Johan melihat Tania dengan tenang dalam tidur...Entah kenapa perasaannya sukar untuk digambarkan....
Sesuatu memori yang diungkapkan bersama semakin menjauh...berbagai persoalan bermain dalam fikiran Johan..
Segala bayangan datang Dan pergi sesuka hati..Namun gambaran yang jelas masih belum lagi muncul..Satu persatu Johan mencari Kebenaran, namum yang hadir hanya awan putih yang berkumpul di kepala...
Telah lama dia bersama dengan Tania, namun bayangan sepenuhnya siapa yang dia Cinta belum lagi muncul....
Rina menghubunginya lagi...
Ternyata hubungan dia bersama Rina sebelum ini baik - baik sahaja tanpa sengketa sebelum kemunculan Tania....
Pipi. Tania yang telah terlena tidur diusap lembut oleh Johan...berat dirasakan hati untuk berpisah...
Namun dari nada suara Rina sebentar tadi...Johan masih keliru...
Rina Ada jawapan siapa dirinya sebelum ini...Manakala Tania, adalah sesuatu dari kisah silamnya yang dia sudah tidak ingat apa - apa...
Siapakah yang dia perlu beri peluang untuk berterus - terang dengan semua apa yang terjadi...
Untuk mencari jawapan....Johan membuat keputusan untuk bertemu dengan Rina..
" Saya Tak sangka awak akan datang Malam ini Johan..Saya sangat hargai dengan kehadiran awak...apa Saya nak terangkan disini àkan ubah hidup awak...Dan awak akan tahu siapa awak sebelum ini..,"
Rina keluarkan sesuatu dari Sampul...beberapa keping gambar dikeluarkan...Satu persatu diletakkan tertib di atas meja...Pelayan sebentar tadi telah diarahkan Rina untuk tidak menganggu urusan mereka berdua sebelum perkara itu dibentangkan kepada Johan...
" Apa ini?" Beberapa keping gambar diletakkan Rina diatas meja....Dan bibir Rina terukir senyum dengan reaksi Johan yang mengerutkan wajah...
" Johan lelaki ini awak kenal....?" Gambar di sebelah kiri Johan diambil dan diletakkan ditangan Johan....
Johan yang telah mengambil sekeping gambar tadi lama diperhati mengalihkan pandangan kepada gambar yang ditunjukkan Rina...Gambar perempuan dalam tangan Johan masih tidak diletakkan di tangannya...
" Ini Datuk Jonathan...." Suara Johan halus menerangkan kepada Rina siapa lelaki dalam gambar itu...
" Good...! Awak tahu dia dimana sekarang ini?'
" Saya kenal dia..memori bersama dia masih Segar dalam ingatan Saya....walaupun pada mulanya ia sukar tapi Saya ingat semua berkenaan Datuk...Dia penyelamat Saya!" Johan menerangkan kepada Rina...Segala usaha Rina untuk dia kembali mengingati zaman silamnya, Johan puji dalam hati...
" Ini siapa Rina?" Johan menunjukkan sebuah foto seorang perempuan kepada Rina..Dari riak wajah....wanita itu nampak muda walaupun usia wanita itu sudah meningkat, bagi pandangan Johan.."
" Ini Aminah....Mommy awak Johan...! Satu keping gambar lagi diserahkan Rina kepada Johan, diselitkan bersebelahan dengan gambar wanita itu..." ini...."
" Ini Ayah Saya Rina, Saya kenal dia...Dia yang bawa Saya kesini.." dengan lancar Johan menerangkan tentang Johari, Ayahnya...sepanjang dia berhubungan bersama Rina, dia masih belum lagi membawa Rina berjumpa Keluarganya...Semua disebabkan masalah kesihatan dirinya yang berlanjutan bertahun...
" Oh awak dah kenal....Jadi Saya Tak perlu terangkan pasal gambar ini...Tapi gambar ini Johan..Dia Mommy yang lahirkan awak, Anak Jonathan..Satu - satunya anak perempuan yang Jonathan Ada." Rina teresenyum dengan lembut sambil menunggu reaksi dari Johan...
YOU ARE READING
TENANG..
RomanceHidup bagaikan sebuah perjalanan yang tiada kesudahan.. Namun dalam mencari Kunci Kebahagian..Hidup Tania diuji dengan kebencian beberapa Kali..Dapatkah Tania mencari Kunci hidupnya nanti...?? sama - sama hayati hidup seorang gadis bernama Tania..