81

68 3 0
                                    

" Kenapa Tuan panggil Saya dekat sini?" Jila didepan Munshi, entah kenapa tiba - tiba dia dipanggil ke Syarikat Utama dalam serta merta...Jila Cuba mendapatkan maklumat tepat kenapa dia dipanggil dari Ketua bahagian dia syarikatnya, namun tiada siapa yang tahu kenapa dia dipanggil disitu...Banyak desas desus yang didengar...Syarikat Utama tiada perempuan, semua pekerja adalah lelaki...Jadi kenapa dia dipanggil masih menjadi persoalan Besar dalam hidup Jila...

Sebuah kereta yang dipercayai milik Syarikat telah menunggunya di luar...Sebaik menerima panggilan penting, Jila Mula membawa diri...jarak perjalanan yang tidak berapa singkat buat Jila tertanya - Tanya..Sejak Malam dia keluar makan Malam bersama Munshi, Tak banyak lelaki itu berceritakan tentang Hal mereka berdua...hanya bertanya mengenai Tania..Jila dapat agak Malam itu Tania Dan Munshi Ada sesuatu...

Pada mulanya Jila ingatkan Tania memainkan peranan bila dia nampak Munshi di Hotel tempoh Hari...Dari reaksi Tania bila Munshi disebutkan, jelas diri Tania tidak tenang... Jila buangkan jauh perasaan curiga tentang Tania..

Namun bila Rina datang Malam itu mengadu sesuatu tentang Tania...perasaan kuat Jila kembali, dia percaya Tania Mempunyai perasaan hasad dengki kepada pasangan rakan...Contoh terdekat, berkaitan Munshi Dan Johan...Perasaan curiga dikuatkan dengan telahan Dan rayuan Rina yang membongkarkan Sifat sebenar Tania.." perampas!" tanpa Jila menyiasat kenapa?"

Tanpa usul periksa dia mebuduh Tania merampas Munshi dari dia, walaupun hubungan mereka berdua masih kosong...Dan lebih membuatkan Jila semakin serba salah dalam hati, dia percaya dengan tuduhan Rina mengenai Johan dirampas oleh Tania...Sedangkan kenyataan Dan kisah yang sebenar...Munshi Dan Johan pernah beristerikan wanita yang sama, iaitu sahabatnya, Tania...

Walaupun sukar Jila menerima kenyataan bila perkara itu diceritakan sebenar Oleh Tania...tapi dia dapat Kebenaran dari segala yang diluahkan Tania...

Berkenaan Munshi, Tania tiada menunjukkan yang dia berminat dengan lelaki itu lagi...Dan nasihat yang dilupakan oleh Jila dari Tania..Tania menyuruh agar dia berhati - hati dengan Munshi semasa perjumpaan Malam itu .. Nasihat itu terngiang - ngiang masih di telinga Jila, itupun selepas dia tersedar dari kesilapan dia dalam menilai siapa sebenarnya Tania ..Nampaknya Tania lebih kenal Munshi dari dia sebelumnya..

" Cik Kita dah sampai, Saya turunkan Cik disini dulu. Terus ker lift Dan tekan tingkat 8. Disitu pejabat En. Munshi!" Pemandu yang membawa kereta bersuara yang menghentikan lamunan Jila..

" Huh.....Jila masih terpinga - pinga, namun arahan seperti angin berlalu dari telinganya..
" Aaapa...? Jila mengerutkan keningnya untuk bicara dari pemandu itu diulang..

" Haishhhh, Siang - Siang jangan berangan kuat sangat..Tuan Munshi Tak suka. Begini Cik, Masuk dekat pintu depan tu, lepas tu ambil Lift..tekan tingkat 8, dekat situ bilik Tuan Munshi..Dengar!" Pemandu mengelengkan kepala melihat riak Jila yang masih termangu...

" Okay...!" Jila bersuara lembut sambil Klip Tali pinggang di tubuh dibuka..Dia memandang sekilas pintu yang di maksudkan pemandu tadi..Setelah dipastikan pintu yang dimaksudkan barulah Jila bergerak untuk melangkah kearah yang ditunjukkan..

" Terima kasih!" Sempat Jila mengucapkan perkataan itu atas bantuan Kali kedua pemandu dalam membantunya menemui Munshi...

" Sekejap lagi awak tunggu dekat sini, ingat no plat kereta ini.Sekejap lagi selesai urusan dengan Tuan Munshi, saya hantar awak balik!" Tingkap kereta dibuka sambil pemandu tersenyum menunjukkan kerjasama Dan memberikan arahan untuk Jila..

" Okay!" Jila semakin Gugup di dada...Telah berapa minggu dari pertemuan Malam itu dia tidak menemui Munshi..tapi kenapa dia panggil aku?"

Tanpa membuang Masa langkah kaki Jila melangkah...

TENANG..Where stories live. Discover now