64

68 5 0
                                    

" Tania" Johan kehilangan kata - kata bila melihat Tania masih belum tersedar.. Dia kehilangan Cara untuk membantu, untuk keselesaan dia mencepung tubuh Tania kebilik bersebelahan yang terdapat katil, dia kematian akal, apa yang perlu dia buat.

Selesai meletakkan Tania dalam keadaan lebih selesa, telefonnya berdering..

Rina.

" Johan awak dekat Mana? Saya nak ajak awak keluar Malam ini" Rina bersuara lunak, kejadian siang tadi benar - benar buatkan Rina gembira. Segalanya tentang Johan dapat dibanggakan..

" Saya Tak boleh keluar Malam ini. Saya masih Ada urusan di pejabat, lain Kali." Pandangan Mata Johan melihat kearah Tania, sesuatu bermain di fikiran Johan..

" Okay! Saya jumpa awak esok Johan!" Panggilan diletakkan.Sebagai seorang kekasih kepada Johan, seorang lelaki yang sibuk dengan kerja. Rina tidak mahu terlalu menganggu Johan, dia mahu beri keselesaan kepada Johan menjalani harinya tanpa merunsingkan lelaki itu. Itu pilihan Rina.

Menjadi wanita yang memahami lelaki wlaaupun dirasakan sukar oleh Rina..

Rina tidak sedap hati, tadi sebelum dia keluar dari Syarikat, dia singgah dahulu untuk menjumpai Tania..Namun pencarian Rina hampa, Tania tiada dibiliknya.. Puas dia hubungi Tania, namun panggilan masih belum diangkat.

Memikirkan Johan Dan Tania kedua- duanya berada di Syarikat dalam Masa ini buatkan perasaan Tania gelisah..bagaimana jika firasat hatinya betul tentang perkara itu.. Tania benar - benar masih berada disyarikat, bersama Johan.

Johan semakin hilang kewarasan, Baru sebentar tadi di telah mengangkat Tania..tapi perkara itu dirasakan Johan seperti pernah dilakukan dulu..

Melihat Tania berada di tangannya, bagaikan dia termimpi seseorang dalam kedudukan yang sama.. dia merenung Tania yang masih terlena..dia masih mencari Masa sebelum Tania disemalamatkan..akhirnya setelah puas dia melihat Tania...

Dia membuat panggilan kepada Matthew..

" Matthew, awak kena datang ke Syarikat Saya segera. Ada seseorang perlukan bantuan awak!'

" Kenapa Johan!" Matthew terus mengumpulkan peralatan perubatannya dalam sebuah beg Dan terus bergerak ke Syarikat Johan.

Jarak Syarikat Johan yang hanya 5 minit dari rumahnya memudahkan perjalanan Matthew. Syarikat Johan sengaja dipilih berdekatan dengan rumah Matthew, untuk Doktor itu memberikan rawatan jika keadaan kecemasan..

Matthew tiba Dan terus ke bilik Johan. Pengawal yang mengawal di Syarikat Johan telah mengenali Matthew sebelum ini. Mereka juga tahu, Bos Besar mereka belum pulang, masih bekerja.

" Apa bantuan awak perlukan Johan, siapa yang awak maksudkan?" Matthew tidak sempat untuk bernafas, dia takut jika sesuatu terjadi pada Johan.

" Orang itu Ada di bilik?" Johan menunjukkan arah tempat dimana Tania diletakkan.

Matthew mengerutkan kening Dan segera pergi kearah yang Johan tunjukkan..

Matthew masuk kedalam bilik diikuti Johan dari arah belakang.. Melihat kearah Tubuh yang sedang terbaring..Setelah diamati oleh Matthew!

" Tania!" Kuat suara Matthew bersuara yang membuatkan Johan terperanjat sama.

" Awak kenal dia Matthew?" Wajah Matthew dilihat Johan telah berubah..

" Saya rawat dia dulu. Apa yang terjadi Johan?" Segera Matthew mengeluarkan peralatan bagi memeriksa Tania, sambil menunggu penjelasan dari Johan.

" Dia pengsan tadi...lapar!"

Setelah mendengar penjelasan Johan, Matthew menyuntik sesuatu Dan drip air dimasukkan kepada tubuh Tania. Dari pemeriksaan Matthew, Tania tiada masalah, namun Tubuhnya masih lemah mungkin disebabkan lapar seperti yang dikatakan Johan tadi.

TENANG..Where stories live. Discover now