Mereka bertiga pulang ke Asrama selepas seharian kepenatan menimba ilmu di kelas masing - masing.
Tania telah terlelap di atas katil akibat kepenatan. Masa yang Ada digunakan sepenuhnya oleh Tania bagi merehatkan tubuh Dan fikirannya.
Segala masalah dibuang jauh dari hidup. Semakin gelap Dan Hitam bayangan dalam kepalanya. Akhirnya segala masalah dalam diri Tania...lenyap..
" Penat sangat Aku lihat Tania tu? Kenapa dengan dia?" Jila mendapatkan Rina yang Baru turun dari atas katil Tania.
Goyangan dan bunyian dari aksi Rina turun katil, sedikit pun Tak menjejaskan Lena Tania.
" Semalam tengah Malam Abang sepupu Tania ambil dia dekat sini. Engkau dah Lena waktu tu.. waktu Tania kejutkan Aku. Aku pun dah mamai. Dengar Tak dengar jer dia cakap apa.. pagi ini Baru Aku tahu cerita sebenar.
Pagi tadi Baru dia balik. Mungkin engkau Tak perasan pagi tadi..
" Aku perasan tapi Aku ingatkan dia keluar awal pergi kelas. Tak sempat Aku nak Tanya dekat engkau tadi. Tak Ada peluang.." Jila Mula kearah Tania. Tudung Tania juga tidak dibuka dahulu oleh Tania. Itu menandakan Tania terlalu penat.
Mereka berdua telah masak dengan perangai sebenar Tania..
" Aku pergi Mandi dulu Rina, Badan Aku ini Dan melekit. Engkau tengok - tengokkan dulu Tania. Kalau dia bangun engkau suruh dia pergi Mandi, Tak elok lepas kelas terus tidur..
" Iyelah Aku tunggu dia dekat sini. Engkau pergi Mandi kejap lagi Kita tukar. Aku pun dah rimas juga ini. Cuaca pun panas."
Jila telah keluar dari Dorm untuk menuju kebilik mandian. Manakala Rina yang sedang menunggu Tania hanya duduk di lantai Dorm sambil menunggu Jila selesai dari mandian nya..
Kedengaran dengkuran halus dari Lena Tania yang menunjukkan Tania betul - betul perlukan rehat untuk Tubuhnya..
***
Tania mengosok - gosokkan Mata apabila tersedar dari Lena yang panjang. Suasana sunyi sekeliling, namun masih terdapat beberapa penghuni dorm yang menjalankan aktiviti masing - masing.
" Huishhhhh! Lamanya Aku tertidur, jam berapa dah ini." Tania segera menganjakkan Tubuhnya ke hujung katil, dimana disitu terdapat jam didinding yang dapat memberikan waktu itu telah menginjak ke nombor berapa.
" Empat!' nampaknya Aku dah tertidur lebih 2 jam. " Tak boleh jadi...
Tania segera mengeluarkan baldi dari bawah katilnya. Dia perlu membasahkan diri, pakaian Sekolah yang masih tersadung ditubuhnya telah seharian dipakai oleh Tania.
Dia tahu Rina Dan Jila sedang tidur di katil masing - masing. Jadi dia Tak mahu menganggu.
Perbuatan Tania menyedarkan Rina dari Lena. Melalui besi penghadang katil Kepala Rina muncul untuk memandang kearah Tania. " Hei Tania engkau dah bangun!" Rina mengejutkan Tania yang sedang seperti mencari sesuatu.
" Rina, maaf kalau ganggu Lena engkau tadi. Sambunglah tidur balik aku nak pergi Mandi. Nanti waktu asar Aku kejutkan." Tania menunjukkan wajah serba salah, dia salah laku Dan Hal itu menyebabkan tidur Rina terganggu.
" Tak bukan Salah engkau, aku yang belum Lena. Tania tadi telefon engkau Tak berhenti berbunyi. Tapi Aku Tak sampai hati nak kejutkan engkau tadi. Engkau Lena sangat jadi Aku biarkan jer. Aku silent telefon engkau tu." Tangan Rina menunjukkan kearah telefon Tania.
Wajah Tania terus berubah dari makluman Rina.. Tania terus melangkah kearah telefon miliknya. Sesuatu telah terpampang di skrin telefon yang membuatkan keresahan Tania mulai muncul dalam perasaannya.
YOU ARE READING
TENANG..
RomanceHidup bagaikan sebuah perjalanan yang tiada kesudahan.. Namun dalam mencari Kunci Kebahagian..Hidup Tania diuji dengan kebencian beberapa Kali..Dapatkah Tania mencari Kunci hidupnya nanti...?? sama - sama hayati hidup seorang gadis bernama Tania..