25

139 2 1
                                    

" Selamat Pagi," melihatkan wajah kusut Johan yang Baru bangun dari tidur buatkan hati Tania tenang....

Telah tiga Hari dia tidak keluar dari rumah bila menyedari kehadiran kereta asing yang memantau rumah Dan pergerakannya..Sepanjang tiga Hari ifu dia hanya makan makanan yang berada dirumahnya..

Tapi yang tidak disangka Tania, jumlah stok makanan dalam simpanannya yang bertambah dari sebelumnya. Seingatnya dia tidak membeli makanan itu Dan dia tidak pernah menyemak jumlah makanan di rumahnya sebelum ini.

Jika tidak disebabkan darurat, dia tidak akan tahu ruangan store rumahnya dipenuhi dengan makanan berkhasiat.

Kelihatan di meja makanan Tania telah sediakan sesuatu yang berkhasiat untuk Johan.
Namun Renungan Tania membuatkan Johan mengerutkan kening.. Penatnya di badannya beransur - ansur hilang..namun dia masih merasakan badannya masih lemah.. jadi tanpa berlengah makanan yang terhidang disuapkan ke dalam mulutnya.

" Kenapa tenung Saya Macam itu?" Johan tidak memberikan tumpuan, dia anggap Renungan Tania mungkin disebabkan wajahnya yang kusut pagi tu..

" Awak ker yang penuhkan makanan dalam bilik stor Saya..? Tania teragak - agak bertanya. Dia Cuba menjaga perasaan Johan.

" Ada yang salah ker?' suapan makanan diteruskan. Pagi itu Johan benar - benar rasakan perutnya lapar.

" Awak dah keluar dari sini.....jadi awak Tak perlu membazir." Tania Cuba menyampaikan maksud, Dan besar harapan Tania Johan tidak tersalah anggap.

" Hmmmmm, sekarang Saya kembalikan...Jadi Tak salah semua itu!" Johan tersenyum Berharap Tania akan terima bantuannya.

" Disebabkan awak kembali Hari ini, saya terima." Tania amat girang dengan kehadiran Johan. Walaupun dia tidak pasti mengapa tapi dapat dirasakan Tania, Hal itu adalah sesuatu yang baik.

Selesai makanan mereka habiskan masa bersama di ruangan tamu dengan bicara kosong ...Hal - Hal yang terjadi sepanjang Tania ditinggalkan Johan..

Perbualan berpanjangan bila Hal sukarelawan dibangkitkan......

Johan melihat Jam didinding, selepas itu dia melihat kearah Tania yang sedang menumpukan perhatian kepada komputer..

" Ehemmm!" Johan memberikan Hint bila dilihat Tania bagaikan ralit dengan sesuatu..

Tania berpalingkan wajah menunggu reaksi Johan.. kening dikejutkan Tania menunjukkan dia sedang Fokus dengan apa yang sedang dibuat kini.." awak nak cakap apa?' soalan Tania terus kepada Johan..

" Awak buat apa?" Johan merapat kearah Tania.

" Cuma layari internet...kepala Tania berpaling dari arah Johan. Kembali memberi tumpuan pada komputer..

Beberapa laman web menjadi perhatian Johan. Kening lelakinya berkerut melihat satu persatu laman web yang dilayari oleh Tania.." awak Cari kerja?"

" Hmmmmm! Saya Cari yang boleh boleh Saya bekerja separuh Masa." Beberapa lagi laman web dilayari.

" Awak dah daftarkan pekerjaan?" Soalan Kepada Tania, namun Tania masih sunyi..

" Tania, awak dah daftar laman web pekerjaan..." Kini jarak mereka semakin dekat..

" Saya dah daftar tapi dengan kelulusan Saya Dan awak tahukan orang - orang macam Saya ini susah untuk dapat kerja disini...Jadi Saya cuma menunggu." Tania berterus terang..

Konsep pekerjaan di negara itu lebih memberikan keutamaan pada warganegara, jadi pegangan status Tania sebagai pelajar disitu sukar untuk mendapatkan pekerjaan..

TENANG..Where stories live. Discover now