Miss Penyabar Dan Mr Pendingin

87.6K 1.8K 20
                                    

Kringggggggg

"Yahoooo!! Balik! Owh yeah owh yeah!" jeritku sambil menari-nari. Apabila aku sedar balik, satu kelas melihatku termasuk cikgu. Akhirnya, pecah juga ketawa mereka diseluruh kelas.

"Suka, suka juga. Jangan lupa kerja sekolah yang cikgu bagi" kata Puan Noraida iaitu guru matematik. Aku tersengih macam kerang busuk melihat cikgu.

"Terima kasih cikgu!" ucap kelas 3 Neptune.

"Okay. Bye! Cikgu nak bercuti! Daa!" kata Puan Noraida. Haihh ada-ada je cikgu aku ni. Kami satu kelas tergelak melihat telatah cikgu.

"Weyy korang! Sedih la kita nak cuti ni!" ujar Fatin.

"Dah kenapa pulak? Kita kena enjoy masa macam ni" balasku.

"Aah la. Aku pun sedih jugak. Syafirah Amanina oiii! Aku tahu la kau ni jenis yang cool je tapi cuba sematkan sikit dekat hati kau tu supaya ada perasaan sikit! Kita kan dah form 3. Mestilah nanti ada antara kita ni pindah sekolah kalau dapat keputusan bagus dalam PT3" kata Sofea kepadaku. Ingat nak kembang kejap sebab puji aku tapi tak jadi sebab last-last kena sedas!

"Haa! Aku ada plan!" Athira bersuara.

"Apa dia?" tanya kami serentak.

"Kita hang la sama-sama! Geng kita je" kata Athira dengan bersemangat.

"Aduh! Macam la korang tak tahu mak ayah aku macam mana" kata Syahidah.

"Syah! Kau jangan risau der! Give it to your brader besar ni!" kataku sambil menepuk-nepuk dadaku.

"Kau nak buat apa? Kau jangan buat macam sebelum ni kau buat! Memang la jadi tapi buat malu aku je" kata Syahidah. Aku memandang pelik.

"Aku buat apa?" tanyaku.

"Buat tak tahu pulak kau. Idea kau la . Kitorang pun bengong juga ikut cakap kau. Syah, cerita" ujar Fatin.

"Masa tu kita nak pergi hang Times Square tapi ayah aku tak bagi pergi. So, korang ramai-ramai datang rumah aku. Syaf, kau depan sekali. Yang lawaknya korang datang macam nak masuk minang aku! Terus ayah aku bagi aku pergi sebab tak nak malu" jelas Syahidah. Owhh! Hehe..

"Sekurang-kurangnya otak geliga aku ni berjaya jugak. Kau nak ikut ke tak? Kalau nak, kau percayakan aku je, okay" kataku.

"Aku memang nak pergi tapi...."

"Shhhh.. tak ada tapi tapi! Plan aku kali ni tak segila hari tu" ujarku.

"Ye ke ni??" tanya Athira.

"Iye. Cuma kali ni...kita berdrama sikit. Hehe" kataku sambil tersengih.

"Aku rasa kan.....ni lagi gila! Bengong!" kata Sofea kepadaku. Kan dah kena bengong.

"Eh ehh..takpe takpe. Aku pujuk je ayah aku nanti" tolak Syahida mentah-mentah. Cehh nampak sangat tak percayakan aku. Belum cuba belum tahu la.

"Korang! Nanti aku bawak seseorang tau" kata Athira.

"Siapa? Lelaki ke perempuan?" tanya Fatin.

"Err pe..perempuan?" kata Athira dengan gagap. Haa nampak sangat lelaki. Aku kenal sangat dengan kau ni Thira!

"Weyh! Aku chiao dulu tau! Bye!" ujar Sofea.

"Okey! Aku pun nak balik. Bye. Ada apa-apa nanti kita calling-calling la!" kataku dan berjalan membelakangi mereka. Baru selangkah kakiku meninggalkan kelas, satu objek yang keras mendarat di belakang kepalaku. Aku ambil dan melihat......telur? Agak la! Tapi aku dah dapat agak yang ni mesti berlaku.

Aku membuka zip begku dan mengambil sepeket tepung.

"Hiarghhhh!!" jeritku dan membalas kembali serangan kepada mereka. Mereka mengambil telur dan membuat serangan bertubi-tubi. Tak boleh jadi ni! Satu lawan empat! Ada satu cara he nak hadapi ni. Lari!

Miss Penyabar Dan Mr PendinginWhere stories live. Discover now