20

137 2 0
                                    

" Jadi sebelum ini awak kunci pintu rumah Macam Mana?"

Soalan Tania dibiarkan.. Johan melangkah kearah Table Top diruangan dapur Tania.."   Saya cuma keluar sekejap, Tak sangka kawasan ini Tak selamat. Awak tinggal seorang diri dekat sini?"

" Hmmmmm, tapi kebiasaannya Saya selalu balik malam. Cuma untuk tidur." Tangan Tania ligat mengeluarkan sesuatu dari barangan yang dibeli sebentar tadi.

" Saya belikan barangan keperluan dapur tadi, nanti awak bolehlah gunakan." Johan masih memerhati setiap kerja - kerja yang dilakukan Tania.

Wajah Johan Tania tilik..." Saya off petang ini, nanti bolehlah Kita Cari maklumat tentang awak. Mana awak tinggal." Tania cuba memulakan perbualan tentang diri Johan.

" Kalau Saya nak tinggal sini dulu ...boleh? Sampai Saya pulih." Tenang tutur bicara Johan.

Tania hanya berdiam..bila lama berfikir.." hidup perlu diteruskan Johan. Walaupun awak ditinggalkan macam Mana sekalipun. Itu mungkin ujian untuk awak. Macam Saya? Saya cuma Bantu awak sedaya saya...tapi awak yang  kena tolong diri awak sendiri untuk pulihkan  kembali Semangat tu..

" Saya akan pergi kalau Saya dah dapat Semangat tu. Tapi dalam Masa terdekat ini, awak boleh Bantu Saya.." pandangan Mata Johan ikhlas, Dan Tania tidak kesampaian untuk menidakkan Hal itu.

" Saya akan Bantu..tapi jika awak dah pulih, Saya nak awak janji awak akan Bantu orang lain...boleh? Senyuman Tania terukir bila anggukan di kepala Johan kelihatan.

***

Seorang lelaki termenung di sebalik koridor menempatkan suatu sudut pandangan...

Tanpa disedari Ada seorang wanita sedang menanggalkan pakaiannya satu persatu.. Tubuhnya meliuk lentuk di atas pembaringan..

Bila dilihat lelaki itu masih termenung, dia mencari Cara untuk memandang kearahnya..
" Munshi kenapa awak tak tidur lagi!" Gemersik suara seorang wanita mematikan lamunan Munshi..

Pandangan Mata dialihkan pada Vivone.
Seorang pekerja yang dipanggil kesitu untuk urusan..

Melihatkan keberanian wanita itu bereaksi membuatkan pandangan Munshi diarah ke tempat lain..

" Apa awak buat Vivone..?" Motif wanita itu dia tahu..Telah lama dia mengetahui tentang sikap Vivone.

" Saya akan puaskan awak Malam ini, cuma satu Malam Munshi Dan Saya takkan menyesal." Vivone masih melakukan aksi menggodanya. Dia tahu dengan susuk Tubuhnya yang langsing akan membuatkan semua lelaki jatuh hati padanya.

" Mengarut! awak bukan Tania dan Saya panggil awak kesini hanya untuk urusan kerja bukan sebaliknya. Sekarang pakai kembali baju awak tu..'

Vivone merengus geram menunjukkan segala kemarahan dihatinya.." siapa Tiana?" Selimut diangkat untuk menutupi bahagian Dada..

" Dia isteri Aku!" Sekarang keluar!" Dengan segala kekuatan diri lelakinya, tubuh Vivone diseret keluar dari bilik hotelnya Dan dihumban tanpa Munshi peduli apa yang terjadi pada wanita itu.

Vivone yang berbogel separuh Badan bagaikan tidak percaya dengan apa yang berlaku.. sepanjang Dua tahun dia berkenalan dengan Munshi.. tidak pernah dimaklumkan staff wanita disana yang lelaki itu telah berkahwin.." Tiana?" nama itu sukar diungkap dari dalam kerongkong Vivone.. Dia kalah Malam itu dengan gadis itu. Lebih memeranjatkan, gadis itu isteri Munshi..

Pandangan Mata lelaki yang melihat kearahnya tidak dihiraukan.. hilang segala perasaan malunya bila dihalau Dan dihina seperti itu.

Malam ini Munshi masih belum menjadi miliknya.. tapi dia akan mencari jalan untuk lelaki itu Masuk dalam perangkapnya.

Munshi membuat satu panggilan keluar kepada Tiara.." Bo's?" Tiara yang menerima panggilan terkejut.

" Pecat Vivone Dan awak carikan pengganti dia secepat mungkin." Munshi mengeluarkan arahan.

" Tapi Bos.. Tiara serba salah, dalam hati dia dapat agak apa yang terjadi.

" Lakukan secepat yang mungkin Dan minggu depan Saya Tak mahu lihat wajah dia lagi. Bangsat!" Panggilan dimatikan Munshi.

" Uishhhhh, apa Vivone buat pada Bos sampai dia marah macam ini?" Hmmm, nasib engkauah Vivone..

***

" Hei Mana boleh Syarikat ini pecat I macam itu jer? Sekurang - kurangnya bagilah dulu penjelasan. Apa yang I buat kesalahan Besar sangat sampai Syarikat ini  buang I Macam sampah!" Vivone bengang, sebaik sahaja kakinya melangkah ke dalam Syarikat dia telah diusir keluar.

" Miss Vivone ini Surat untuk awak. Jangan lagi tunjukkan muka dalam Syarikat ini.. Saya dapat arahan CEO Tak benarkan."

" Hei barang I masih Ada dalam Syarikat ini. Sekurang - kurangnya bagi I Masuk dulu. Lepas itu kalau awak semua nak halau, I pun Tak hingin nak masuk sinilah.." reaksi Vivone buatkan Tiara yang melalui situ mendengar.

" Vivone," tiara senyum sinis melihat pakaian sendat yang menutupi bahagian Tubuhnya. Ternyata lurah Dan punggungnya tersembul keluar.

" Tiara, tolonglah Saya masuk sekejap. Saya Ada penjelasan untuk semua yang jadi." Vivone merayu, sungguh dia Tak sangka perbuatan nya dulu memakan dirinya.

" Bukan Saya yang buat keputusan, tapi Bos Kat dalam itu. Awak buat apa sampai Bos mengamuk Macam itu?" Tiara sengaja mengusik..

" Saya Tak buat apa - apa, tapi Bos yang goda Saya. Bila Saya halang ini yang jadi." Vivone Mula buat cerita, Berharap Tiara akan percaya Dan bersimpati dengannya.

" Kesian, tapi kalau awak nak tahu Vivone Saya dah lama kenal Bos dari awak Dan pekerja - pekerja lama Syarikat ini. Saya tahu Mana satu cerita Saya nak percaya." Tiara senyum sinis pada Vivone yang Mula membuat wajah geram....

" Jadi awak tahulah pasal Tania?"

" Tania?" Giliran Tiara Pula terkejut. Kenapa dengan Tania?" Wajah seorang Budak yang beberapa Kali muncul di Syarikat Munshi menjelma. Sepanjang dia berkhidmat disitu tidak pernah dia bertanyakan pada Munshi tentang hubungan Munshi Dan Tania.

Namun bila perkara itu diutarakan oleh Vivone di saat - saat genting waktu itu.. timbul syak dalam hati Tiara.

" Nampaknya Tak semua benda awak tahu?" Kali ini giliran Vivone Pula menunjukkan belang kepada Tiara..

" Apa yang awak tahu?"Tiara berminat untuk mengetahui kisah selanjutnya..

***

" Bila kamu nak kahwin dengan Tiara? Benda yang sudah tu sudahlah. Tak perlu kamu nak kenang lagi. Bukan milik kamu!" Datuk Megat sudah malas nak melayan karenah Munshi yang kadang - kadang sakitkan jiwanya..

" Tiara Tak cakap apa - apa lagi, kami pun Tak pernah bincang Hal Masa depan." Munshi jawab acuh Tak acuh.

" Lagi cepat kamu kahwin lagi bagus Munshi. Tak adalah ramai yang jadi musuh kamu, lebih - lebih lagi perempuan. Cukup - cukuplah kamu bermusuh dengan Ti..... ayat Datuk Megat tergantung sambil mengelengkan kepala.

" Munshi Tak dapat halang perasaan diorang pada Munshi. Bukan Munshi yang paksa perempuan - perempuan itu jatuh hati pada Munshi. Soal perasaan Tak siapa boleh duga.." kata - kata Munshi mendatar.

" Baguslah kalau kamu fikir Macam itu. Lama sangat dah kamu ini membujang. Tak elok untuk Masa depan kamu. Sepatutnya kamu dah bekeluarga. Kamu fikir - fikirkan Munshi, Tiara itupun baik budaknya, jangan kamu sia - siakan hidup dia Macam kamu buat dulu sudahlah.." Datuk Megat bangun dari perbincangan bersama Munshi, tubuh tuanya perlukan rehat.

Kata - kata Datuk Megat masih terngiang - ngiang di telinga Munshi.. Tiara? Tapi  kenapa aku masih ingat dia...!

Bersambung...

Luv PB...Komen..

TENANG..Where stories live. Discover now