67

63 3 0
                                    

" Jom Kita keluar!" Matthew datang..

" Saya Ada hubungi awak ker semalam? Apa mimpi awak muncul depan Saya, Matthew?"tercengang Tania, bila tiba - tiba Matthew muncul..

dari riak wajah Matthew, Tania tahu Ada perkara yang Matthew mahu maklumkan kepada dia..kalau Tak takkan dia senang - senang nak jumpa dia.

" Tak Ada apa - apa, sengaja lawat awak disini. Mana tahu kalau untung nasib saya, awak belanja Saya lagi tengahari ini?" Matthew tersenyum sambil menyandarkan kedudukan duduk pada meja Tania.

" Saya Tak Ada masalah Bab itu, tengahari ini Saya belanja awak!" Memandangkan telah Seminggu Tania makan sendiri, jadi kehadiran Matthew tiada bawa banyak perubahan pada dia, rutin makan dia tetap sama..

" Kalau Macam itu Saya jumpa awak dekat sini jam 1.00.. Saya Ada Hal dengan Johan.,"

Okay....! Tania meneruskan kerja, namun sesuatu telah diingatkan dalam kepalanya, namun untuk dia ulang perkara itu pada Matthew, perkara itu telah terlambat, bila tubuh Dan wajah Matthew telah hilang dalam pandangan..

Matthew hadir di pejabat Tania sebelum jam satu...namun 5 minit terlebih awal..Memandangkan Tania tidak selalu keluar dari pejabat untuk rehat awal. Kali ini dia beri peluang pada diri sendiri untuk melanggar Masa Syarikat buat pertama kali..

" Jom" ajakan Matthew bersama tindakan Tania yang mengambil tas tangannya Dan mengikut lelaki itu..

" Awak belanja Saya Kali inikan Tania, Tak selalu Saya datang sini. Raikan awak dapat kerja Baru!"

" Saya Tak Rasa Saya nak raikan tentang kerja Saya dekat sini. Awak tahu siapa punya Syarikat inikan.. tapi Saya Tak boleh elak!"

" Kenapa Tak boleh elak, Ada orang paksa awak, Tania?" Matthew pelik, segala keputusan untuk bekerja di situ.. di tangan Tania, takkan Tania terpaksa? Johan memang Tak ingat siapa Tania dalam hidup dia, jadi dia takkan paksa Tania, Dan Tania Matthew tahu takkan ikut cakap Johan lepas apa yang berlaku..

" Kalau Saya cakap dekat awak Matthew, awak takkan percaya apa yang jadi.. Sepenuhnya Saya terpaksa bekerja satu numbing dengan Johan... Kalau Saya tahu dia disini, Saya takkan sesekali terima tawaran Rina."

" Jadi semua yang awak buat ini sebab Rina?" terkejut Matthew, kuat pengaruh Rina dalam hidup Tania.. Sampaikan keputusan bekerja Tania, Rina yang pilih..
Dan Tania hanya menurut...

"Saya Tak nak ulas Hal itu Matthew, mungkin salah Saya dengan apa yang terjadi..Saya terlalu cepat buat keputusan.. kesudahannnya Saya terperangkap disini.

" Apa yang jadi Tania?" Matthew Tak puas hati dengan reaksi Tania yang seakan mengelak untuk berterus terang..

" Saya ...Tak boleh berpatah balik, selepas Johan Dan Rina berkahwin, saya àkan fikirkan sesuatu yang lain..

" Awak nak biarkan Hal itu berlaku? Keputusan itu awak Tak Rasa awak buat dengan cepat.. Macam Mana dengan Masa depan awak, ..... menyesal Dan masih lakukan silap yang sama dengan keputusan awak tu, Tania!"

" Saya Tak tahu... Saya cuma Rasa itu yang terbaik buat kami....!"

" Itu kalau Johan belum sedar dengan ingatan dia tentang awak...tapi kalau Johan sedar Tania..keputusan awak libatkan hidup dia...Awak Rasa apa tindakan Johan!" Matthew berterus terang, namun dari nada percakapan Matthew dia seakan mengugut Tania.

" Saya harap Masa itu lambat lagi!" Tania melangkah kearah kereta Matthew untuk Hal itu tidak dijadikan isu perbincangan mereka lagi.

Tanpa diduga Johan Dan Rina juga berada di restoran yang sama dengan mereka berdua..

TENANG..Where stories live. Discover now