63

64 2 0
                                    

" Apa yang berlaku pada Johan?" Tania cuba mengawal perasaan diri. Ya dia bencikan Johan tapi dia Tak pernah doakan lelaki itu mendapat balasan seperti yang terjadi kini. Hidup dalam dunia yang kosong tanpa memori..

Tapi disudut lain hati, dapat Tania rasakan ini adalah pembalasan Tuhan di atas perbuatan lelaki itu dulu. Perasaan itu segera dibuang oleh Tania, dia hanya manusia dan tidak layak untuk dia menghukum Dan menilai setiap apa yang telah diaturkan oleh Tuhan kepada Johan.

" Perkara ini telah terjadi selama Dua tahun. Johan..Dan sepanjang Masa itu dia hilang ingatan!" Matthew bernafas dengan panjang sambil menunggu reaksi dari Tania. Perkara itu sukar, tapi perlu diluahkan untuk pengetahuan Tania..

" Dua tahun.. Dua? Maknanya awak dah tahu lama benda ini. Awak jumpa Saya dalam waktu itu. Tapi awak Tak maklumkan pada Saya Matthew. Sanggup awak?" Tania mengucap panjang, Ya dia bencikan Johan tapi kenapa perkara Besar begitu dirahsiakan.

" Awak bencikan dia waktu itu..awak pun masih belum pulih.. awak Rasa,tindakan yang Saya ambil Salah?... apa reaksi awak kalau Saya beritahu keadaan Johan?" Mathhew terperangkap dalam Dua situasi antara Tania Dan Johan.. Jadi dia memilih mendiamkan diri.. kedua - duanya adalah pesakit yang dirawat. Jadi dia tidak banyak pilihan..

Tania memandang Matthew tidak berkelip..Ada Kebenaran dari segala kata - kata Matthew.

" Apa yang terjadi? Semua..Saya nak tahu semua?" Semakin serius Tania dalam perbualan..

" Johan kemalangan selepas awak kembali ke sini. Disebabkan itu dia hilang ingatan. Nyawa Johan hampir - hampir Tania.." Matthew menerangkan apa yang berlaku dulu. Pertama Kali dia melihat Johan, dia dapat rasakan Johan tiada harapan untuk hidup.

Namun Jonathan masih bergantung harap pada Johan Dan sentiasa bersikap positif dalam semua keadaan. Dia percaya cucunya akan kembali sedar. Harapan Jonathan akhirnya berhasil, Johan mulai mengerakkan tangan..namun selepas beberapa minit dia mulai koma.

" Macam Mana dia kemalangan, Matthew?" Tania dapat rasakan kesedihan Dan kesakitan dihatinya..membayangkan keadaan Johan...

Tania baru kehilangan bayi mereka..Dan jika kehilangan terjadi lagi, Kali ini pada Johan..dia tidak tahu bagaimana dia mahu menerima perkara itu..Walaupun Johan dibenci, namun hubungan mereka masih Ada...walaupun kini dirahsiakan.

Dia cuma harap Johan jauh dari hidupnya bukan sesuatu yang buruk berlaku kepada lelaki itu yang diharapkan..

" Saya Dan Jonathan tidak tahu sebab sebenar Tania.Hanya Johan yang tahu apa terjadi..dia koma, jadi semua itu hanya Johan yang tahu...tapi dari semua hasil siasatan Jonathan. Semua disebabkan awak Tania."

" Sebab Saya?Tania terkejut. " Awak Tak main- main. Saya dah tinggalkan Johan. Apa kaitan Saya dengan dia?"

" Johan tahu sesuatu. Hal itu beri Impak Besar pada diri dia!" Matthew bernafas dalam - dalam. Perkara yang akan diluah berat untuk dikatakan..

" Apa yang awak nak maklumkan Saya Matthew?" Tania dapat rasakan perasaan hatinya berdebar - debar melihat wajah serius Matthew.

" Anak itu, Anak Johan Tania!" Matthew terpaksa. Hubungan Johan Dan Tania perlu dipulihkan. Melihatkan apa yang terjadi dengan hidup Johan kini, Matthew takut apabila semua itu terbongkar, Johan tidak dapat berpatah balik..semuanya telah terlambat..

" Apa maksud awak Matthew!" Semua yang dikatakan Matthew buatkan Tania terkejut Besar.. dia masih tidak percaya, dalam Masa yang sama telinganya tidak tersalah mendengar..

" Apa maksud awak Anak Johan? ..bukan Johan?".....

Air Mata Tania mengalir bila mengenangkan bayi yang tidak sempat dilahirkan.. Jika apa yang Matthew cakapkan adalah benar.. Apa yang terjadi sebelum ini.. Kenapa Johan....?

TENANG..Where stories live. Discover now