17

124 4 0
                                    

" Aku ceraikan Nur Tania Binti Khalil dengan talak satu" sebaik ungkapan itu diucapkan air Mata Tania mengalir. Tapi tidak selaju air matanya sewaktu kehilangan kedua orang tuanya, tapi air Mata Tania cukup membuatkan kesedihan di hati orang yang hadir.

" Tania," Datuk Megat tidak boleh buat apa - apa. Dia juga terkejut dengan keputusan Munshi di saat akhir. Dia sungguh tidak sangka keputusan itu akan diambil oleh Munshi.

Tania yang tidak dapat menahan sebak telah keluar dari bilik perbincangan itu dengan segera. Dia Baru sahaja dimaklumkan seluruh hartanya diserahkan kepada Munshi sepenuhnya oleh peguam.. Dan diwaktu dia jatuh muflis tanpa sebarang penjelasan yang logik sekali lagi dia kejutkan dengan penceraian yang diluahkan Munshi dalam Masa yang sama.

" Aku Baru 18 tahun? Kemana Aku nak pergi.." Tania betul - betul hilang arah. Air Mata diseka dengan jari. Dua tahun perkahwinan dengan Munshi dia tidak menyimpan harta atau apa - apa. Pada siapa dia nak mengadu meminta pertolongan.

Semuanya telah terjawab pada Tania kenapa Munshi menunggu tempoh Dua tahun masih berkahwin dengannya. Sekarang barulah dia faham segala maksud yang disimpan rapi Munshi selama ini.

Munshi hanya menunggu harta segalanya diserahkan nama kepadannya. Dan Tania tiada apa - apa yang tinggal.

" Munshi dah lepaskan Aku jadi dia takkan Cari Aku lagi. Aku Tak Ada pilihan..

***

( 3 tahun telah berlalu )

" Pak Long Tania Baru habis kerja, sekejap lagi Tania balik rumah sewa. Tak lama lagi sekejap lagi." Selepas mengucapkan Salam panggilan dimatikan.

" Pak Long engkau ker Tania?" Rakan sekerja Tania, Tan menyapa.

" Siapa lagi." Tania tersenyum. " Tan Tania balik dulu, Raudah masih dibelakang jangan Pula engkau kunci pintu nanti." Tania mengingatkan. Pernah terjadi dulu Tania Dan Raudah dikunci oleh Tan dari luar.

Nasib baik waktu itu bos mereka Encik Zaihar kembali kerana tertinggal barang. Jika tidak mereka berdua terpaksa bermalam di kedai.

Sejak dari peristiwa itu semua pekerja di restoran itu lebih berhati - hati dengan kehadiran pekerja lain. Sebagai hukuman Tan dikenakan surat amaran. Walaupun Tan sebenarnya tidak sengaja, namun majikan mereka tegas.

Satu jubah panjang disarungkan Tania ketubuh. 3 tahun dia telah membawa diri kesini hidup berseorangan.

Selepas ditinggalkan Munshi sehelai sepinggang, Datuk Megat membantu Tania. Dia dibenarkan tinggal di hotel selama Seminggu dengan segala Kos ditanggung, sementara menunggu Pak Long Kamil untuk membawanya bersama.

Munshi, berita tentang lelaki itu tidak lagi Tania ambil tahu.

Selepas 3 bulan, Tania kembali semula, namun hanya untuk menyelesaikan Hal penceraian dengan Munshi. Dalam waktu itu mereka berdua tidak berinteraksi, Dan Tania lebih selesa begitu...

Sesetengah perkara masih menjadi rahsia dalam hidup Tania. Namun dia lebih mengambil pendekatan untuk mendiamkan diri.. Sesetengah rahsia perlu lenyap Dan terkubur sendiri tanpa Ada yang mengetahuinya..

***

Flash Back..

" Kamu akan menyesal Munshi. Kenapa kamu buat hidup Tania macam itu. Apa salahnya kalau kamu berdua masih suami isteri?" Datuk Megat tidak dapat mengawal kemarahan. Munshi buang Tania Macam sampah.

" Munshi buat ini semua sebab nak dapatkan harta itu. Munshi dah dapat semua, buat apa Munshi simpan dia lagi. Lagipun..

" Lagipun Tania itu Anak musuh kamu. Itu maksud kamu.Berapa kali Aku nak ingatkan itu bukan Salah Ibu bapa Tania. Mak bapa kamu kemalangan, meninggal bukan salah mereka."

" Tak memang salah diorang, kalau Tak Mak bapa Munshi masih hidup. Disebabkan Mak bapa Tania bawa laju Cuba potong Lori tu, kami takkan kemalangan. Munshi ingat tiap saat itu Datuk." Munshi pejamkan Mata, Hari kemalangan itu jelas di dalam matanya.

Kereta yang dinaiki mereka bertiga bertembung dengan sebuah lori dalam kejadian itu. Dia terselamat dari kejadian. Paling dia tidak dapat lupa, wajah pasangan yang bersalah dalam kemalangan itu. Kedua IBU bapa Tania. Dia takkan sesekali lupa wajah pembunuh kedua IBU bapanya.

" Apa kaitan dengan Tania? IBU bapa dia pun meninggal dalam kemalangan. Tak boleh kamu maafkan dia. Kamu pun dah musnahkan hidup dia Munshi. Apa lagi kamu belum puas?"

" Tania yang perlu tanggung semua itu, sebab semua yang jadi Munshi yang tanggung seorang."

" Kamu akan menyesal Munshi. Menyesal!" Sebaik meluahkan perasaan marahnya Datuk Megat keluar untuk mencari Rania. Dia tahu Tania sebatang Kara. Untuk itu dia akan membantu jika perlu.

Peristiwa silam mulai Segar diingatan Munshi lebih - lebih sewaktu Hari pengebumian kedua IBU bapanya. Sewaktu itu dia hanya berusia 16 tahun, sama senasib dengan Tania kehilangan kedua IBU bapa..

Upacara pengebumian berjalan lancar sebelum kehadiran Ibu bapa Tania yang membuatkan Munshi mengamuk dalam majlis..

Sewaktu majlis itulah Munshi pertama Kali berjumpa dengan Tania. Wajah Tania yang berusia 6 tahun Segar dalam ingatan Munshi. Dari pertemuan itu dia menyimpan dendam.

( Dua minggu selepas Hari pengebumian)

Munshi duduk sendiri diruangan dinding rumah Datuknya berseorangan sebelum kehadiran seseorang yang menganggu ketenteramannya.

" Abang buat apa dekat sini, marilah masuk." Suara Budak perempuan mengejutkan lamunan Munshi.

" Pergi!" Munshi menghalau kerana dia tidak mahu diganggu.

" Tania nak kawan dengan Abang?" Budak perempuan itu masih tidak berganjak dari posisi di sebelah Munshi.

" Aku Tak perlukan Kawan macam.....

" Tania! Tania, Mari kesini... seseorang wanita memanggil Tania untuk kearah ruang tamu rumah Munshi.

Bila terpandangkan wajah perempuan yang memanggil Budak perempuan itu. Munshi teringatkan sesuatu..

" Tania datang!" Tania melaung kearah ibunya. " Saya pergi dulu Abang jumpa lagi..

" Tunggu! Siapa perempuan itu?" Tangan Budak perempuan itu dipegang sebelum sempat melepaskan diri.

" IBU Saya..

Sebaik mendengarkan jawapan Budak perempuan itu, tangan Budak itu ditarik Munshi untuk mengikutinya.

" Ikut Aku?" Munshi Menarik kasar tangan Tania.

" Kita nak kemana?" Tania yang tidak tahu apa - apa hanya mengikuti langkah lelaki yang dipanggil Abang.

Tiba disatu longkang Besar tubuh Tania ditolak dari arah belakang kedalam longkang..

Tania yang menanggis kesakitan menjerit meraung, tapi tiada simpati dari wajah Munshi, hanya benci. " Jangan sampai aku tahu engkau mengadu pasal aku. Sebaik memberikan amaran Munshi beredar.

Tania hanya dijumpai oleh pembantu Dan dibawa kedalam rumah.

" Macam Mana kamu boleh cuai macam ini. " Kedua - Dua lutut Tania berdarah Dan disapu dengan ubat Luka oleh pembantu.

" Tania terjatuh" jawapan dari Tania benar - benar legakan hati Munshi.

Namun tanpa disedari perbuatan Munshi dilihat sepenuhnya oleh pembantu Ahmad. Perkara itu juga dilaporkan segera kepada Datuk Megat.

Selepas pasangan Dan Tania pulang, Datuk Megat mendapatkan Munshi.
" Kamu Ada buat apa - apa pada Tania tadi
? Datuk Megat menyoal.

Kelihatan wajah Munshi hanya tenang..

" Munshi yang tolak Tania dalam longkang. Itu Baru sikit Munshi balas akan Ada yang seterusnya.."

Sebaik Datuk Megat mendengar pengakuan Munshi, teruk Munshi dibelasah untuk sedarkan dirinya. Melihatkan tiada perubahan dari sikap Munshi menyalahkan Keluarga Tania, Datuk Megat tiada jalan lain...dia perlu lakukan sesuatu..

TENANG..Where stories live. Discover now