7

198 3 0
                                    

" JAGA diri baik - baik Tania, Pak Long akan usahakan sesuatu." Disebalik ciuman panjang Pak Long di ubun - ubun Aku, Pak Long bisikkan sesuatu. Sesuatu yang membuatkan Aku kembali tenang. Sesungguhnya masih Ada seseorang yang Aku mampu bergantung harap walaupun  hanya Masa yang akan menentukan bila kami akan berjumpa kembali.

Selepas ucapan itu Aku ditinggalkan di rumah Keluarga Datuk Megat. Dari sudut pandangan pertama Mata Aku Datuk Megat tiada yang beza dari segi penampilan atau perwatakan.  Dia sama seperti lelaki biasa yang kelihatan.

Penerimaan Datuk Megat juga positif, sepanjang majlis hanya senyuman yang mekar di bibir Datuk Megat bersama ucapan tahniah dari tetamu yang hadir.

Segala yang terbuku dari hati Aku tentang karektar Datuk Megat ternyata jauh menyimpang.

Hanya Munshi yang kelihatan masih dalam berwajah tegang seperti tadi. " Mungkin hormon lelaki ini belum bertukar" aku sengaja memberikan pandangan sendiri.

" Apa lagi yang dia nak dari aku? Semua dah ikut perjalanan plan dia. Pernikahan ini yang dia nak, apa lagi?" Pertanyaan itu hanya terbuku dalam fikiran Tania sendiri.

Selepas tetamu terakhir pulang barulah kami berdua dipanggil.

" Tania, Munshi Mari kebilik Datuk Ada sesuatu yang Datuk nak maklumkan pada kamu berdua." Sebaik bersuara Datuk Megat kelihatan telah memulakan perjalanan diikuti dengan Renungan Mata Aku Dan Munshi yang saling berpandangan.

Tepat jangkauan Aku pertembungan Dua Mata antara Aku Dan Munshi hanya berlaku sesaat, sebelum Renungan Munshi menjauh dari melihat kearah Aku.

" Mungkin dia jijik!" Segala kata - kata Munshi dulu automatik terngiang.

Kami berdua berlalu kearah bilik Datuk. Munshi berjalan dihadapan sementara Aku jauh ditinggalkan dibelakang. Kelihatan para pembantu dirumah Datuk masih bertungkus lumus mengemas segala barangan. Masing - masing sibuk dengan pekerjaan.

Walaupun kehadiran tetamu tidak ramai sepanjang majlis akibat faktor umur Aku yang menikah di bawah umur. Namun majlis Pernikahan berlangsung dengan tenang tanpa bantahan.

Munshi tenang dalam satu nafas Pernikahan.

Sedangkan Aku yang duduk memerhati segala yang berlaku tidak tenang dalam diri. Segala perasaan bercampur, lebih - lebih lagi tumpuan Mata Aku lebih kepada Pak Long, untuk pertolongan disaat akhir.

Sebaik perkataan Sah diucapkan.Pertama Kali harapan Aku untuk hidup dengan bahagia musnah.

..

" Duduk" kami berdua diarahkan duduk oleh Datuk sambil Tubuhnya dilihat mengarah ke arah Almari. Sebuah kotak dikeluarkan. Pandangan Mata Dan senyuman Datuk Megat terarah kearah aku.

Membuatkan perasaan Aku lebih Tak tenang. Munshi yang disisi masih bertenang tanpa sebarang riak.

" Ini untuk kamu Tania?" Datuk Megat menyetahkan sesuatu.

Aku yang terkedu hanya mampu memberikan pandangan terkedu, pucat, terkulat dengan apa yang terjadi..Serta merta tangan menyambut pemberian dari Datuk, dalam beberapa saat Aku Cuba mendapatkan jawapan dari Munshi.. Namun hampa.

" Tttaniaaaa.. aaapa ini D......

" Itu hadiah kamu dari Datuk untuk Pernikahan kamu berdua Hari ini. Barang dalam kotak itu jadi milik kamu Tania." Datuk Megat tersenyum dengan reaksi Tania. "Dia masih mentah" ucap Datuk Megat dalam hati melihat reaksi Tania.

" Untuk kamu Munshi, ini untuk kamu." Satu sampul Coklat diserahkan Datuk Megat kepada Munshi. Munshi yang seakan telah tahu perkara itu hanya menerima pemberian Datuk bersama satu senyuman.

TENANG..Where stories live. Discover now