60

86 2 0
                                    

Shah telah keluar dari bilik rehat pekerja restoran.

Tania menarik nafas lega..

" Tania.. kenal ker dengan kawan Bos tu? En. Shah?" Abang Mat dapat menghidu Ada sesuatu yang tidak kena dengan penipuan Tania sebentar tadi. Mereka berdua tidak pernah berjanji untuk balik sama. Perkara itu tiba - tiba keluar dari mulut Tania.. Mat tiada pilihan lain, jadi dia membuat pilihan mengiyakan sahaja apa yang diperkatakan..

" Kawan zaman Sekolah.. cerita lama?" Tania berterus terang. Mata masih terarah ke pintu takut - takut Shah muncul kembali.

" Bf lama ker Tania?" Kak Zainah bertanya, kebetulan dia juga berada di bilik rehat itu Dan melihat segala yang terjadi..

" Ada Salah faham sikit. Tania Tak mahu kerohkan lagi keadaan. Kami Ada laluan hidup masing - masing. Tania nak elak semua itu.. Jadi Tania minta tolong dengan Akak dengan Abang Mat. Kalau boleh jangan tinggalkan Tania berdua dengan Encik Shah. Itu lebih selamat." Terus terang adalah perkara baik yang dirasakan Tania untuk mendapatkan bantuan dari rakan sekerjanya.

" Kenapa Tak selesaikan Tania, takut melarat jadi nanti. Apa yang keruh, jernihkan balik. Selesai masalah." Kak Zainah memberikan nasihat..

" Kami dah Tak Ada apa - apa nak diselesaikan kak. Cerita zaman Sekolah. Tak payah lah nak ungkit, lagipun semua itu buang Masa Tania Rasa.." Tania mengeluh..

" Itu kata kamu, tapi Tania orang lelaki ini fikir lain. Selagi perkara itu belum keluar sendiri dari mulut kamu. Selagi itu orang lelaki ini bergantung harap. Kalau kamu benar - benar dia Suka!" Abang Mat Pula memberikan nasihat.

" Tania pun Tak tahu nak buat apa sebenarnya.. salah faham kami ini dah lama. Nanti Tania fikir pasal Hal ini." Tania mengundur diri Setelah dirasakan di luar bilik rehat itu telah selamat.

" Tania! Kamu balik dengan Abang Mat ker Malam ini?" Cadangan Tania tadi kepada Shah, diungkit kembali oleh Abang Mat.

" Tak perlu Abang Mat, Tania boleh balik sendiri. Lagipun rumah kawan Tania dekat. Sekejap lagi dia ambil Tania.

Abang Mat, terima kasih sebab bantuan tadi..lepas ini kalau Ada bantuan lagi, minta kak Zainah dengan Abang Mat tolong lagi ye!" Tania lega bila satu Hal berjaya diselesaikan Hari ini.

" Itu Baru kes Shah. Kalau Munshi pun tahu aku dah balik ke sini, macam Mana aku nak handle mereka berdua? Tania mengomel sendiri sambil langkah kaki diteruskan.

Fikirannya masih bermain - main dengan kata nasihat dari Abang Mat..
"Selagi perkara itu belum keluar sendiri dari mulut kamu. Selagi itu orang lelaki ini bergantung harap. Kalau kamu benar - benar dia Suka!"

" Takkanlah Shah sampai sekarang suka dekat Aku? Bukan dia sebelum ini hampir - hampir dengan Rina?" Persoalan itu menghantui Tania Dan akan selamanya tidak àkan berjawab.. Hal itu kerana dia tidak akan membenarkan Shah mendapat peluang.

....

"Penat jer Aku tengok engkau hari ini, selesaikan semua. Amacam Jila sedap Tak makanan dari restoran Aku. Ada sesiapa yang puji?"

" Bagi Aku rehat sekejap boleh Tak Tania, kaki Aku ini Rasa nak tercabut engkau tahu Tak. Satu Hari aku kena kehulur hilir, sakit, penat semua Aku Rasa!"

" Engkau picit aku pun bagus Tania. Pinggang aku Rasa nak patah." Jila merengek sambil pinggang di belakangkan menghadap Tania.

Tania yang kasihan dengan keadaan Jila mulai memicit..

" Engkau buat apa? Itulah sebab utama Aku Tak berkenan dengan kerja engkau ini. Sakit pinggang sebab kasut tumit tu lah. Kalau engkau pakai kasut macam Aku, berpuluh Kali engkau ulang alik pun Tak Ada masalah Jila." Tania meneruskan urutan di beberapa bahagian yang dapat membantu Jila kembali pulih.

TENANG..Where stories live. Discover now