90

102 2 0
                                    

" Johan awak dah selesai. Jom Kita keluar sekarang, sekejap lagi Kita ada temujanji dengan Butik...Saya dah uruskan semua pasal persiapan itu.. tinggal lagi untuk Kita Cuba." Rina memaklumkan kepada Johan..seperti pertunangan urusan pernikahan mereka juga diuruskan Rina sepenuhnya..bagi Johan dia terlalu sibuk dengan urusan Syarikat..

Lebih - lebih lagi bila urusan Syarikat disini telah menyambung perniagaan bersama Syarikat Jonathan..gabungan itu  membuatkan Masa Johan terhad..semua urusan disini diuruskan Johan sendiri Dan dengan bantuan Rina, suku dari gabungan itu Baru berjaya...

Masih Ada separuh penuh lagi sebelum semua urusan itu selesai..Mengikut perkiraan Johan, mungkin mengambil Masa selepas 6 Bulan Baru segalanya selesai...Johan mahu penagguhan bagi majlis perkahwinan dia Dan Rina akibat kesibukan pekerjaan mereka berdua..Namun di atas desakan Rina yang tidak mahu perkara itu ditangguh lagi, Johan tiada pilihan dan dia tidak jadi membantah..Setelah urusan segalanya selesai..barulah dia akan memberikan tumpuan pada perkahwinannya..

Itu adalah perkahwinan kedua bagi Johan..Jadi tiada yang banyak berbeza...perkahwinan dulu bersama Tania, tiada lagi tertinggal dalam fikiran Johan, segalanya dirasakan kosong..dia tidak mengingati apa - apa tentang pernikahan dia bersama Tania dan perkara yang pernah mereka lalui dalam pengalaman yang sama..

" Kita pergi sekarang!" Segala urusan ditinggalkan Johan bagi mendapatkan Rina, walaupun urusan penting ditinggalkan namun Johan terpaksa..dia perlu menumpukan perhatian kepada majlis mereka sebentar ...sebelum dia sibukkan diri dengan kerja kembali...

Johan mendapatkan Rina Dan jalan beriringan keluar dari pejabat Johan... Pejabat kosong yang dilalui oleh mereka berdua membuatkan mata Johan tidak lepas dari melihat kearah bilik itu...biarpun kosong tapi penghuni yang pernah menghuni bilik itu pernah menjadi sebahagian dari memorinya..memori hidup Baru Johan..

Bila Rina melihat Johan yang termenung memandang kearah bilik yang pernah dihuni Tania dulu...Lengan Johan segera diraih untuk Johan Dan dia jalan beriringan laju untuk menuju ke pintu keluar..

Johan hanya menuruti sambil melepaskan keluhan perlahan...dia sebenarnya sedang memikirkan sesuatu..masih Ada urusan yang perlu diselesaikan bersama Tania sebelum dia dan Rina boleh disatukan menjadi suami isteri yang sah..

Sejak beberapa bulan yang lalu, Tania mengikuti segala janji yang dibuat pada Johan pada pagi itu..Tania tidak lagi muncul Dan menghubungi dia lagi..Johan Cuba untuk mencari untuk selesaikan satu urusan bersama namun tidak dapat kesempatan..dia penah mencari Jila untuk mengetahui keberangkalian Jila tahu dimana Tania berada...namun dari reaksi Jila, dia juga sedang mencari Tania..

Itu Hal yang berlaku 6 Bulan yang lalu..dan dia juga tidak mengusahakan mencari Tania kerana dia tidak mahu terburu - buru dalam berkahwin dengan Rina disebabkan  dia belum bersedia...

Namun setelah beberapa Kali perkara itu ditangguh..akhirnya Rina mendesak Dan Johan tiada alasan lain untuk Hal itu ditangguh lagi...Jadi dia bersetuju dan kerana hal itu telah bertangguh lama, Rina membuatkan keputusan untuk mempercepatkan perkahwinan mereka berdua dengan segala diuruskan Rina..Namun dari semua persiapan itu, Rina terlupakan sesuatu..

Jika dia Dan Johan ingin berkahwin, persetujuan Tania perlu diperolehi disebabkan undang - undang di mereka berdua tinggal, mahukan persetujuan dari isteri pertama untuk poligami dibenarkan.

" Awak dah jumpa Tania?" Sambil berjalan Johan bertanyakan soalan kepada Rina..Kebetulan Johan melalui kawasan itu, ingatan fikirannya mengingati tentang Tania..

" Belum...Saya masih belum jumpa dia!" Rina membalas dengan jelas...sebenarnya dia tidak mahu lagi Johan bertemu dengan Tania...Status hubungan mereka berdua mengusarkan Rina jika Johan ambil keputusan membatalkan lagi perkahwinan mereka berdua, Dan Rina tidak boleh lagi menunggu..dia hanya selangkah lagi mendapatkan Johan..Dan Hal berkaitan Tania dia tidak mahu menjadi penghalang..

" Awak tahu Saya perlu dapatkan persetujuan dia...Saya mahu jumpa dia pasal perkara ini...Kalau awak Tak Cari dia lagi Rina, perkahwinan Kita terpaksa.... Awak faham maskud Saya!" Johan memandang kearah Rina, dia tahu Rina sangat faham akan maksud yang tersembunyi dari segala yang dimaklumkan Johan..

" Saya àkan Cari dia!" Rina mengetap bibir geram..Penikahan dia Dan Johan boleh sahaja terjadi tanpa mendapat persetujuan Tania terlebih dahulu..Dia peguam dan dia Ada banyak Cara untuk membuatkan semua itu selesai, tapi satu perkara yang membuatkan Rina kehilangan jalan..

Johan mahu berjumpa Tania bersendirian untuk perkara itu diselesaikan..Itu sesuatu yang Rina Tak faham tentang Johan..

Dalam keadaan mereka berdua bersendirian, macam - Macam perkara boleh berlaku..Jika Johan tahu perkara sebenar dari semua yang terjadi dulu...semua yang diperkatakan Rina tentang Malam itu hanya berlandaskan andaian..dia sendiri tidak pasti akan perkara sebenar..

Majlis mereka berdua lagi beberapa minggu dan Rina masih belum menemui Tania..dia kehabisan idea dimana lagi harus dicari...dia tersilap penilaian, dengan Johan membenci Tania dan Tania jauh pergi dari hidup Johan, dia ingatkan Johan akan setuju jika Rina mengambil jalan menggunakan perundangan...
Tak sangka Johan mahu mengikut peraturan yang sebenar, mengikut perundangan Keluarga Islam yang sebenarnya..

" Pastikan semuanya selesai Rina, pasal Tania bila Saya boleh jumpa dia...Masa semakin suntuk..awak tahu keputusan Saya..segalanya Saya serahkan pada awak untuk uruskan termasuk perkara itu..Jika belum selesai...Kita terpaksa tangguhkan lagi perkara ini..Saya tiada halangan!" Bicara Johan lembut namun semuanya dipenuhi dengan ugutan...Jika Tania tidak dijumpai sebelum dia berkahwin dengan Rina, perkara itu tidak akan terjadi..

" Saya usahakan secepat mungkin, awak jangan risaukan perkara ini...cuma satu Johan, Saya harap awak Tak berubah fikiran lagi jika awak jumpa Tania!”

" Awak jangan risau, jika semuanya selesai Kita teruskan dengan apa yang dirancang..." Johan terlebih dahulu memasuki ke perut kereta, Rina masih tergamam sebelum langkah Johan juga dituruti...

Segala keterujaan tadi untuk mencuba pakaian bagi perkahwinan mereka berdua menjadi tawar dalam hati Rina...di mana dia nak mencari Tania, Jila juga telah lama tidak dihubungi..salah faham tentang perbualan Lalu bersama - sama dengan Jila masih terngiang - ngiang di telinga Rina...ketidak Selesakan Jila bila perkara berkaitan hubungan dia Dan Johan dibangkitkan...Jila banyak menasihatkan dia untuk meninggalkan Johan...sesuatu yang tidak boleh diterima oleh Rina..Dia sayangkan Johan...Dan dia tidak mahu Tania menghalang segala perancangannya..

Sepanjang perjalanan Johan Dan Rina, tiada satu perbualan yang terjadi...masing - masing dalam Alam fikiran mereka masing - masing...

Rina buntu dalam memikirkan Cara pertolongan yang akan dia gunakan bagi mencari Tania...perkara yang dia tidak pernah ambil tahu sebelum ini...

Manakala...

Fikiran Johan melayang Dan hanya  tertumpu kepada apa yang perlu dicakapkan pada Tania bila mereka berdua bertemu kembali setelah berpisa lama....

Pertemuan yang hanya untuk mendapatkan persetujuan dari  Tania ....apa tindakan Dan reaksi Tania tentang perkara itu....semua itu menjadi tanda Tanya dalam hidup Johan? Jika Tania tidak bersetuju, apa yang perlu Johan buat....teruskan pernikahan dengan Rina atau sebaliknya....Namun untuk dia kembali kepada Tania, bukan suatu perkara yang berada dalam fikiran Johan...

" Rina engkau tahu Mana Tania?" Akhirnya Jila berjaya dihubungi kembali oleh Rina..tanpa berlengah Rina terus kepada tajuk utama kenapa Jila dihubungi...

Bersambung......... ???

TENANG..Where stories live. Discover now