PROLOG

202 19 0
                                    

Gadis itu memakai jaket kulit yang menutup sehingga ke bawah lututnya. Kemudian rambutnya yang panjang itu diikat kuda. Dia berjalan perlahan kebawah, tidak mahu sesiapa tahu akan perbuatannya.

Busur dan anak panah yang tersangkut elok didinding diambil secara perlahan sambil memandang persekitaran. Dia membuka pintu rumahnya membuatkan terhasilnya bunyi bingit.

Dia mengerutkan keningnya, seakan mahu menahan bunyi itu dari sampai ketelinga manusia yang ada didalam rumah itu. Baru sahaja dia mahu melangkah keluar, satu panggilan membuatkan dia mengeluh kecil.

"Naureen, apakah yang ingin kamu lakukan?" Soalnya membuatkan Naureen menoleh sambil tersengih. Jari telunjuknya diletakkan didepan bibirnya.

"Nenek Lily, Naureen mempunyai suatu perkara yang perlu dilakukan. Tidaklah berapa penting, tapi Naureen rasa tak tenang bila tidak melakukan perkara itu." Jawabnya sedikit gelabah.

Nenek Lily hanya tersenyum sambil mengeleng. "Pergilah. Tapi ingat, balik sebelum matahari tegak dikepala. Kamu tahu apa sebabnya." Naureen hanya mengangguk kemudian laju sahaja dia berlari keluar.

"Reen hendak kemana itu?" Soal seorang lelaki sambil menghirup minuman panas yang ada didalam cawannya. Nenek Lily hanya tersenyum. "Kamu tahu perangai adik kamu itu kan, Naureel"

Naureel hanya mengangkat bahunya kemudian beredar dari situ. Nenek Lily hanya tersenyum kemudian menyambung membaca buku.

Naureen berjalan kearah tempat kegemarannya. Pintu kayu itu dibukanya luas menampakkan seekor kuda yang berwarna putih. Kuda itu kelihatan agak gembira melihat kedatangan Naureen.

"Hello Gale. Kamu nampak mempesona malam ini" tangannya mengusap leher Gale membuatkan ianya mengangguk seakan faham apa yang dikatakan oleh Naureen.

"Ready for a ride?" Soalnya sambil menarik Gale keluar dari kandang. Terus sahaja Gale mengangguk sekali lagi seakan faham. Naureen tertawa kecil kemudian dia memanjat belakang Gale.

Busur dan anak panah yang dibawanya sebentar tadi, disangkut dibelakang. "Let's go" arahnya membuatkan laju sahaja Gale berlari menuju kesuatu tempat. Seperti sudah arif akan jalan dikawasan itu.

🖤

Naureen mengusap leher Gale memberikan tanda untuk senyap. Sasarannya yang kelihatan lazat itu dipandang tajam. Arnab yang berada dalam keadaan tetap itu membuatkan dia tersenyum senget.

Busur dan satu daripada anak panahnya diambil. Sebelah matanya ditutup supaya dia dapat menentukan sasarannya dengan lebih tepat. Baru sahaja dia mahu melepaskan anak panahnya, satu sergahan membuatkan dia terkejut.

Dia mendecit kerana arnab yang sudah menjadi sasarannya tadi melompat laju bila ternampak anak panah itu tersasar dihadapannya. Naureen memandang kearah lelaki yang memandang geram kearahnya.

"Apa yang kamu mahu lakukan sebentar tadi?" Soalnya membuatkan Naureen memutarkan matanya. "Tidakkah kamu nampak apa yang patik mahu lakukan tadi. Dan, seperti yang kamu nampak, sasaran patik sudah terlepas."

Lelaki yang memandang tidak percaya kearah gadis yang berada dihadapannya ini. Muka sudah cantik tapi bahasa, tak semenggah. Selalunya, mana-mana sahaja orang yang berjumpa dengannya akan tunduk hormat.

Tapi, tidak untuk gadis ini. Pelik.

"Semestinya patik dapat melihatnya. Tapi, tidakkah kamu berfikir yang haiwan itu juga mahu terus hidup." Naureen hanya memutarkan matanya ketika lelaki yang tidak dikenalinya itu berkata.

Naureen menguap kecil menandakan dia bosan dengan kata-kata lelaki itu. "Patik tidak tahu dan tidak mahu tahu. Dan sekarang, patik mahu mencari sasaran baharu. Jadi, selamat tinggal."

Katanya kemudian terus membuatkan Gale berputar. Lelaki itu memandang tidak percaya kearah Naureen. "Kamu!" Panggilnya lagi sekali membuatkan Naureen memutarkan mata. Tapi, tetap sahaja dia berputar.

"Siapakah namamu? Patik berminat dengan kamu." Ujarnya membuatkan Naureen menaikkan sebelah keningnya. Dia tersenyum kemudian berputar. Tidak mahu melayan.

Lelaki yang mengeluh kecil sambil memandang belakang Naureen. "Nama patik, Naureen." Jerit Naureen sambil membelakangi lelaki itu.

Lelaki itu tersenyum lebar. "Nama patik, Aiden!! Selamat berkenalan!!" Jeritnya juga membuatkan Naureen hanya mengangkat tangannya.

Aiden tersenyum lebar memandang belakang Naureen. Adakah ini dipanggil sebagai love first sight? Tiberrr. "Tuanku" panggil seseorang membuatkan Aiden mengurut dadanya. Seorang lelaki yang agak sasa menyapa kornea mata.

"Apa yang tuanku buat disini? Tuanku bernasib baik yang Ayahanda tuanku tidak tahu tentang hal ini." Ujarnya penuh sopan. Aiden hanya tersenyum kecil.

"Beta hanya mahu berehat sambil berjalan dibawah sinar purnama. Mari Jeneral Agnar, kita berangkat pulang. Matahari pun sudah mahu timbul." Ajaknya membuatkan Jeneral Agnar hanya mengangguk.

"Baiklah, tuanku" jawabnya penuh patuh.

And, thats are their first meet. Thats are the beginning of 'their' story.

PLASTIC MEMORIES Where stories live. Discover now