" Aku!"
Engkau akan dapat Aku. Sekarang engkau boleh keluar.Tapi........air Mata yang ditahan telah merembes keluar dari Mata Tania. Munshi telah mengalihkan pandangan, dimana bahagian belakang dialihkan kearah Tania, tidak mahu melihat ke arah gadis itu.
Dan Tania...
Bila melihatkan perlakuan Munshi, dia mula mengorakkan langkah laju kearah Pintu keluar. Dia dapat rasakan lelaki yang Baru dikenali ini membencinya.
Tania memujuk hati, jalan terakhir telah diambil oleh Tania untuk selesaikan masalah itu, namun dia masih menemui jalan buntu.
" apa akan jadi dengan hidup aku nanti?"
Apa lagi pilihan..........???***
" Tania dah jumpa dengan Munshi? Apa dia kata?" Kamil tidak sabar mahu mendengar jawapan dari Tania, berhubung perjumpaan Tania bersama Munshi. Lelaki yang diketahui Kamil akan menjadi sebagai pasangan untuk Tania kelak.
Tania yang sedang makan sarapan terpaksa memberhentikan makanannya. Dia hanya mendiamkan diri sambil Mata yang tidak berkelip mengahadap Pak Long.
" Apa yang jadi?" Kamil Tak dapat menahan perasaan untuk mengetahui kisah selanjutnya bila dilihat Tania masih mendiamkan diri.
" Segalanya lancar Pak Long. Tania akan kahwin dengan Munshi, kami dah buat perbincangan selepas perkahwinan kami, Munshi benarkan Tania teruskan persekolahan macam biasa." Tania ukir senyum, sebolehnya dia tidak mahu Pak Long Kamil susah hati dengan dirinya.
Dia tiada pilihan, jika dia pergi mengikut Pak Longnya ke luar negara, dia tidak akan lagi Mempunyai peluang untuk kembali kesini. Itu sesuatu yang sulit bagi Tania dalam usianya kini yang masih rindukan kedua - dua arwah..
Jika sebaliknya...? Dia tahu dia akan menempah maut dalam hidupnya sendiri.. Tapi.....Dia dapat rasakan tahap kebencian Munshi pada diri dia..Tapi semua itu akan dia Cuba lawan nanti selepas mereka berkahwin. Paling penting bagi Tania, dia mahu sentiasa dekat dengan Kubur arwah kedua IBU bapanya.
Rindunya yang membuatkan tubuh Tania. Terkunci disini..
" Pak Long Tak setuju Tania. Jangan musnahkan hidup Tania. Pak Long akan lakukan sesuatu..Tapi.....? Fikiran Kamil buntu, dia dapat rasakan Kesulitan hidup Tania selepas berkahwin nanti dengan keluarga itu. Tapi buat Masa sekarang dia tiada pilihan.. Jalan yang dia Ada hanya satu, bawa lari Tania dari sini Dan mulakan hidup Baru.
Tapi disebabkan kerinduan Tania pada arwah, dia Tak sampai hati untuk paksa Tania mengikutnya.." Pak Long, Tania boleh jaga diri.Kalau jadi apa - apa pada Tania, Pak Long orang pertama yang Tania akan maklumkan. Lagipun Pak Long kena kembali Dan cuti Pak Long pun dah abis untuk temankan Tania dekat sini.. Tania akan jaga diri..
Sebaik Tania habis bicara, kepala Tania Kamil letak di dadanya Dan satu ciuman Kamil singgahkan ke ubun - ubun kepala Tania. Dia Cuba tahan perasaan dari air Mata lekakinya mengalir disebabkan nadib yang menimpa Tania.
" Pak Long sayangkan Tania macam Anak Pak Long sendiri Tania, tiada yang beza. Lagipun Tania satu - satunya harta tinggalan arwah. Tania merupakan harta yang tidak ternilai bagi hidup Pak Long, kalau itu yang Tania mahukan, Pak Long ikut..
Tania hanya mampu menganggukkan kepala tanpa suara. Ada perasaan dalam hatinya yang perlu disimpan.Dia Cuba sehabis baik untuk bertenang, untuk tidak menunjukkan segala kerisauan Dan keremukan dalam hatinya. Dia akan pastikan Pak Long Kamil tidak dapat menghidu apa yang terjadi.
" Tania hubungi Pak Long kalau terjadi sesuatu.."Kamil masih risau dengan Tania dalam hati.
Tania tersenyum." Pak Long Tania boleh jaga diri. Bila Pak Long nak berangkat?
YOU ARE READING
TENANG..
RomanceHidup bagaikan sebuah perjalanan yang tiada kesudahan.. Namun dalam mencari Kunci Kebahagian..Hidup Tania diuji dengan kebencian beberapa Kali..Dapatkah Tania mencari Kunci hidupnya nanti...?? sama - sama hayati hidup seorang gadis bernama Tania..