4

212 5 0
                                    

( Seminggu sebelum majlis Pernikahan)

Lokasi : Butik Perkahwinan.

Tania mencari wajah seseorang di dalam Butik. Segala persiapan perkahwinan telah diuruskan. Walaupun majlis diadakan tertutup berikutan usia dirinya yang masih dibawah umur.

Namun Tania tetap bersyukur segala kelengkapan wajib bagi majlis diadakan, termasuklah baju persalinan perkahwinan untuk Tania Dan pasangan dirinya, Munshi.

Sepanjang dari peristiwa pertemuan dengan Munshi yang dulu. Tania Dan Munshi tidak berhubung hanya Pak Long Kamil Dan Datuk Megat yang mewakili mereka.

Sebaik dia tiba di Butik itu Tania disambut meriah oleh pembantu Butik. Beberapa pakaian dipersembahkan kepada Tania untuk dipilih memandangkan segala Kos bagi pemilihan itu akan ditanggung sepenuhnya oleh Munshi.

Mata Tania tertumpu kearah sebuah pusana indah yang bertatahkan berlian digantung pada sebuah patung. Melihatkan reaksi Tania pembantu Butik yang bernama Elle Mula mengukirkan senyuman.

" Cik Tania itu baju rekaan RZ, memang paling terbaru di Butik Kami. Hampir keseluruhan rekaan jahitan tangan. Apa kata kalau Kita Cuba dulu baju tu?" Elle memujuk,  memandangkan tiada satu pilihan pun yang menetapi citarasa Tania.

Tania teruja, namun sebelum membuat persetujuan dia mengutarakan soalan. " Hmmmm,berapa harga Kos untuk baju ini?" Tania takut - takut, kalau boleh dia tidak mahu membazirkan duit Munshi bagi bayaran untuk baju yang akan digunakan bagi majlis mereka.

" RM 10k..tapi Cik Tania jangan risau sebab  semua ditanggung oleh En. Munshi.

" Kalau boleh Saya Tak nak membazir.....

" Cik Tania, Tak Salah semua ini, lagipun majlis ini Kan sekali dalam seumur hidup Kita. Jadi Tak Salah kalau ini pilihan Cik Tania." Elle tersenyum memujuk, jika baju itu berjaya dijual olehnya banyaklah komisen yang akan dia dapat nanti dari RZ.

Segala bicara Elle terngiang - ngiang dalam fikiran Tania. " Sekali seumur hidup" Tak semena - Mena Tania tersenyum sendiri, entah berapa lama perkahwinan mereka akan bertahan. Sekiranya Tania diberikan pilihan sekali lagi selepas ini, dia akan tentukan siapa yang akan menjadi pasangannya selepas ini.

". Macam Mana? Elle semakin Semangat memujuk bila dilihat Ada senyuman terukir di bibir Tania, tanpa dia mengetahui cerita sebenar."

" Saya nak Cuba yang ini!" Tania mengukirkan senyuman.

..

" En. Munshi, Cik Tania sedang mencuba pakaian. Kalau Encik Tak keberatan boleh tunggu disini dulu, Saya sediakan kudapan." Elle berlalu pergi untuk memberikan peluang pada pasangan berinteraksi. Tugasnya memakaikan pakaian kepada Tania tadi telah selesai, hanya menunggu Tania untuk muncul dihadapan Munshi.

Elle melangkah lambat menuju ke lokasi, tuhuannya untuk menyediakan santapan ringan bagi bakal - bakal pengantin yang datang di Butik mereka. Sambil itu dia perlu menunggu untuk memberikan Masa kepada pelanggan sebelum dipanggil kembali.

Disebuah bilik Elle ditegur oleh Rina yang juga pembantu sepertinya.

" Macam Mana tadi Elle dah setel ker?" Rina meneguk air yang berada di tangannya sambil melihat kearah Elle yang sedang membancuh sesuatu dalam cawan.  Bukan satu tapi tiga.

" Okay, Aku sedang siapkan kudapan ringan untuk mereka.Kalau jadi baguslah." Jam ditangan Elle dilihat. Masih tiada Tanda - Tanda dia dipanggil oleh pasangan tadi.

" Ni engkau tunggu panggilanlah, sanalah macam Aku! Air dipergelangan tangan dihabiskan.Dan mereka berdua meneruskan perbincangan selanjutnya.

***

TENANG..Where stories live. Discover now