75

69 2 0
                                    

Johan memandang ke siling putih diatas kepala..sejak dari tadi, Tania hanya membisu seribu Bahasa..dia tahu Ada sesuatu yang tidak kena...
bila berada disitu mereka bagaikan orang asing, dengan setiap seorang membuat Hal sendiri..

Bila telah melebihi setengah jam...
situasi mereka berdua masih sunyi..
Semua perkara diantara dia Dan Tania, yang membuatkan Johan Naik angin..

" Awak nak Saya jelaskan pada Hal tadi?" Johan tahu kenapa Tania berdiam...tapi Tak perlu tunjukkan sangat sikap keras Tania pada dia dalam semua Hal melibatkan mereka..

" Tak perlu?" Suara Tania akhirnya kedengaran..

" Jadi kenapa awak masih berdiam? Kita dah selamat apa yang awak nak lagi?"

Senang Johan cakap..
" Selamat?" Sinis senyuman Tania. " Perkara pertama yang awak buat tadi , awak berpelukan!'
Perkataan " pelukan" itu Tania tekankan untuk Johan faham maskud disebalik perbuatan itu..berpelukan di depan Mata dia..Isteri Mana Tak sakit hati..

" Awak nampak Saya balas pelukan itu?"
Semakin angin Johan dengan sikap kebudak - budakan Tania..

" Tapi awak Tak halang?"suasana tegang semakin dirasa.

" Jadi awak nak buat apa? Terangkan semua pasal Saya dengan awak pada Rina di situ..? Awak pun tahu berapa ramai tadi, dari isu selamatkan Kita sebagai mangsa..awak nak saya bangkitkan pasal hubungan Kita berdua pada satu dunia.. untuk apa?"

" Rina jangan peluk Saya..Tania isteri Saya? Macam itu?' jari Johan bebas ke atas udara menunjukkan aksi..

" Yah..! Kalau awak berani?" Tania Tak mahu mengalah, sakit hati dengan kejadian tadi lebih terasa dihati..
Dia bukan serius sangat pasal Hal tadi, tapi sikap Johan yang lepas tangan buatkan hati Tania sakit berkali - Kali..

Layanan Rina tadi melebihi layanan Tania sebagai isteri..Mana hati dia Tak sakit..
Dia sebagai isteri Johan pun Tak menunjuk di depan orang ramai..
Tapi Rina...

" Awak kena faham situasi tadi...dengan Rina..

" Lupakan Johan!" Tania baringkan Badan Dan seluruh kepala ditutup dengan selimut untuk perbualan tidak dilanjutkan bersama Johan.... Dia perlu mencari ketenangan dalam diri..

Matthew melangkah Masuk ke dalam pintu kecemasan..seperti jangkaan tiada sesiapa di situ..satu ruangan kosong terletak ditengah - tengah, sama seperti lokasi dia pernah bekerja dulu..di laluan hadapan terdapat sebuah pintu..ruang menunggu untuk pesakit yang akan diperiksa untuk rawatan selanjutnya ataupun dibedah..

Hospital disini sedikit Besar pada pandangan Matthew, namun tidak sebesar hospital dimana dia bekerja Dan merupakan tempat dia pertama bertugas.

Selepas laluan ditempuhi Matthew menemui sebuah kaunter...disana Doktor bedah sedang menyemak sesuatu di skrin hospital..dan Matthew melangkah kesana..

" Saya mahu tahu dimana pesakit Johan bin Johari berada..Boleh awak tolong semakkan dia dibilik Mana?" Matthew tenang berinteraksi sebagai Doktor..Dulu dia juga pernah bekerja di dunia itu Dan dia tahu situasi pemikiran Doktor yang Baru lepas melakukan pembedahan..

Tanpa bantahan sesuatu ditaipkan di komputer dan tanpa senyuman, jawapan diberikan..
" Room 4!"

Matthew dapat agak bekerja didalam bidang itu dipenuhi dengan tekanan..Jadi untuk tidak lebih banyak masalah di kepala..lebih baik perkara itu diselesaikan segera..Itu yang bermain di fikiran Doktor tadi..bertugas sebagai seorang Doktor bukan mudah..

" Thanks!" Dengan langkah tenang Matthew berjalan kearah yang dimaksudkan..Matthew mengorak langkah ke hadapan..

" Hei, lorong sebelah Kanan!" Doktor di kaunter memberikan tunjuk arah kepada Matthew untuk tidak tersesat..

TENANG..Where stories live. Discover now