87

64 2 0
                                    

" Mana awak dapat nombor Saya Munshi? Apa awak nak lagi?"
Tania julingkan Mata lepas satu persatu lelaki masih menganggunya...Masalah dia bersama Johan masih belum selesai Dan belum diperjelaskan sepenuhnya...Kini datang Pula Munshi menganggu...bila dirasakan Tania hidupnya tidak Aman..

Lebih memeranjatkan Tania, Munshi boleh hubungi dia secara terus sekarang sedangkan Tania telah menamatkan nombor telefon dia sebelum ini Dan dia kini menggunakan private nombor untuk dia tidak diganggu..

Jika Johan tidak mahu dia menganggu dalam hidup lelaki itu lagi, itu yang akan dibuat oleh Tania...dia akan menjauhi Johan sejauh - jauhnya...tidak àkan muncul lagi di Mata Dan hidup lelaki itu...dia telah tekad...
hidup bersendirian dengan status sekarang, adalah perkara yang akan membahagiakan Tania nanti...
Biarpun akan mengambil Masa untuk melupakan semua yang terjadi..itu jalan yang dia pilih..Biarpun sukar, namun àkan  Ada sinar bahagia untuk Tania..

" Ehemmm! Lamunan Tania membuatkan Munshi berdehem bila Munshi telah memberikan jawapan, namun dalam panggilan Tania telah berdiam...
" Tania awak masih Ada dalam panggilan?"

" Huh!" Tania tersedar dalam dunia realiti..Dia masih lagi memikirkan tentang Johan...sedangkan dirinya mungkin Sudah dilupakan...Johan sedang mencari kebahagian yang Baru...

" Awak cakap apa tadi Munshi!" Tania mengigit bibir, dalam perbualan telefon pun dia boleh termenung Jauh...seseorang yang tidak perlukan dia lagi...Biarpun menyakitkan tapi semua yang terjadi dia perlu terima...

" Awak Tak perlu Saya perjelaskan Tania tentang perkara itu...awak tahu siapa Saya sebelum ini!" Munshi tegas Dan dia tahu dia Tak perlu berikan jawapan details untuk Tania faham akan maksudnya..

Dan Tania cukup faham tentang Munshi..sekali lagi dia julingkan Mata dengan segala reaksi Munshi...

" Jadi apa yang awak nak Munshi?" Tania teruskan kepada tajuk utama kenapa Munshi mencarinya...

" Masih benda yang sama Tania.Saya mahukan awak kembali dalam hidup Saya!" Jelas Dan terang Munshi nyatakan maksud sebenar...

Berkenaan niat Munshi, Tania dah lama tahu...

" Awak dah tahu jawapan saya Munshi, Dan kalau awak nak main - main Saya Tak Ada Masa nak layan awak. Perbualan Kita perlu dihentikan....

" Tunggu.....! Suara kuat Munshi menghalang agar perbualan itu tidak diamatikan oleh Tania..

Tania yang Baru mencuba mengambil tindakan seperti yang difikirkan Munshi...terdiam, kuat hati Tania mahu tahu sebab utama Munshi memanggilnya Hari ini...

" Apa lagi?" Tania memberikan peluang..dia masih menunggu dengan sabar...Dia masih lemah dalam mengawal perasaan ketika ini..Tapi kepada siapa dia nak luahkan kesedihan dalam hatinya..dia Ada sahabat, tapi kedua - duanya menjauh dari hidup dia kini...Jadi dia tiada pilihan lain...segala deritanya disimpan sendiri..

" Saya nak bincangkan sesuatu...Saya nak kembalikan sesuatu yang menjadi milik awak Tania...Itu hak awak selama ini, Dan Saya tunggu awak....Kita perlu bincangkan Hal ini?"

" Apa perkara itu Munshi?"

" Awak tentukan tempat dimana Tania, Saya akan jumpa awak sekarang..Perkara ini dah lama Saya simpan?" Suara Munshi kelihatan serius...Dan semua yang kedengaran membuatkan Tania serba salah...Dia Tak pernah memberikan peluang kepada Munshi untuk berterus terang, dia selalu mengelak dari bersemuka....dia selalu lari...

" Saya pergi  Syarikat awak Munshi. Kita jumpa disana !" Akhirnya Tania membuat keputusan... Segalanya perlu diperjelaskan dengan Munshi Dan segala yang berlaku selama ini perlu diselesaikan...

TENANG..Where stories live. Discover now