35

95 3 0
                                    

Datuk Johathan mengaturkan makan malam bersama Keluarga mereka bersama..Turut dihadiri adalah Aminah, Bapa Johan Dan adik perempuan Johan, Natalia..

Kedatangan mereka disambut oleh Johan, Tania Dan Datuk..sebelum aturan makan malam dibuat, Tania telah dimaklumkan awal oleh Datuk tentang jemputan..

Memandangkan perkahwinan Johan telah genap sebulan bersama Tania, majlis makan malam itu dibuat bagi meraikan pasangan pengantin Baru..

Pada mulanya Aminah tidak mahu terlibat sama, namun bila memikirkan tentang Jonathan, bapanya..dia terpaksa..Jonathan seorang yang tegas, kasar Dan Kejam..Jadi dia tidak mahu mendatangkan masalah memandangkan bapanya masih hidup..Tapi jika keadaan sebaliknya, dia takkan sesekali jejakkan kaki kesitu..lebih - lebih lagi menemui Tania..

Dia meluat..

Natalia memeluk Tania dengan erat Dan riang..Itu adalah Kali kedua mereka berjumpa..Memandangkan perbezaan umur yang kurang ketara, mereka serasi berhubungan sebagai kawan, daripada hubungan sebagai rakan..

" Hari itu Natali Tak sempat nak jumpa, Abang Johan dah bawa lari akak dari majlis, tapi Natali senanh akak yang Abang Johan pilih..Natali sokong Akak!" Kata - kata Akhir Natali seakan berbisik..

Tania mengerutkan kening." Apa maksud Natali?" Fikiran Tania melayang ke arah kata - kata Natali sebentar tadi..Sebelum Natali beredar, Tania memegang tangan Natali erat tidak mahu dilepaskan.." Maksud Natali?"

" Akak àkan tahu nanti!" Natalia melarikan diri Dan segera mendapatkan Johan tidak jauh dari Tania..

" Mommy!" Tania menyapa Dan menghulurkan tangan kepada Aminah..

Aminah hanya menjeling dan dengan menongkatkan dagu Dan dada berjalan di depan Tania menuju kearah Johan.. dia buatkan Tania bagaikan tidak wujud dalam perjumpaan itu..

Bapa Johan yang melihat kejadian itu segera mendapatkan Tania Dan tersenyum Cuba memulihkan kembali keadaan..Keadaan Tania sama seperti dirinya dulu sewaktu pertama Kali diperkenalkan dengan keluarga Aminah.. Lebih teruk bapa mentuanya waktu itu langsung tidak mahu berjumpa dengannya..Hanya Mommy Aminah yang menerima dirinya seadanya dengan memberikan layanan yang baik sepanjang dia berada di rumah mereka..

Masih jelas di memori bapa Johan, Jonathan pernah berperang hebat dengan Aminah kerana Anak perempuan tunggalnya memilih seorang lelaki melayu sebagai suami..

Waktu itu Aminah memperlahankan pilihan hatinya Dan tidak mempedulikan segala hasutan bapanya..Mereka berkahwin Seminggu selepas peperangan Anak beranak itu..Aminah memeluk Islam selepas itu..

Margaret IBU Aminah satu - satunya orang yanh menerima kehadiran dia di Keluarga itu..Masih diingat dengan jelas, bagi menampung kehidupan mereka yang dalam kesusahan akibat duit yang disekat oleh bapa mentuanya.. Margaret curi - curi bertemu mereka tanpa pengetahuan Jonathan Dan menyerahkan duit bulanan kepada mereka berdua untuk kelangsungan hidup..

Segala jasa baik ibu mentuanya, dia takkan sesekali lupa..

Selepas tiga bulan berkahwin, Aminah disahkan mengandung, sebaik sahaja Johan di lahirkan barulah Jonathan membenarkan Aminah Dan dirinya pulang ke rumah..Hal itu kerana Jonathan sangat menginginkan anak lelaki dalam Keluarga..

Sebaik cucu lelaki dilahirkan, dia tidak lagi setegas Dan sekejam lelaki yang dulu..Nama cucu lelakinya juga dipilih oleh dia, bersempena dengan namanya sendiri..Sir John..Memandangkan cucu lelakinya seorang Islam, dia mengubah nama cucunya kepada Johan, namun mama gelaran masih dikekalkan sebagai Sir John..

Hubungan Aminah dengan bapanya masih sama...mereka àkan berantakan sesama sendiri untuk Hal yang kecil...manakala Jonathan telah menerima menantunya dari sejak kelahiran Johan..

TENANG..Where stories live. Discover now