62

66 1 0
                                    

Dua tahun Berlalu... Dunia Tania semakin tenang dengan kehadiran orang - orang sekeliling yang banyak membantu..

" Tania ! Tania Aku dapat berita gembira. Rina nak balik ke sini esok. Esok Kita berdua jemput dia yerr...

" Rina balik.." bertambah gembira perasaan Tania dengan kehadiran Rina yang melengkapkan persahabatan mereka dulu.

Segala yang terjadi dulu telah dibuang jauh oleh Tania.. Dia telah membuka buku baru dalam hidup. Telah sampai Masa untuk dia mengecapi kebahagian sendiri tanpa Ada orang - orang yang bagi Tania, tidak membantu dalam kebahagian hidupnya, termasuk Johan.

Ya , Kita jemput dia esok. Aku pun Tak sabar nak jumpa dia Jila, lama sangat Kita dah terpisah dengan dia. Harap dia Tak lupakan Aku."

" Kenapa plak dia nak lupakan engkau. Kita bertiga Kan sahabat, jadi takkan lah dia nak lupakan Kita. Rina bukan Macam itu."
.,aku harap dia masih Rina yang sama yang Kita kenal..

Setibanya Rina..

" Tania Dah lamanya aku Tak jumpa engkau. Engkau tahu Aku rindukan engkaukan! Mana engkau menghilang?" Rina Dan Tania saling berpelukan. Masing - masing melepaskan rindu yang telah lama terpadam..

Masing - masing membuang segala faham yang lalu untuk perhubungan persahabatan yang àkan datang...

Melihatkan diri yang dilupakan..Jila mencelah..
" Oiii! Oiii korang berdua jer lah yang merindu, habis tu Aku ini Macam Mana?"

Mereka berdua terlupakan Jila bila masing - masing melepaskan rindu di hati.

Tentulah kami Tak lupa" ketiga - tiga sahabat saling berpelukan..

Hubungan baik mereka sebagai sahabat kembali terjalin bersama...

Suatu hari mereka bertiga telah berjumpa berjanji temu di sebuah restoran tempat Tania bekerja..

Tania Dan Jila masih tinggal sekali, manakala Rina memilih tinggal bersama Keluarga.

" Lama ker engkau balik sini Rania, engkau dah kerja dekat luar negarakan.. Aku ingatkan engkau akan balik tahun depan, tup- tup engkau dah muncul dekat sini..Kira doa Tania termakbul lah engkau balik awal."Jila memulakan perbualan bersama, pandangan Mata Tania Dan Rina bertaut..

" Aku pun Tak sangka Aku dapat balik kesini awal..Kalau ikutkan kerja aku yang Tak sudah dekat sana, tiga tahun tu pun Aku Rasa Tak cukup lagi..kebetulan kerja Aku berpindah kesini!'

" Maksud engkau Rina?" Jila menambah persoalan..

" Aku dipindahkan kesini, aku ikut arahan orang atasan.!"

" Bagusnya..tapi sampai bila Rina, selamanya?'

" Kena tunggu kerja Aku selesailah dekat sini, lepas itu kena tunggu bos Syarikat Aku putuskan sampai bila. Tapi kalau selama - lamanya pun Tak per. Gila engkau kalau Aku Tak rindu Malaysia, semua yang Ada Kat Malaysia Aku rindu.

Dengan korang apa lagi.. bertambah - tambah rindu Aku!" ..

" Engkau Tania kenapa tiba - tiba balik kesini?" Rina bertanyakan soalan kepada Tania setelah Tania hanya menjadi pemerhati mereka dalam perbualan.

" Aku dah jemu tinggal dekat sana. Lagipun dah lama Aku tinggalkan sini, pusara Ibu dengan Ayah aku dah Tak terjaga. Tak patut rasanya kalau aku tinggalkan semua itu selamanya." Tania mencari alasan untuk alasan sebenar kenapa dia meninggalkan luar negara..

" Pak Long engkau ? Dia tahu engkau dah balik ke sini?" Soalan yang sebelum ini Jila Tak pernah tanyakan.. Bila mendapat peluang, dia Tak lepaskan.

TENANG..Where stories live. Discover now