93

128 4 2
                                    

" Apa syaratnya?" Rina semakin Tak sabar..walaupun dalam hati dia mengeluh, namun untuk perkahwinan itu mengikut Masa perancangan yang telah ditetapkan, segalanya dibiarkan..

" Johan tidak dibenarkan bertanya lanjut apa - apa soalan peribadi tentang Tania?"

" Itu jer?apa lagi?" Rina tiada masalah tentang Hal itu..perkara ifu lebih baik...

" Tempat pertemuan akan ditentukan oleh Tania sendiri, tanpa Ada bantahan dari Johan!'

" Okay...lagi?"

" Selesai urusan.. Johan kena segera pergi dari situ Dan jangan kembali...Pertemuan yang singkat lebih diharapkan"

" Hmmmmm...perkara ini berasas...lagi?"

" Selepas dari pertemuan ini, Johan tidak dibenarkan mencari Tania lagi...Jika segalanya tidak lancar seperti syarat, Tania takkan jumpa Johan..semua akan diputuskan selepas 7 bulan dengan Tania yang akan hubungi Johan nanti."

Jila tersenyum sambil menyambungkan lagi syarat yang diterangkan Tania semalam...
" Ini berita gembira untuk engkau Rina?" Jila seius dalam nada suara, perkara ini telah dinasihatkan awal oleh Jila untuk Tania pilih...perkara yang terbaik untuk dia...namun Tania masih berdegil dengan keputusan..dia sanggup menunggu hingga hampir beberapa bulan...

" Kenapa kena tunggu 7 bulan, kenapa bukan sekarang?" Rina menunjukkan ketidak puasan hati..Jika Tania dah ambil keputusan untuk berpisah dengan Johan, kenapa Hal itu tidak diselesaikan sebelum ini, sebelum Rina Dan Johan berkahwin...
Hal itu lebih mudah..tanpa Ada ikatan lagi diantara Johan dan Tania..
jelas dalam fikiran Rina, Tania Seperti Ada agenda lain...

" Soalan itu Tania dah agak engkau akan Tanya..Tania dah siapkan jawapan..Semua keputusan dari Johan tentang hubungan mereka berdua, Johan tunggu lampu hijau dari Tania...Jadi sebelum Tania beri sebarang keputusan, banyakan bersabar Rina..engkau yang pilih kahwin suami orang..Jadi nak Tak nak engkau kena tunggu.."
Semakin puas hati Jila bila hati Rina dapat disakitkan.." Padan Muka!"

Sebab sebenarnya Jila telah jelas...sebab sebenar kenapa semuanya bersyarat...Tania mengelak dari Johan menghidu tentang kandungannya....

" Syarat terakhir, Tania Tak mahu perjumpaan dia bersama Johan diganggu dengan kehadiran orang - orang yang Tak diperlukan, termasuk bakal madu dia nanti...dia mahukan ketenangan berjumpa dengan Johan!"

" Mengarut.....Tania ingat dia siapa?" Darah panas Rina mengelegak dengan syarat terakhir...Jika perkara itu dipersetujui, dia àkan masuk perangkap Tania..entah apa plan Tania nanti bagi mendapatkan Johan...

" Dia isteri Johan..tentulah dia layak buat keputusan Macam itu..Orang yang menyibuk yang menganggu hidup dia, buat apa Ada bersama!"
Semakin keras ejekan Jila, Dan dia tidak peduli..

" Jila..Mana Tania?" Eeeeeeeee erghhhhhhh... Rina geram..

Tanpa mempedulikan soalan Rina, Jila mengakhirkan kata - kata dari mulutnya sebelum panggilan itu ditamatkan.." Terpulang, kalau Johan Tak setuju dengan syarat ini, Johan boleh buat pilihan lain..Tania Tak kisah jika selamanya pun dia Tak jumpa Johan lagi."
Jila hanya berdiamkan diri sambil menunggu jawapan dari Rina...

" Bagi Aku Masa Dua Hari....selepas itu Aku maklumkan keputusan Johan.." Rina memicitkan kepala, semua syarat - syarat itu tiada masalah dirasakan Rina pada Johan..namun masalah itu semua lebih memberat pada diri sendiri..Perasaan sebenar Johan masih dia tidak tahu...Jika Johan sekali lagi berubah hati bagaimana dengan dia....

Johan hanya termenung panjang bila perjumpaan pertama Kali bersama Tania selepas lama berpisah dipenuhi syarat...satu persatu telah diperkatakan oleh Rina, Dan semua membuatkan Fikiran Johan memikirkan Hal itu lebih dalam dari masalahnya melibatkan Syarikat...

TENANG..Where stories live. Discover now