5 minit sebelum Tamat Masa kelas Tania segera menyusun kesemua buku kedalam beg. Semua perbuatan Tania diperhati oleh Rina yang duduk dibelakang Tania.
Kebiasan dari mereka bertiga Tania adalah seorang yang paling lambat untuk mengemas. Kebiasaannya dia Dan Jila akan menunggu Tania. Tapi Kali ini berbeza.
Melihatkan Tania telah selesai mengemas Dan Cikgu yang mengajar sebentar tadi telah beredar, barulah Rina memberanikan diri bertanya kepada Tania.
" Beb awal berkemas engkau dah nak gerak ker? Tak balik ke Asrama dulu?" Rina berdiri disebelah Tania,Dan disebelahnya muncul Jila.
" Aku rasa Aku Tak balik Asrama dulu kot. Aku nak cepat Ada Hal Aku nak uruskan." Beg dikerusi dibawa Tania untuk disandar kebelakang. Kerusi disusun kembali kearah meja.
" Baju - baju Kotor engkau dengan barang - barang macam Mana?" Jila Pula mengingatkan Tania.
" Balik bercuti Aku uruskan Hal itu, Aku pergi dulu." Sebaik sahaja Tania memberikan alasan kedua - dua kawannya dipeluk Dan dicium pipi sebelum Tania mengorak langkah mengikuti pelajar - pelajar yang lain untuk keluar dari perkarangan sekolah.
" Jom lah Kita balik dorm kemas apa yang patut, Aku pun Tak sabar nak balik kampung." Bicara Jila bersama langkah yang diikuti Rina dari arah belakang.
***
Tania menaiki bas untuk menuju kesatu lokasi. Fikiran telah melayang jauh tanpa diketahui Tania kemana fikirannya akan terhenti.
Tanpa disedari Tania segala perbuatannya diperhati oleh seseorang jejaka yang asyik melihat segala perwatakkannya.
Setelah sampai di destinasi tujuan Tania, bas terhenti Dan Tania melangkah ke arah tujuannya.
Jejaka yang melihat Tania dari kejauhan hanya tersenyum sambil dirinya dibawa jauh dari pandangan susuk tubuh Tania.
" Tania, Kita akan berkenalan nanti tapi bukan sekarang....
***
Sebuah kotak diletakkan Tania di meja Munshi setelah Tiara keluar dari bilik itu.
Tanpa disangka Tania, Hari ini dia dikejutkan dengan sesuatu. Sesuatu yang berlaku di depan matanya.
Munshi berpelukan dengan Tiara. Lebih mengejutkan Tania, mereka hampir - hampir untuk bercium, tapi disebabkan kedatangan Tiana disitu, aksi mereka tergantung..
Tania dapat rasakan kemarahan menjalar dihatinya, Dan kemarahan itu Tania tukarkan untuk dia berhadapan dengan Munshi bersendirian. Dia dapat rasakan ketakutan dirinya kepada Munshi semakin berkurangan dengan apa yang terjadi.
"Apa tu?" Munshi hanya memandang menggunakan hujung Anak matanya sahaja melihat kearah sesuatu yang diletakkan oleh Tania.
Tania yang masih Mempunyai kemarahan bersisa dalam hati mengambil kasar kotak tadi Dan diletakkan dihadapan Munshi. " Pelindung" Tania mengetap Gigi dengan geram.
" Pelindung?" Munshi kerutkan wajah. Kini tumpuan diberikan kepada Tania. Perasaan terkejutnya sebentar tadi dengan kemunculan mengejut Tania sebentar tadi dibuang jauh. " Engkau tahu ke maksud benda ini Budak?" Munshi sengaja mempermainkan Tania.
" Saya nak awak gunakan benda ini selepas ini, Saya Tak mahu apa - apa jadi pada Saya. Saya dah habiskan pengajian. " Wajah Tania tiba - tiba berubah resah.
Tania mundar - mundir dihadapan meja Munshi sambil mengigit jari.
" Mana engkau dapat benda ini?" Kotak pelindung dibuang Munshi seakan dia tidak berminat untuk bincangkan berkenaan Hal itu.
YOU ARE READING
TENANG..
RomanceHidup bagaikan sebuah perjalanan yang tiada kesudahan.. Namun dalam mencari Kunci Kebahagian..Hidup Tania diuji dengan kebencian beberapa Kali..Dapatkah Tania mencari Kunci hidupnya nanti...?? sama - sama hayati hidup seorang gadis bernama Tania..