84

49 2 0
                                    

" Macam mana dengan Mesyuarat pagi tadi semuanya selesai?"
Baki makanan di pinggan hanya dikuis dengan lemah oleh Tania...dari tadi dia tunggu Johan bersuara, namun semua perbualan antara mereka berdua hanya sepi..tidak menampakkan yang mereka berdua kearah perbualan tentang isu perhubungan diantara mereka berdua..

" Segalanya berjalan dengan lancar!" Suapan diteruskan Johan tanpa bertanyakan kembali soalan kepada Tania..

Melihatkan reaksi Johan yang masih menyepi membuatkan Tania semakin resah..tapi hati Tania mahu tahu apa yang berlaku pagi tadi antara Rina Dan juga Johan....dia mahukan Johan berterus terang àkan Hal yang sebenar...

" Pagi tadi awak terus ke mesyuarat? Saya Tak nampak awak dekat pejabat...."luahan kata Tania dirasakan tawar...

" Hmmmm...Saya dah maklumkan pagi tadi.. takkan awak dah lupa?"
Makanan di pinggan Johan telah habis dijamah, namun dari reaksi perbuatan Tania...dilihat Tania masih bermain - main dengan makanan...dia dapat rasakan Ada yang tidak kena..

Johan sandarkan diri sambil Mata memerhati gerak Geri isterinya yang berkelakuan aneh sejak petang tadi...

Melihatkan sikap Johan yang tenang, membuatkan kegelisahan dalam diri Tania semakin kuat....dia perlukan penjelasan, tapi dia Tak tahu bagaimana Cara untuk buat Johan berterus terang dengan apa yang berlaku pagi tadi...

" Awak dah dengar gosip pagi ini...tentang Kita?" Senyuman Tania semakin tawar..Dia Tak tahu Cara untuk kaitkan hubungan Rina Dan Johan...Jadi dengan kejadian pagi tadi, dia terpaksa buka...Walaupun dirasakan Tania, perkara itu lebih kebudak - budakan untuk diadu...tapi itu salah satu Cara untuk Hal ifu dikemukakan kemudian...

" Hmmmmm..Awak dah lupa Saya mesyuarat sepanjang Hari ? Perkara apa?" Pernafasan Johan kedengaran kuat dilepaskan....Sedikit dari perbualan antara dia Dan Tania semakin dirasakan Johan seperti Ada halangan untuk Tania berterus terang...
Tania dirasakan Johan lebih suka dengan merahsiakan perkara dari bercerita perkara sebenar...
Dan sikap Tania yang seakan sembunyikan sesuatu, melemaskan Johan..

" Pasal hubungan Saya dengan awak......Dan juga Rina." Senyuman tawar dilepaskan Tania...ternyata dari luahan Tania, dirasakan Johan Tania menyembunyikan sesuatu yang berat...

" Kenapa dengan hubungan Kita?" Johan kerutkan kening memandang Tania..Kali ini tumpuan sepenuhnya diberikan untuk Tania menjelaskan dengan lebih terperinci apa yang dimaksudkan dengan hubungan mereka..

" Saya rampas awak dari Rina?" Luahan itu dirasakan Tania dapat melepaskan sebahagian bebanan berat dalam diri...Tania harap Johan dapat berterus terang dengan apa yang terjadi pada hubungan dia Dan Rina..

Kelihatan reaksi Johan...lelaki itu hanya ketawa kecil...

" Cukup untuk awak Dan Saya tahu apa yang terjadi...Kenapa nak peduli semua cerita itu....!"

" Tapi Ada yang buatkan cerita itu seakan benar Johan...Malah awak pun terlibat sama dalam Hal ini!" Tania gengamkan tangan..dia perlu luahkan segalanya kepada Johan...Johan perlu tahu apa yang dia Rasa...Hubungan Johan Dan Rina bermain di fikirannya sejak perkara itu dikhabarkan kepadanya pagi tadi..

" Awak nak Saya buat apa?nak tutup semua mulut pekerja - pekerja itu semua atau awak nak Saya buang mereka....atau awak nak Saya jelaskan pasal hubungan Kita pada mereka semua!"

" Bukan itu maksud Saya Johan..tapi awak? disebabkan awak spekulasi Saya rampas awak dari Rina seakan perkara itu benar!"

" Saya....! Apa maksud awak Tania?"

" Saya boleh terima semua yang mereka kata pada Saya...mereka Saya anggap Tak tahu perkara sebenar....tapi awak, Johan...Awak?"

" Kenapa dengan Saya?" Semakin pelik sikap Tania di depan Mata Johan...

TENANG..Where stories live. Discover now