menganggukkan kepala sebelum membawa diri keluar dari restoran itu.
...
" Berapa lama Saya perlu pulih Doktor, untuk Saya kembali kepada ingatan Saya?"
YOU ARE READING
TENANG..
RomanceHidup bagaikan sebuah perjalanan yang tiada kesudahan.. Namun dalam mencari Kunci Kebahagian..Hidup Tania diuji dengan kebencian beberapa Kali..Dapatkah Tania mencari Kunci hidupnya nanti...?? sama - sama hayati hidup seorang gadis bernama Tania..