88

71 3 0
                                    

Tujuh Bulan telah berlalu...

Munshi tenang melangkah ke sebuah rumah dengan hati yang tenang...Tidak dilupakan sejambak bunga mawar Merah menjadi peneman Munshi dalam berkunjung kesitu...

Pap! Pintu kereta ditutup dan dengan langkah perlahan Munshi muncul di muka pintu... Seperti selalu semenjak dia selalu muncul dirumah itu, kehadiran Munshi akan disambut seseorang dengan senyuman...

Senyuman yang membuatkan hati Dan perasaan Munshi berubah ceria...membuatkan segalanya terasa pening indah...

Plak, pintu rumah dibuka sebelum Munshi sempat mengejutkan Tuan rumah..Di hadapan Munshi telah jelas dengan kehadiran senyuman seseorang ..wajah ceria Dan Cantik yang sentiasa memukau pandangan mata Munshi...

Dan pandangan Mata lelakinya masih tidak jemu dengan seraut wajah yang sedang mengisi ruangan matanya...

" Hmmmmmmmm! Awak tahu Saya kesini Tania?" Kejutan yang Cuba dibuat tadi ternyata sia - sia... Kemunculan Tania didepan mata membuatkan apa yang di rancangkan tidak berjaya...

Bersama senyuman... Munshi hulurkan jambangan bunga kepada Tania..gadis yang dia amat Cinta sepanjang hidupnya...

" Tepat pada jam yang sama, Dan pendengaran Saya masih jelas lagi Munshi... bunyi kereta awak tu dah lali bagi saya!" Bunga yang dihulurkan oleh Munshi diambil Tania...Setelah bauan wangi itu dihidu ...Tania tersenyum ceria dengan tenang Tania memberikan pandangan...

Munshi yang melihat kini dipenuhi dengan perasaan gembira...bila sesuatu yang menceriakan hidup Tania dapat dilihat dimata Munshi...

Langkah Tania meninggalkan Munshi...Dan tindakan Tania lebih membuatkan Munshi lebih bahagia...

" Awak nak kemana? Kenapa tak jemput Saya ke dalam Tania?" Langkah Tania menghala ketempat biasa, namun Munshi masih mahu mengusik...bila dilihat jelingan di Mata Hitam Tania, Munshi tersenyum kecil....setiap reaksi Tania yang terpampang begitu menerujakan hati Munshi...

Perlahan - lahan Tania mendapatkan Bangku di laman luar rumahnya..Setelah dia Dan Munshi duduk bertenang barulah Tania bersedia mengahdapi Munshi...Menjadi Rutin kini, Munshi melawatnya disitu setiap Hari....dengan alasan atas tanggungjawab...

Biarpun telah dilarang, namun Munshi masih berdegil....Mulanya Tania Cuba menghalang, namun disebabkan tujuan Munshi yang dilihat ikhlas..Jadi Tania terpaksa biarkan Dan tiada sebab untuk dia menghalang apa yang mahu dilakukan Munshi disitu....Munshi sekadar melihat keadaannya, Dan selepas berpuas hati...barulah Munshi akan kembali kerumahnya....

" Untuk apa bunga ini?" Tania melihat kearah Munshi...Jelas di pandangan Tania Munshi sedang merenung kearahnya...

" Untuk gadis kesukaan Saya!" Munshi bicara dalam satu nafas....

" Saya bukan budak Sekolah awak boleh mainkan Munshi...walaupun satu dunia awak serahkan jambangan bunga pada Saya...awak tahu apa jawapan Saya...Jadi kenapa mahu membazir?" Tania senyum sekilas, segala maksud dari katanya Munshi faham.....namun Munshi masih tidak berputus asa Dan begitu juga dengan Tania...

Dia Tak perlukan simpati Munshi, dan Munshi juga Tak perlu terhegeh - hegeh mencuba mendapatkannya..Dia telah nekad dengan keputusan...Dan tiada sesiapa yang boleh mengugat keputusan Tania...

" Sampai bila ?" Munshi mengepung tubuh Tania dengan satu tangan diletakkan di atas meja Dan satu lagi di atas kerusi Tania...Biarpun masih berjarak, namun dilihat Munshi Tania tidak selesa dengan jawapan itu...

Dengan segera Munshi menurunkan tangannya kembali....

" Saya belum buat keputusan, Dan Saya pasti awak dah tahu apa jawapan Saya Munshi!" mata Tania lembut memberikan pandangan pada Munshi...Soal Hati Dan perasaan, Tania tidak mahu main - main..

TENANG..Where stories live. Discover now