" Apa lagi Rina, kenapa nak tahu sangat pasal Tania?"
Nada suara Jila bercampur dengan kemarahan...Tak sangka nombor tidak berdaftar yang memanggil tadi adalah nombor Rina..Dia telah buang nama itu dalam simpanan buku telefon, jadi dia tidak mengesyaki, yang Hari itu dia menerima panggilan dari orang yang tidak diperlukan dalam persahabatan mereka.."Rina!"
Pernikahan antara Rina Dan Johan telah diketahui Umum..Lagi beberapa Hari sahaja perkara itu àkan terjadi..
Tania pun tahu àkan keadaan itu Dan dia telah redha...
Jadi untuk apa lagi Rina mencari Tania, sengaja untuk sakitkan hati dia lagi..Tak cukup ker dia ambil Johan yang sememangnya dimiliki oleh Tania terlebih dahulu...
" Johan nak jumpa Tania...dia nak selesaikan masalah mereka berdua..Engkau tahukan Aku Tak Masuk campur Hal Johan dengan Tania...Johan berkeras nak jumpa sebelum kami bernikah..Tania dah bersetuju kenapa Pula engkau yang nak angin dengan aku"
Kedengaran di talian, Rina mengeluh...Jila yang mendengar keluhan Tak tahu malu Rina...hanya menjulingkan mata keatas, menunjukkan reaksi menyampah...biarpun Rina tidak dapat melihat, cukup untuk Jila sedapkan hati...
" Dia nak apa lagi? Bukan perkara ini ker yang dia nak? Tania jauh dari dia..untuk apa dia jumpa Tania, nak tambahkan lagi derita Tania...dia nak lihat Tania tersungkur sembah dia..Macam itu?"
" Bukan Jila... engkau takkan faham dalam situasi kami..Johan cuma nak jumpa Tania, mungkin untuk Kali terakhir...Johan mungkin telah buat keputusan..dia pilih aku, Jila..perasaan memang Tak boleh dipaksa!"
" Perasaan Tak boleh paksa!" Jila mengejek Rina.." kalau engkau undur diri awak Rina, perkara macam ini takkan terjadi.." sempat Jila memerli, dan Jila tidak fikirkan perasaan Rina lagi...Jika Rina nak terasa dengan perlian dia, biarkan...sekurang - kurangnya hanya dia yang tinggal bagi membela nasib Tania..
" Jila...engkau takkan faham." Rina mengeluh, segala yang dia buat dalam hubungan itu...dia tiada Rasa bersalah dalam semua tindakan dia bagi mendapatkan Johan..dia berlawan secara Adil..biarpun Tania dulu, tapi semua melibatkan perasaan...yang berjaya dengan usaha adalah pemenang..
" Bila engkau nak jumpa dengan Tania?" Soalan Jila acuh Tak acuh...tapi bila difikirkan jika peluang ini diambil Tania untuk dia lebih bahagia dimasa àkan datang...Jadi dia bersetuju menolong Rina..
" Secepat mungkin!" Laju Rina menjawab Dan seluruh wajah telah teruja..Nampaknya dia tidak tersalah orang meminta pertolongan..Nampaknya hubungan Jila bersama Tania semakin baik...hanya pada dia Jila Salah faham..
" Aku Tak janji Rina kalau Tania bersetuju..Aku kena maklumkan dulu pasal Hal ini pada dia...Aku Tak pasti apa keputusan dia nanti."
Kuat firasat Jila, Tania àkan bersetuju berjumpa Johan..namun yang àkan menjadi halangan untuk Tania berjumpa Johan, berkenaan kandungannya.." Jila engkau kena pastikan Hal itu..Tania kena jumpa Johan..selesaikan semua perkara antara mereka..kalau Tak!"
" Kenapa engkau takut Tania rampas Johan dari engkau lagi....Rina engkau pasti Johan sukakan engkau Dan dia ambil keputusan untuk kahwin dengan engkau...?"
" Engkau jangan merepek, Johan memang Suka Aku, sebab itu dia tinggalkan Tania..apa lagi yang engkau nak nafikan?"
Tiba - tiba perasaan Rina menjadi panas..Tania yang dipermainkan sebelum inipun tidak bercakap apa - apa...Kenapa Pula Jila yang melebih - lebih dalam perkara hubungan dia Dan juga Johan.."Aku Tak nafikan apa - apa, tapi Aku nak ingatkan engkau Rina..Johan sekarang, Johan yang hilang ingatan Dan Aku Tak tahu apa plan engkau hingga engkau dapat Johan Dan tinggalkan Tania...tapi permainan engkau hebat...aku kenal engkau jauh lama dari Tania..Dan Aku Tak Salah...
YOU ARE READING
TENANG..
RomanceHidup bagaikan sebuah perjalanan yang tiada kesudahan.. Namun dalam mencari Kunci Kebahagian..Hidup Tania diuji dengan kebencian beberapa Kali..Dapatkah Tania mencari Kunci hidupnya nanti...?? sama - sama hayati hidup seorang gadis bernama Tania..